- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Monday, April 23, 2012

Bisakah kah Aku mengapainya?


“boleh ker aku bertaubat?”
“aku banyak kesalahan”
“kesalahan aku besar, boleh ker tuhan ampukan aku?”

Sahabat-sahabt yang saya kasihi keranAllah sensunguhnya kita adalah bersifat lemah dan sering terjebak dalam dosa. Kita sering lupa dan lalai dalam meniti kehidupan di dunia ini sehinggakan banyak melakukan kesalahan dan maksiat. Manusia yang sempurna bukanlah bermaksud manusia tidak pernah melakukan kesalahan. Ini dijelaskan oleh Nabi saw,

Yang bermaksud, manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.

Kita bukan bersifat maksum (terpilihara daripada melakukan dosa) kecuali para anbiya’. Cuma apa yang kita harapkan dengan bertaubat, Allah akan memelihara kita daripada terus menerus melakukan maksiat dan mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan.

Ada yang beranggapan apabila telah banyak melakukan dosa dan maksiat maka tiada ruang untuk dirinya uyntuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Anggapan sebegini adalah salah. Firman Allah (s.w.t.), 

Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih (Al-Zumar 53).

Ayat ini di turunkan kepada Wahsyi iaitu orang yang telah membunuh Saidina Hamzah ra bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Diriwayatkan daripada Abu Hanifah r.a dengan sanad Ibnu Abbas r.a: Selepas beberapa lama peristiwa pembunuhan Saidina Hamzah, maka berdetik hati Wahsyi untuk memeluk Islam. Beliau pun mengutuskan utusan untuk menyatakan hasrat hatinya itu kepada Rasulullah S.A.W.  dan bertanyakan tentang firman Allah,
  
Yang bermaksud, Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan(Al-Furqan 68-69) 

Berkata Wahsyi: Sesungguhnya aku telah melakukkan semua perkara yang dinyatakan dalam ayat tersebut, adakah bagiku kelonggaran untuk diampunkan segala perbuatanku?

Maka disampaikan kepada Rasulullah lalu turun Jibril a.s dan berkata: Wahai Muhammad! Katakanlah kepadanya,

Yang bermaksud, Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Furqan 70)

Maka Rasulullah S.A.W mengutuskan utusan kepada Wahsyi untuk menyampaikan ayat  al-Quran tersebut. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Di dalam ayat ini terdapatnya syarat. Aku takut tidak dapat melaksanakannya dan aku tidak mampu mengerjakan amal soleh. Wahai Muhammad, adakah yang lebih ringan dari ini?

Lalu turun Jibril as dengan ayat,

Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa  yang dikehendakiNya (menurut aturan Syari'atNya)…( Al-Nisa’ 48 )

Maka Rasulullah S.A.W menulis surat kepada Wahsyi dan menyatakan ayat di atas. Bila dibacakan ayat tersebut, Wahsyi berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Aku tidak tahu adakah aku termasuk dalam orang  yang dikehendakiNya untuk diampunkan dosa-dosaku ini? Kalaulah boleh ayat ini hanya menyebut “dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu” tanpa menyebut “bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Adakah kelonggaran lagi dari ini untukku?

Maka turun Jibril as dengan ayat,
  
Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.(Azzumar 53)

Lalu Rasulullah S.A.W menulis surat kepada Wahsyi dan menyatakan ayat ini. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Jika inilah jawapannya maka tenanglah hatiku dan aku menyatakan keislamanku.

Dalam ayat ini, Allah masih lagi memanggil orang yang melakukan maksiat sebagai “hamba-hamba-Ku”, satu kedudukan yang mulia di sisiNya. Justeru, marilah kita merebut peluang yang masih ada dengan bertaubat dan janganlah berputus asa daripada rahmatNya untuk kembali memperbaiki diri sekalipun menggunung maksiat dilakukan sebelum kita dijemput menemui Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

2 comments:

Miza zahra said...

assalamualaikum abg wan ^_^
ni miza..:)tadi blek msjid tr0s blek uma,xsaba nk cari blog nih..zuppp! haha..
n alhamdulillah,jmpe pla ngn blog2MPN y lain...ape lg,kite p menjelajah le...ni yg dpt jmpe bl0g abg n ckg..slm ziarah ^_^hehehh..:p

Unknown said...

Alhamdulillah moga ukhwahfillah diikat berlandaskan aqidah dan matlamat yang jelas moga dengan apa yg dikongsi mendekatkan kita padaNYA...insyaAllah....^___^ syukron....

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.