“kenapa aku dapat macam ini? Kenapa tak dapat macam tu?”
“Susahnya hidup macam ini….”
“Kan bagus kalau aku macam ini….”
Dan banyak lagi dialog yang popular dan hot dipasaran yang dilantunkan untuk mengabarkan rungutan dan kesulitan yang dihadapinya, mungkin dialog ini datang dari kita mahupun orang-orang yang terdekat dengan kita, daripada dialog inilah ingin saya kongsikan dan merupakan salah satu artikel sambungan dari artikel saya, dimana dialog tersebut merupakan simbolik kepada kewujudan syukur.
Kalau kita imbas kembali dan selami diri serta muhasabah diri, hakikat sebenar syukur ialah nilai hati yang terutama. Kadang-kadang terdetik dihati kenapa perlu syukur? Dengan syukur lah kita akan merasa bawah nauganNYA yang berasa damai bahagia selamat dan rasa cukup bah kan jika sebaliknya kita akan merasa kurang cukup dan kurang bahagia.
Daripada syukur ini, kita akan meraih dan akan menimbulkan satu sifat yang mentafsirkan syukur ini, mesti kita tertanya-tanya hebat sangatkah sifat ini sehingga memerlukan syukur baru wujud?
Itulah dia sifat yang diberi nama qana’ah, qanaah ini bermaksud merasa cukup dengan apa yang sedia ada. Bukankah hebat sifat ini? dimana hati kita sentiasa tenang dan bahagia dengan apa yang kita ada, malah dalam hati kita tiada perasaan tidak puas hati, penyakit tamak, hasad dengki sehingga boleh menjatuhkan orang lain dan sebagainya.
Saya ingin membawa sahabat-sahabat berimiginasi seketika, cuba bayangkan jika kita tidak bersyukur kemudian qana’ah tidak dapat timbul dalam diri kita, apa akan berlaku dalam hidup kita? Mesti tidak akan berasa tenang dan tidak berasa cukup apa yang kita ada, sebagai contoh sudah ada harta yang mewah tetapi keinginan yang lebih masih membuak-buak didalam hati kita sehingga kingginan untuk orang memuji kita muncul didalam hati kita, bukakah ini salah satu penyakit hati yang diberi nama ujub dan takbur nauuzubillah.
Jika ini lah sikap dan sifat yang ada didalam diri kita, tidak hairanlah kita yang bergaji besar tidak mampu untuk bersedekah RM1.00 seminggu ditabung masjid. Jika sifat dan sikap ini juga masih dibelegu dalam diri kita tidak hairanlah gejala kerosakan di muka bumi ini berluasa sebagai contoh pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Dan jika sikap dan sifat ini tidak dimansuhkan dan digantikan dengan rasa syukur dan sifat qana’ah tidak hairanlah kita tidak mampu untuk hidup tenang dan hati menjadi lapang.
Tetapi dengan rasa syukur dan sifat qana’ah,kita mampu untuk melepasi daripada masalah itu, malah dengan bersyukur, kita akan menjalani satu kehidupan yang baik dan tenang. Malah bukan itu sahaja Allah akan menambahkan lagi kepada kita nikmat-nikmatNYA yang membuatkan kita berasa sejahtera.
Saya yakin bahawa kita manusia yang menyakini Allah dan janji-janjiNYA, seperti didalam firmanNYA:
“jika kamu besyukur kepada-KU, maka AKU akan tambahkan(nikmat-nikmat) kepada kamu, dan sesiapa yang kufur, sesungguhnya azab-KU amat pedih”
(Ibrahim:7)
Daripada janjiNYA ini, adakah rugi bagi kita untuk mensyukuri seadanya apa yang kita ada sekarang? Adakah harta dunia yang fana ini lebih peting dari kesejahteraan hidup kita? Atau pun kita berangapan bahawa harta yang menjamin kesejahteraan kita? Jawapanya kini berada ditangan kita… saya tingalkan artikel ini dengan beberapa persoalan untuk kita sama-sama renung, fikir dan menghayati…
semoga kita terus menjadi HAMBA yang sentiasa meraih RidhoNYA
0 comments:
Post a Comment