“boleh ker aku bertaubat?”
“aku banyak kesalahan”
“kesalahan aku besar, boleh ker tuhan
ampukan aku?”
Sahabat-sahabt yang saya kasihi
keranAllah sensunguhnya kita adalah bersifat lemah dan sering terjebak dalam
dosa. Kita sering lupa dan lalai dalam meniti kehidupan di dunia ini
sehinggakan banyak melakukan kesalahan dan maksiat. Manusia yang sempurna
bukanlah bermaksud manusia tidak pernah melakukan kesalahan. Ini dijelaskan
oleh Nabi saw,
Yang bermaksud, manusia
itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.
Kita bukan bersifat maksum
(terpilihara daripada melakukan dosa) kecuali para anbiya’. Cuma apa yang kita
harapkan dengan bertaubat, Allah akan memelihara kita daripada terus menerus
melakukan maksiat dan mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan.
Ada yang
beranggapan apabila telah banyak melakukan dosa dan maksiat maka tiada ruang
untuk dirinya uyntuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Anggapan
sebegini adalah salah. Firman Allah (s.w.t.),
Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha
Pengampun lagi Maha Pengasih (Al-Zumar 53).
Ayat ini di turunkan kepada Wahsyi
iaitu orang yang telah membunuh Saidina Hamzah ra bapa saudara Nabi Muhammad
S.A.W. Diriwayatkan daripada Abu Hanifah r.a dengan sanad Ibnu Abbas r.a:
Selepas beberapa lama peristiwa pembunuhan Saidina Hamzah, maka berdetik hati
Wahsyi untuk memeluk Islam. Beliau pun mengutuskan utusan untuk menyatakan
hasrat hatinya itu kepada Rasulullah S.A.W. dan bertanyakan tentang
firman Allah,
Yang bermaksud, Dan juga
mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak
(yang dibenarkan oleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang
demikian, akan mendapat balasan dosanya;Akan digandakan baginya azab seksa
pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima
kehinaan(Al-Furqan 68-69)
Berkata Wahsyi: Sesungguhnya aku
telah melakukkan semua perkara yang dinyatakan dalam ayat tersebut, adakah
bagiku kelonggaran untuk diampunkan segala perbuatanku?
Maka disampaikan kepada Rasulullah
lalu turun Jibril a.s dan berkata: Wahai Muhammad! Katakanlah kepadanya,
Yang bermaksud, Kecuali
orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka
orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan
kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Furqan
70)
Maka Rasulullah S.A.W mengutuskan
utusan kepada Wahsyi untuk menyampaikan ayat al-Quran tersebut.
Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Di dalam ayat ini terdapatnya
syarat. Aku takut tidak dapat melaksanakannya dan aku tidak mampu mengerjakan
amal soleh. Wahai Muhammad, adakah yang lebih ringan dari ini?
Lalu turun Jibril as dengan ayat,
Yang bermaksud, Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu
apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan Syari'atNya)…( Al-Nisa’ 48 )
Maka Rasulullah S.A.W menulis surat kepada
Wahsyi dan menyatakan ayat di atas. Bila dibacakan ayat tersebut, Wahsyi
berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukanNya dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya. Aku tidak tahu adakah aku termasuk dalam orang yang
dikehendakiNya untuk diampunkan dosa-dosaku ini? Kalaulah boleh ayat ini hanya
menyebut “dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu” tanpa menyebut “bagi
sesiapa yang dikehendakiNya”. Adakah kelonggaran lagi dari ini untukku?
Maka turun Jibril as dengan ayat,
Yang
bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya
Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.(Azzumar 53)
Lalu Rasulullah S.A.W menulis surat kepada
Wahsyi dan menyatakan ayat ini. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata
Wahsyi: Jika inilah jawapannya maka tenanglah hatiku dan aku menyatakan
keislamanku.
Dalam ayat ini, Allah masih lagi
memanggil orang yang melakukan maksiat sebagai “hamba-hamba-Ku”, satu
kedudukan yang mulia di sisiNya. Justeru, marilah kita merebut peluang yang
masih ada dengan bertaubat dan janganlah berputus asa daripada rahmatNya untuk
kembali memperbaiki diri sekalipun menggunung maksiat dilakukan sebelum kita
dijemput menemui Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Pengasih
2 comments:
assalamualaikum abg wan ^_^
ni miza..:)tadi blek msjid tr0s blek uma,xsaba nk cari blog nih..zuppp! haha..
n alhamdulillah,jmpe pla ngn blog2MPN y lain...ape lg,kite p menjelajah le...ni yg dpt jmpe bl0g abg n ckg..slm ziarah ^_^hehehh..:p
Alhamdulillah moga ukhwahfillah diikat berlandaskan aqidah dan matlamat yang jelas moga dengan apa yg dikongsi mendekatkan kita padaNYA...insyaAllah....^___^ syukron....
Post a Comment