- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Wednesday, April 4, 2012

Orange dan Madu

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah..
Melihat kepada cuaca sekarang, hujan tanpa henti dan tiadanya matahari berpanjangan.. Ramai diantara kita yang diuji dengan banjir, kesihatan.. Demam, batuk, selsema dan sebagainya berikutan cuaca..Tidak kurang juga untuk yang diuji dengan ujian-ujian atas kemapuan kalian..

Bila difikir2 semula, itu adalah mehnah dari Allah untuk hamba2-Nya yang terpilih...Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..Bersyukurlah setinggi-tinggi syukur kpd Allah atas nikmat ujianNya kepada kita...
“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” 

(HR. Bukhari).

Dan bila mana kita sakit, itu juga adalah ujian di atas kemampuan kita sendiri..sesungguhnya Allah takkan menguji kita atas kemampuan kita sendiri...Jangan hiasi mehnah yang bernilai itu dengan keluh kesah, rungutan mahupun perasaan tidak redha dengan ketetatapanNYA.ini kerana Dia adalah Pencipta kita, manakala kita adalah hamba2Nya, dan Dia lah juga yang tahu sebaik2 perkara untuk kita..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

(Al-Baqarah:286)

Bersyukurlah bila kita dijuji dengan sesuatu ujian, kerana itu kemampuan kita. Itu juga tanda sayangnya Pencipta sekalian alam kepada kita, hambaNya..suka saya membuat perumpamaan keadaan ini seperti buah limau yang masam bila dimakan, lama-kelamaan ia menjadi manis jua.

kadang kala kita terus-menerus diberikan nikmat tanpa rasa diuji, disitu sedarlah, bahawa Allah beri kita segenap waktu menikmati nikmatNya itu dan itu juga boleh dijadikan ujian dimana ramai yang tidak sedar.

.
Bersyukurlah, Bersyukurlah, Bersyukurlah..krn, bila-bila masa yg dikehendakiNya, nikmat itu boleh ditarik semula..


 (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
(Ar-rum )


Nikmat itulah ujian yang sering membuat kita alpa dan terlupa dari mana datangnya kesenangan yang dimiliki.melalui keadaan jua ini suka saya buat perumpamaa semanis gula walaupun ia manis ia boleh membawa musibah kepada diri manusia

Hakikat sebenarnya, nikmat dan ujian terdapat dalam kedua2 keadaan, dan beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjinakkan hati untuk bersyukur dan mentaati Rabbul'Izati.. dan terus BERTAQWA KEPADA ALLAH,DAN TERUS MENJADI HAMBA YANG SENTIASA MERAIH RIDHONYA

.:semoga terhazaf dosa-dosa dengan mehnah yg diberikan oleh Yang Esa, InsyaAllah:.

0 comments:

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.