- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Monday, January 30, 2012

AURA LAGENDA

“Ketika baginda sering menjadi mangsa kekejaman kaum kafir Quraisy, Abu Talib merupakan pelindung baginda. Biarpun berlainan agama, Abu Talib sanggup membela Rasulullah, hingga menimbulkan rasa jengkel di hati pemuka-pemuka kafir Quraisy.Namun, takdir Allah, Abu Talib pergi jua, dalam keadaan dirinya masih kufur. Hanya doa dalam kesedihan yang baginda titipkan agar meringankan siksaan Abu Talib. Begitu peritnya kehilangan ahli keluarga yang selama ini melindunginya.”

“Semua wanita mendambakan peribadi Siti Khadijah. Seorang wanita yang solehah, sentiasa berada disamping suaminya dan memberi sokongan ketika baginda senantiasa dihina mereka yang memusuhi baginda. Susah senang, tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah terabai.Namun, Siti Khadijah menyusuli Abu Talib. Kehilangan dua orang yang dicintai nabi sememangnya membuatkan baginda begitu sedih sekali. Demikianlah digelar tahun berdukacita.”

Dalam keadaan sedemikian rupa, gembiralah para musuh nabi, kerana memudahkan urusan mereka mengancam Rasulullah. Demikianlah ujian yang berat buat baginda, sehingga sering disakiti dengan lebih hebat berbanding sebelumnya.

Saat itu baginda bergerak ke Taif, bersama Zaid bin Harithah, dalam usaha mengembangkan dakwahnya. Baginda berharap penduduk Taif menerima mereka dengan baik. Namun, harapan tinggal harapan, apa yang diharap tidak menjadi kenyataan.Bukan setakat tidak diterima, malah dihina dan dicaci oleh pemuka-pemuka besar Taif. Kanak-kanak pula diupah melemparkan batu ke arah baginda.

“Muhammad itu pesuruh Allah. Jangan kamu sakiti dia!” Teriak Zaid sambil melindungi nabi. Akibat dilempar batu, kedua-duanya mengalami kecederaan hingga menumpahkan darah baginda.

Demikian kesedihan baginda, memang perit, memang terasa, dan baginda pun manusia biasa, pasti merasa erti berduka.

Kenapa saya kongsikan sirah Rasulullah? Kerana sirah ini mudah untuk untuk mengisi hati dan sanu bari manusia .ini kerana sirah ialah kisah dan cerita. Tambahan pula sirah ialah kisah yang benar dan tiada penipuan didalamnya.

Firman Allah



Oleh kerana itu lah, sirah begini lebih menambat hati dan jiwa kita, tidak terkecuali saya sendiri jika baca sirah, ada masanya saya akan tersenyum dengan canda kisahnya adakalanya menjadi penyutik semangat melalui pengajarannya untuk membaiki perasaan yang hampir pudar dicengkam duka atau sedih. Ternyata sirah lebih mudah untuk menyentuh hati dan sanubari daripada teori-teori. Ia kelihatan halus, santai dan menyenangkan. Secara tidak langsung akan wujud satu perasaan untuk kita mencontohi watak-watak yang kita kagumi melalui sirah yang kita baca mahupun didengari.

Oleh kerana itu, saya sarankan kepada ibubapa,abang kakak membacakan sirah para sahabat  dan rasul-rasul terdahulu sebelum adik atau anak kita tidur.Moga-moga anak itu akan tertarik  dengan sahsiah dan peribadi baik yang terdapat dalam sirah yang dibacakan.

Sebenarnya kehidupan kita  sendiri banyak terkesan melalui sirah. Melalui pembacaan sirah ini membuatkan kita menjadi lebih tegar dan tabah, serta berusaha lebih gigih untuk mengapai nilai kehidupan  yang sebenar. Apabila membaca kisah-kisah pejuang islam seperti Khalid bin Al-walid dan sebagainya , ia menambahkan semangat semangat kita untuk melakukan  yang terbaik dalam setiap amalan .perkara ini sebenrnya membentuk peribadi dan jati diri kita.

Percaya atau tidak, sirah itu  meresap ke hati kita, kepada yang jarang menyelak sirah paling kurang anda berkesan akan cerita atau sampaian orang, benar? Kadangkala kalau kita menyelak sejarah dunia, kita akan terjumpa beberapa watak yang  sesuai yang boleh dijadikan ikutan. Tetapi saya yakin,apabila kita menyelak lembaran sirah Rasullullah.sahabat,pahlawan-pahlawan dan sultan islam yang pernah mengegarkan bumi Allah ini,kita akan lebih kagum dan terpengun serta lebih mudah untuk dijadikan contoh sebagai idola. Daripada contoh karekter sirah ini lah kita dapat memancarkan akhlak-akhlak yang terpuji  dalam diri idola kita, secara  tidak langsung kita sudah melahirkan akhlak terpuji  dalam diri kita. 




Percayakah Anda?
Apa kata kita menyelak dahulu lembaran sirah , membacanya dengan teliti , menghayati memahaminya. Kita akan melihat karekter watak-watak itu dapat memenuhi ruangan hati kita yang kosong dan mampu mencorak kehidupan kita dengn lebih diredhai.

( rujukan "Mari Menjadi Hamba")
Semoga bermakna.
Terus dan Terus Menjadi Hamba, salam sayang kerna Allah dari Mujahid ^____^


0 comments:

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.