- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Friday, January 2, 2015

Puisi Purnama

Assalamualaikum apa khabar semua sahabat yang diredhai oleh Allah lama sungguh saya tidak menarikan jari jemari ini untuk berkarya kerana banyak kekangan masa, apapun saya mulakan tahun baru ini dengan satu puisi sempena Maulidur Rasul selamat mengahayati ^___^

Air mengalir seluruh berliku
Tanaman subur rumput nan baldu
Bermata bintang suaranya lagu
Khabar dan mesra salam dari kasihmu

Rumah kecil telah didirikan
Oleh sang kasih teguh keramat
Tanah yang suci yang dicintai
Ibarat mahkota satu kurnia

Madah berlagu dihening hari
Mencari sinar keriduan dihati
Agar terisi kehidupan nanti
Terisi penuh cahaya sejati

Dingin dalam  jiwa ini
Disilimuti baldu kasih terpuji
Ku susuri lebaran episod ini
Yang aneka warna berseri

Walau hidup dihujung jauh
Masih merindui yang jauh
Terpaku diri dengan kasihmu
Airmata gugur keranamu

Betapa agung cintamu
Gelora silam tak bisa diluput
Namun harapan mengunung dihati
Agar cahaya terus menebusi

Salam Maulidur rasul sayangilah Baginda Rasulullah SAW agar meraih MARDHATILLAH


Tuesday, March 25, 2014

PURNAMA 4

Peperiksaan akhir untuk semester dua bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi, dan seharusnya segala tugasan, assignment, proposal dan slide presentation sudah siap menjelang awal minggu hadapan. Tetapi kini, aku boleh ambil endah tak endah bahkan duduk bersenang-lenang dihadapan laptop sambil jari jemari rancak menari diatas papan kekunci, melakarkan kisah demi kisah di atas helaian muka buku maya yang tidak dapat disentuh.

Jari jemari aku terus terhenti apabila mata ku tertangkap satu gambar yang tiba-tiba muncul dibawah helaian muka buku tempat aku mencoretkan cerita, aku melihat gambar yang berada dalam bingkai muka buku  itu dengan penuh teliti, lalu aku mengerakan tetikus ku kearah gambar tersebut dan mengerakan kearah namanya  sepertinya yang aku kenali “ Ya Allah adik aku ker ni?”  aku menutup tetingkap gambar tersebut dan terus menyambung kembali kerja dengan keadaan yang tidak tenteram dan hati yang penuh bara.

“ah…. Serabutnya” aku terus mencapai telefon bimbit aku yang terletak bersebelahan laptop lalu terus mencari nama Aina Farhana lalu aku tekan butang hubungi

“ helo assalamualaikum…” aku memulakan bicara, sambil mematikan laptop dan duduk diatas katil

“ Waalaikumsalam, ya andak napa ya?” balas Aina farhana

“ Andak nak tanya ni, pic perempuan berpurdah tu adik ker?” tanya aku dengan nada yang agak tinggi sedikit mungkin bara dalam hati mula mendidih.

“ a..ah tu pic adik, kenapa andak? salah ker? niat adik just nak berdakwah jer melalui pemakaian… kenapa salah ker andak?” jawab adik aku Aina Farhana dengan nada yang perlahan mungkin agak takut dengan aku.

“ berpurdah tu tak salah tapi, yang salah tu dok posing sana posing sini dok tayang kat orang, adik nak cari glamour apa?” luncur amarah aku yang tak dapat dibendung

“ ok… abang, maaf kan saya..” balas ringkas adik aku kendengaran esakan dihujung talian sepertinya adik aku sedang menangis lalu talian diputuskan

“ helo…helo ish kurang ajar betul budak ini” lalu aku mengambil laptop sambil berbaring diatas katil.

Ruang bilik aku yang kelihatan terang melalui celahan daun pintu yang sedikit terbuka bagaikan menarik Rafiqul untuk melihat dan menambah keinginan rafiqul untuk mendekati bilik tersebut telinganya menangkap bunyi sesorang yang mengeluh keadaan marah. Pintu kamar aku diketuk sebelum dibuka sedikit luas bagi membenarkan rafiqul melihat ke dalam.

aku yang meniarap sambil memandang skrin pemuka laptop, membuang pandang ke arah rafiqul sebelum tersenyum. Rafiqul melabuhkan duduk di birai katil, membalas kembali pandangannya yang tidak dapat untuk ditafsirkan tika itu.

Rafiqul membetulkan kedudukannya “ ini dah kenapa, muka Mr universe kita yang handsome ni merah menyala macam harimau kelaparan?” seloroh rafiqul memulakan bicara
Aku memandang rafiqul dengan pandangan mencuka “ kau rafiq kalau tak sakit kan hati aku tak boleh ker? Dah la aku tengah sakit hati ini?” balas aku dengan meletakan laptop diatas riba aku

“ rileks lah muslim, aku gurau jer” balas rafiqul dengan melemparkan senyuman kepada aku dengan harapan dapat mententeram kan hati aku yang sedang membara “ cuba cerita apa yang membuat kau marah sampai macam ini sekali?” sambung Rafiqul

Aku menundukan kepala “ patutkah aku cerita kat kau rafiqul? Takpa lah kau dah kenal family aku” bisik hati aku, “ hmmm macam ni adik aku post gambar dia berpurdah tadi kat FB” luah aku dengan agak malu

Rafiqul tersenyum “ ok la tu dia dah berniqab apa masalah nya?” jawab rafiqul dengan persoalan “ masalahnya, adik aku tu dah lah berpurdah, tapi boleh lak nak posing-posing bagai” balas aku dengan sedikit tinggi suara

Rafiqul tetap tidak lekang dengan senyumannya “ muslim kamu dah tanya apa tujuannya berniqab” rafiqul membetulkan jubahnya yang tersangkut dekat kakinya, “ tadi masa aku call dia, dia jawab niatnya nak berdakwah melalui pemakaian”

Rafiqul memandang fail yang dipegannya sambil berfikir untuk menyusun ayat “ muslim sebenar tidak digalakan nak berdakwah di Facebook melalui pakaian. Dan Alhamdulillah muslimah-muslimah sekarang dah mengamalkan sunnah dari segi pemakaian mereka. Berpurdah dan berniqab sebenarnya tak salah. Yang menjadi salahnya apabila gambarnya terlampau mengghairahkan sampai buat peace, posing hot, mata melentik, pinggul tonggek bagai tu. Itu yang agak kurang  bagi muslimah berpurdah pada zaman sekarang. Kalau boleh setiap hari nak tukar DP baru, post gambar baru, nak makan pun kena post gambar, Kalau betullah nak berdakwah kat Facebook menggunakan purdah, ada syaratnya dan ada perbatasannya. Muslim, tak boleh lah kita nak target muslimah berniqab je. Muslimah yang free face pun lebih kurang sama je dan tidak kurang hebatnya lelakinya, tapi bila disuruh untuk berdakwah kepada sahabat-sahabat kat luar sana, tak nak pulak. Macam-macam alasan diberi. Kalaulah Rasulullah SAW dulu-dulu dakwah guna Facebook kan, aku rasa tak tersebar Islam secara menyeluruh.  Sedih dengan remaja sekarang bila dunia sudah dihujung jari maka gerakan dakwah pun menjadi malas dan lemau” jelas panjang lebar rafiqul dekat aku

Muslim pun tersenyum dengan penerangan yang diterimanya “ ha perkara inilah yang aku cuba sampaikan dekat adik aku”  aku memandang muslim yang sedang membelek failnya
Rafiqul kembali memandang aku “ apa yang kau nak sampaikan betul tapi cara kau sampaikan dekat adik kau tu aku kurang berkenan” rafiqul kembali memandang failnya seperti ingin menjaga hati aku

Ku meletakan laptop aku dibawah dan cuba merapati Rafiqul “ maksud kau ?” tanya aku untuk kepastian dan pencerahan

Rafiqul mengeluh “ hmmm… kita kena ingat muslim bahawa kita ini pendidik bukan pengherdik. Kita perlu mendidik bukan mengherdik, maksudnya aku disini kita ingin menyampaikan sesuatu yang betul , biarlah dengan cara mendidik, ok lah ambil contoh adik kamu muslim kamu rasa ia berpurdah baik ke tidak?” rafiqul memandang aku

Aku melihat mata rafiqul yang keadaan tersenyum itu “ baik..”  ringkas balas aku

“ baik kan?, tak kan disebabkan ia buat silap sedikit dengan post gambar berposing dekat facebook kamu nak marah dan memakinya? Andai kata ia terasa hati dan ia kembali tidak berpurdah bukan kah rugi? Itu kalu ia berpurdah kalau orang lain yang baru nak belajar bertudung tapi kita dah mengkeritik bagaimanaa pula?”  rafiqul menyambung kembali penjelasanya sambil memandang aku yang sudah menudukan kepala

Rafiqul memandang aku  sambil memengang bahu aku“ muslim kita kena pandang orang sekeliling kita dengan kasih sayang, andai ia melakukan kesalahan janganlah mengherdiknya tetapi mendidiknya, ini lah tanda cinta kita sebagai sahabat untuk bersama-sama menjadi hamba yang sentiasa meraih mardhatillah dan ini lah salah satu cara kita menyelamatkan orang yang kita cintai daripada azab api neraka”  sambung rafiqul dengan penuh perasaan
Aku memandang rafiqul “ betul cakap kau rafiq, kita pendidik bukan penghukum mahupun pengherdik,aku kena mintak maaf dengan adik aku” aku berasa menyesal atas kelakuan aku terhadap adik aku sebentar tadi

Rafiqul tersenyum “ sebenarnya aku datang ini nak bagi ini,” rafiqul menghulurkan fail yang dipengangnya tadi, aku mencapainya lalu membelek isi kandunganya “ aku tahu kau tak siapkan lagi assigmentkan jadi ini jer yang dapat aku membantu”

Aku memandag rafiqul dengn penuh penghargaan aku berasa beruntung dapat sahabat sepertinya “ thanks rafiq, you are the best”


Rafiq memandang aku “ aku tak nak lah menjadi pemburu mardhatillah seorang diri, moga kita sama-sama menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH,  dan dapat kejayaan didunia dan akhirat “ rafiq mendoakan kami

Site Sponsors

Powered by Blogger.