Peperiksaan akhir
untuk semester dua bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi, dan seharusnya
segala tugasan, assignment, proposal dan slide presentation sudah siap
menjelang awal minggu hadapan. Tetapi kini, aku boleh ambil endah tak endah
bahkan duduk bersenang-lenang dihadapan laptop sambil jari jemari rancak menari
diatas papan kekunci, melakarkan kisah demi kisah di atas helaian muka buku
maya yang tidak dapat disentuh.
Jari jemari aku
terus terhenti apabila mata ku tertangkap satu gambar yang tiba-tiba muncul
dibawah helaian muka buku tempat aku mencoretkan cerita, aku melihat gambar
yang berada dalam bingkai muka buku itu
dengan penuh teliti, lalu aku mengerakan tetikus ku kearah gambar tersebut dan
mengerakan kearah namanya sepertinya
yang aku kenali “ Ya Allah adik aku ker ni?”
aku menutup tetingkap gambar tersebut dan terus menyambung kembali kerja
dengan keadaan yang tidak tenteram dan hati yang penuh bara.
“ah…. Serabutnya”
aku terus mencapai telefon bimbit aku yang terletak bersebelahan laptop lalu
terus mencari nama Aina Farhana lalu aku tekan butang hubungi
“ helo
assalamualaikum…” aku memulakan bicara, sambil mematikan laptop dan duduk
diatas katil
“ Waalaikumsalam,
ya andak napa ya?” balas Aina farhana
“ Andak nak tanya
ni, pic perempuan berpurdah tu adik ker?” tanya aku dengan nada yang agak
tinggi sedikit mungkin bara dalam hati mula mendidih.
“ a..ah tu pic
adik, kenapa andak? salah ker? niat adik just nak berdakwah jer melalui
pemakaian… kenapa salah ker andak?” jawab adik aku Aina Farhana dengan nada
yang perlahan mungkin agak takut dengan aku.
“ berpurdah tu tak
salah tapi, yang salah tu dok posing sana posing sini dok tayang kat orang,
adik nak cari glamour apa?” luncur amarah aku yang tak dapat dibendung
“ ok… abang, maaf
kan saya..” balas ringkas adik aku kendengaran esakan dihujung talian
sepertinya adik aku sedang menangis lalu talian diputuskan
“ helo…helo ish
kurang ajar betul budak ini” lalu aku mengambil laptop sambil berbaring diatas
katil.
Ruang bilik aku yang kelihatan terang melalui celahan daun pintu yang sedikit
terbuka bagaikan menarik Rafiqul untuk melihat dan menambah keinginan rafiqul
untuk mendekati bilik tersebut telinganya menangkap bunyi sesorang yang
mengeluh keadaan marah. Pintu kamar aku diketuk sebelum dibuka sedikit luas
bagi membenarkan rafiqul melihat ke dalam.
aku yang meniarap sambil memandang skrin pemuka laptop, membuang pandang ke
arah rafiqul sebelum tersenyum. Rafiqul melabuhkan duduk di birai katil,
membalas kembali pandangannya yang tidak dapat untuk ditafsirkan tika itu.
Rafiqul membetulkan
kedudukannya “ ini dah kenapa, muka Mr universe kita yang handsome ni merah
menyala macam harimau kelaparan?” seloroh rafiqul memulakan bicara
Aku memandang
rafiqul dengan pandangan mencuka “ kau rafiq kalau tak sakit kan hati aku tak
boleh ker? Dah la aku tengah sakit hati ini?” balas aku dengan meletakan laptop
diatas riba aku
“ rileks lah
muslim, aku gurau jer” balas rafiqul dengan melemparkan senyuman kepada aku
dengan harapan dapat mententeram kan hati aku yang sedang membara “ cuba cerita
apa yang membuat kau marah sampai macam ini sekali?” sambung Rafiqul
Aku menundukan
kepala “ patutkah aku cerita kat kau rafiqul? Takpa lah kau dah kenal family
aku” bisik hati aku, “ hmmm macam ni adik aku post gambar dia berpurdah tadi
kat FB” luah aku dengan agak malu
Rafiqul tersenyum “
ok la tu dia dah berniqab apa masalah nya?” jawab rafiqul dengan persoalan “
masalahnya, adik aku tu dah lah berpurdah, tapi boleh lak nak posing-posing
bagai” balas aku dengan sedikit tinggi suara
Rafiqul tetap tidak
lekang dengan senyumannya “ muslim kamu dah tanya apa tujuannya berniqab”
rafiqul membetulkan jubahnya yang tersangkut dekat kakinya, “ tadi masa aku
call dia, dia jawab niatnya nak berdakwah melalui pemakaian”
Rafiqul memandang
fail yang dipegannya sambil berfikir untuk menyusun ayat “ muslim sebenar tidak
digalakan nak berdakwah di Facebook melalui pakaian. Dan Alhamdulillah
muslimah-muslimah sekarang dah mengamalkan sunnah dari segi pemakaian mereka.
Berpurdah dan berniqab sebenarnya tak salah. Yang menjadi salahnya apabila
gambarnya terlampau mengghairahkan sampai buat peace, posing hot, mata
melentik, pinggul tonggek bagai tu. Itu yang agak kurang bagi muslimah berpurdah pada zaman sekarang.
Kalau boleh setiap hari nak tukar DP baru, post gambar baru, nak makan pun kena
post gambar, Kalau betullah nak berdakwah kat Facebook menggunakan purdah, ada
syaratnya dan ada perbatasannya. Muslim, tak boleh lah kita nak target muslimah
berniqab je. Muslimah yang free face pun lebih kurang sama je dan tidak kurang
hebatnya lelakinya, tapi bila disuruh untuk berdakwah kepada sahabat-sahabat
kat luar sana, tak nak pulak. Macam-macam alasan diberi. Kalaulah Rasulullah
SAW dulu-dulu dakwah guna Facebook kan, aku rasa tak tersebar Islam secara
menyeluruh. Sedih dengan remaja sekarang
bila dunia sudah dihujung jari maka gerakan dakwah pun menjadi malas dan lemau”
jelas panjang lebar rafiqul dekat aku
Muslim pun
tersenyum dengan penerangan yang diterimanya “ ha perkara inilah yang aku cuba
sampaikan dekat adik aku” aku memandang
muslim yang sedang membelek failnya
Rafiqul kembali
memandang aku “ apa yang kau nak sampaikan betul tapi cara kau sampaikan dekat
adik kau tu aku kurang berkenan” rafiqul kembali memandang failnya seperti
ingin menjaga hati aku
Ku meletakan laptop
aku dibawah dan cuba merapati Rafiqul “ maksud kau ?” tanya aku untuk kepastian
dan pencerahan
Rafiqul mengeluh “
hmmm… kita kena ingat muslim bahawa kita ini pendidik bukan pengherdik. Kita
perlu mendidik bukan mengherdik, maksudnya aku disini kita ingin menyampaikan
sesuatu yang betul , biarlah dengan cara mendidik, ok lah ambil contoh adik
kamu muslim kamu rasa ia berpurdah baik ke tidak?” rafiqul memandang aku
Aku melihat mata
rafiqul yang keadaan tersenyum itu “ baik..”
ringkas balas aku
“ baik kan?, tak
kan disebabkan ia buat silap sedikit dengan post gambar berposing dekat
facebook kamu nak marah dan memakinya? Andai kata ia terasa hati dan ia kembali
tidak berpurdah bukan kah rugi? Itu kalu ia berpurdah kalau orang lain yang
baru nak belajar bertudung tapi kita dah mengkeritik bagaimanaa pula?” rafiqul menyambung kembali penjelasanya
sambil memandang aku yang sudah menudukan kepala
Rafiqul memandang aku sambil memengang bahu aku“ muslim kita kena
pandang orang sekeliling kita dengan kasih sayang, andai ia melakukan kesalahan
janganlah mengherdiknya tetapi mendidiknya, ini lah tanda cinta kita sebagai
sahabat untuk bersama-sama menjadi hamba yang sentiasa meraih mardhatillah dan
ini lah salah satu cara kita menyelamatkan orang yang kita cintai daripada azab
api neraka” sambung rafiqul dengan penuh
perasaan
Aku memandang
rafiqul “ betul cakap kau rafiq, kita pendidik bukan penghukum mahupun
pengherdik,aku kena mintak maaf dengan adik aku” aku berasa menyesal atas
kelakuan aku terhadap adik aku sebentar tadi
Rafiqul tersenyum “
sebenarnya aku datang ini nak bagi ini,” rafiqul menghulurkan fail yang
dipengangnya tadi, aku mencapainya lalu membelek isi kandunganya “ aku tahu kau
tak siapkan lagi assigmentkan jadi ini jer yang dapat aku membantu”
Aku memandag
rafiqul dengn penuh penghargaan aku berasa beruntung dapat sahabat sepertinya “
thanks rafiq, you are the best”
Rafiq memandang aku
“ aku tak nak lah menjadi pemburu mardhatillah seorang diri, moga kita sama-sama
menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH, dan dapat kejayaan didunia dan akhirat “ rafiq
mendoakan kami
0 comments:
Post a Comment