- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Thursday, February 6, 2014

Cerpen : Purnama 2

Aku terus saja menyusup di celah-celah orang ramai yang masuk ke kafeteria Fakulti pendidikan dan sosiologi itu. Kelibat Rafiqul itu terus juga mengejar aku di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke kafeteria. Lama kemudian, rafiqul tidak lagi kelihatan bila aku berjaya Menspeedkan kelajuan langkah  aku ketahap maksimum. Bila rasa aman daripada Rafiqul, aku melangkah pergi meninggalkan fakulti itu dengan kadar segera tanpa di syaki.

macam pencuri pulak aku ini, dok nak selamatkan diri dari buruan polis!”  gumam hati kecil aku, dengan nafas tercungap-cungap “ huh lega, kira ekspress juga aku lari, walaupun dengan berat badan aku macam ini” sambung gumam aku dengan memuji diri sendiri, aku menoleh kebelakang itu memastikan yang rafiqul tadi tidak mengekorinya lagi “ haaa lega  and bahagianya aku, terlepas juga aku dari si Ustaz Rafiqul tu” aku menjuih kan sedikit bibir aku.

Usai sahaja aku menunaikan solat zohor di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL, aku melangkah lesu “ penatnya aku, semua ini gara-gara Ustaz rafiqul”. Sebelum menuju ke bilik, aku singgah terlebih dahulu di kawasan ampain dibawah block, 5 helai pakaian yang aku sidai seawal selepas subuh tadi aku angkat. Dengan pakaian dan buku penuh ditangan aku melangkah longlai ke bilik aku yang berada di tingkat 2 “nasib baik bukan di tingkat 4 Kalau tak boleh semput aku.” Rungut hati aku

Sesampainya di bilik, aku terus melambakan semua pakaianku di atas katil dan meletakan buku diatas meja “ petang nantilah aku lipat” rancangku didalam hati. Aku menuju ke almari pakaian ku dan mengeluarkan sehelai T-shirt dan trackshoot. Niat di hati ingin mandi terlebih dahulu “mandi cowboy jer lah” renget hati aku, terus mencapai tuala dibelakang pintu dan menuju kearah bilik air, tiba-tiba pintu utama rumah aku dibuka dan aku melihat housemate aku yang baru pulang dari kelas “ ha dekat sini kau mujahid” tegur hosemate aku “ kau dah kenapa wan?”  Tanya aku kembali apabila mendengar pernyataan pelik dari housemate aku

tak adalah tadi aku jumpa Rafiqul dekat bawah dia cari kau tadi “ jawab Wan sambil membuka kasut dan menyusun diatas rak dan terus menuju kearah biliknya yang bersebelahan dengan bilik aku. “ Rafiqul ini dah kenapa, dok main kejar-kejar dengan aku dari pagi tadi. Eee bosan lah “ desis hati aku dengn tingkah rafiqul yang agak merimaskan.
Seusai sahaja mengenakan pakaian dipilih tadi terus aku mencapai telefon bimbit aku yang terletak diatas meja belajar terus aku mencari nombor Ustaz Rafiqul  dan menghantar pesanan ringkas “ Salam Raf, aku nak jumpa kau dekat masjid lepas asar boleh” terus aku meletakan kembali telefon bimbit diatas meja dan merebahkan badan aku diatas katil

“ kenapa dengan aku ini, semua benda jadi malas, dah tu mengelak dari sahabat sendiri pulak tu, tak boleh jadi ini” gumam aku sendirian mengenangkan perubahan diri yang aku sendiri tidak memahami, seketika kemudian telefon bimbit aku berbunyi menandakan aku menerima satu pesanan ringkas “ insyaAllah, Biiznillah “ ringkas balasan daripada Rafiqul.
Seusai sahaja solat asar berjemaah di masjid aku mengambil tempat di pondok belakang masjid berdekatan dengan laman pokok kurma, dalam benak fikiran aku memikirkan macam mana aku ingin meluahkan permasalahan aku. Kelibat Rafiqul makin menghampiri aku dengan senyuman yang tidak pernah kurang dari bibirnya.” Assalamualaikum “  rafiqul memberi salam diiringi tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan aku.

Aku menyambut tangannya “ waalaikumusalam” balas aku, rafiqul mengambil tempat berhadapan aku dan melabuhkan punggung dan bersila diatas pondok tersebut, dan meleparkan kuntuman senyuman kepada aku, “ rafiqul sebenarnya…” aku sepertinya tidak mampu meluahkan apa yang berlegara-legar didalam benak fikiran, kerna aku sendiri tidak memahami apa yang aku fikirkan “ buntunya aku… “ desis hati

Rafiqul masih tersenyum menantikan apa yang ingin aku sampaikan, “ Mujahid, maafkan aku” fikiran aku yang sibuk mencari idea tadi tiba-tiba hilang sepertinya kertas putih, “ kenapa kau mintak maaf pula ni?” tanya aku untuk memastikan kembali

Rafiqul mengeluarkan sesuatu dari begnya “ sebenarnya tengahari tadi aku kejar kau sebab nak pulangkan nota ini,..” rafiqul  menghulurkan helaian kertas kepada aku, “la… yang dia beria-ia kejar aku tenghari tadi semata-mata nak pulangkan benda ni jer… serba salahnya aku kat dia” hati aku  mula timbul perasaan  serba salah dekat rafiqul

Rafiqul yang tadi yang senyuman tidak lekang mukanya berubah seperti macam orang yang melakukan kesalahan  besar " bukan tu sahaja, aku nak minta maaf jika perbuatan aku selama ini tidak menyenangkan hati kau” luah perasaan rafiqul, hati aku yang tadinya dah dibeban dengan serba salah kini sepertinya ditambah satu lagi bebanan ”Ya Allah rafiqul, ini lah buat aku jadi tak senangnya” bisik hati aku, “ rafiq sebenarnya aku segan dengan kau dan muslim “ terluah juga akhirnya apa yang membelegu didalam kotak fikiran aku.

Rafiqul terkejut dengan ugkapan aku sebentar tadi “ segan? Malu? Kenapa pula?” tanya rafiqul untuk kepastian “ aku malu dengan korang sebab korang ini orang yang baik-baik, aku tak layak nak bergaul dengan korang” jelas aku agar rafiqul tidak salah faham.

Rafiqul mendengar penjelasan aku sebentar tadi tergelak kecil dia “ mujahid…mujahid” rafiqul menyebut nama aku sambil mengelengkan kepala, aku menjadi keliru dengan perbuatan rafiqul “ kenapa kau gelak?” tanya aku untuk kepastian

Rafiqul kembali tenang, terukir satu kutuman senyuman dibibir nya,“Mujahid sebenarnya kiatorang manusia biasa yang banyak khilaf… dan kamu tahu tak apa maksud baik itu?” tanya rafiqul, “ baik? Baik itu baik lah” jawab aku kembali dengan kebingungan “ ok, saya bagi contoh macam ini kamu rasa orang ini baik tak kalau dia hafal Al-Quran?” tanya Rafiqul “ baik lah..” balas aku, rafiqul tersenyum “ kalau dia dah hafal Al-quran tapi dia mengumpat orang ?” tambah rafiqul lagi, aku kebingungan” errrr” aku tidak mampu ungkapakan

Rafiqul membetulkan kopiahnya “ ok sebenarnya baik itu boleh dedifinisikan  begini, kita mengambil islam itu secara menyeluruh, dan sumber kebaikan itu ialah Al-quran dan sunah dan ia mengamalkan kesemua ajaran yang tertera dalam Al-Quran, dan mengikut ajaran Rasulullah dalam semua aspek bukan sebahagian sahaja.” jelas rafiqul “ maknanya disini setiap perkara, gerak – geri kita dalam kehidupan mesti berlandaskan islam dan syariat” tambah Rafiqul

Aku yang mendengar dengan penuh khusyuk menganggukan kepala menandakan faham apa yang ingin disampaikan “ tapi susah lah nak jadi baik ini? “ rungut aku,

rafiqul tersenyum dan menepuk –nepuk tangan aku dan memalingkan wajahnya kearah pokok kurma “ menjadi baik mengikut acuan Rasulullah dan Allah ini memanglah sukar, sebab kita kena jaga diri dan sentiasa perlu berjaga-jaga agar tidak melakukan sesuatu perka yang membuat Allah murka, tapi apa ruginya kalau kita cuba berusaha menuju kearah kebaikan ini kan? Mungkinlah rugi sedikit kerana kita terpaksa meninggalkan kepuasan nafsu dan keseronokan dunia, tapi apalah sangat kerugian ini bagi kita yang inginkan kehidupan yang tenang harmoni dan bahagia dunia dan akhirat, pengorbanan inilah membawa seribu makna bagi kita kelak,” jelas panjang lebar rafiqul sambil memandang kembali menatap wajah aku dan menguntumkan senyuman seribu makna
aku membalas kembali senyuman itu “ aku kena yakin dan percaya dengan acuan kebaikan ini, dan berusah menuju kearah kebaikan” ikrar hati aku, “terima kasih ya rafiqul sebab telah menyedarkan aku, dan sangup bersahabat dengan aku?” aku memengang bahu rafiqul

“ insyaAllah kita sama-sama menuju kearah kebaikan dan terus menjadi hambanya yang sentiasa meraih MARDHATILLAH”  balas rafiqul sambil tersenyum,azan maghrib terlah berkumandang, kami bergerak bersama menuju ke bilik wudhuk untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. 


1 comments:

Unknown said...

nice story, terus berkarya....moga Allah permudahkan

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.