Aku melilau seorang diri
mencari-cari dewan kuliah di bangunan fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang
tersergam indah itu. Sudah hampir sepuluh minit aku berseorangan, sambil mata
aku yang tidak berhenti membaca setiap papan tanda yang ada tadi. Sudah beberapa
orang pelajar diajukan soalan, namun jawapan yang diberikan tetap tidak membawa
kepada tempat yang dituju.
‘Mana Audi IT ni?
Sorang kata kat sana, sorang kata kat sini, pening dah kepala ni’ rungut
aku seorang diri. Peluh mula membasahi dahi aku. Beg yang tersandang dibahu aku
mula dirasakan berat. Mata aku yang sedari tadi membaca papan tanda mencari
arah tuju, sudah semakin kabur. Aku mula berasa semakin lesu kerana masih belum sempat bersarapan pada pagi tadi.
Pada saat itulah, ketika
aku berjalan perlahan-lahan menaiki sebuah anak tangga, seorang lelaki
tiba-tiba menegur aku dari belakang.
‘Bro…bro.. yang pakai
kurta biru, tunggu sekejap,’ jerit lelaki yang berada tidak
jauh di belakang aku. Aku yang menyedari
kurta yang aku pakai ketika itu berwarna biru, segera menoleh kebelakang.
Dilihatnya seorang lelaki bercermin mata, bersama seorang lagi rakannya sedang
berjalan menuju kearahnya.
‘Er, kamu cakap dengan
saya?’ aku bertanya bagi mendapatkan kepastian. Malu pula rasanya jika
bukan aku yang dipanggil oleh lelaki itu sebentar tadi.
‘Yalah bro. Kan kamu
sorang je yang pakai kurta biru kat sini,’ kata
rakan kepada lelaki yang memanggilnya sebentar tadi sambil ketawa. Aku segera memasamkan muka. Pertanyaan yang
ditanya diketawakan pula. Lelaki yang bercermin mata dihadapannya segera
menyiku rakannya apabila menyedari raut wajah aku mula berubah.
‘Maaf bro. Tadi saya
nampak kad matriks kamu jatuh. Ni saya tolong kutipkan,’ kata
lelaki itu sambil menghulurkan kad matrik aku dengan tangan kanannya. Serentak
dengan itu, Aku mengerling poket kurtaku, Kad matriks yang biasanya tergantung
disitu sudah tiada.
‘Oh haahla. Tak
perasan pulak tercicir tadi. Terima kasih banyak-banyak ye,’ Aku
cuba mengambil kad matriksku kembali daripada tangan lelaki itu.‘Sebenarnya,
dari tadi saya perasan kamu asyik berulang alik kat bangunan ni. kamu tersesat
ke? Nak cari tempat mana?’ Tanya lelaki tadi respond daripada
pemerhatianya melihat aku bermundar mandir dikawasan ini.
‘Saya cari Audi IT.
Saya ada kelas dalam 5 minit lagi, tapi dari tadi saya cari tak jumpa-jumpa.
Penat dah ni,” Aku bercerita sambil cuba mengesat peluh di dahi menggunakan
belakang tapak tangan aku.
‘Eh.. la. Kitorang pun
nak pergi Audi IT tu. Ni student Human Resources la kan?” kata
rakan lelaki bercermin mata itu dengan semangatnya. Serta merta riak wajah aku
berubah gembira. Akhirnya aku bertemu dengan insan yang boleh diharapkan untuk
memandu aku menuju ke tempat yang betul.
‘Haah, saya student HR.
Syukurlah akhirnya jumpa jugak dengan student satu course. Saya baru sampai pagi
ni, tak sempat nak cari awal-awal Audi IT kat mana,’ Aku
berkata sambil senyuman terukir di bibir. Terasa macam hilang satu beban yang
sedang digalas aku.
‘Kalau macam tu,
jomlah kita pergi kelas sekali. Lagi lima minit kelas dah nak mula,’ lelaki
bercermin mata itu tersenyum sambil mempelawa. Aku mengangguk dan menerima
pelawaan tersebut dengan hati terbuka.
Perlahan-lahan Aku
melangkah mengikuti dua orang lelaki di hadapan aku itu. Sempat Aku memandang
sekilas dua orang lelaki yang bakal menjadi rakan sekelasku itu. Seorang
bercermin mata, perwatakannya sopan. Seorang lagi berkemeja ringkas dan
berperwatakan selamba.
‘Eh, kita belum
berkenalan lagi la. Kita dah nak jadi rakan sekelas kan? Nama saya Ahmad Muslim.
Boleh panggil Muslim,’ kata lelaki berkemeja sambil tersenyum,
setelah menyedari Aku sekadar membatukan diri di belakang mereka.
‘Saya Mujahid
Mardhatillah. Boleh panggil Mujahid,’ aku memperkenalkan diri
sambil tersenyum. Kemudian mata aku beralih arah daripada muslim kepada lelaki
di sebelahnya itu. Lelaki itu yang ketika itu memandang kebelakang dan
menyedari sorotan mata aku, segera tersenyum.
‘Saya Rafiqul. Muhammad
Rafiqul Aula,’ katanya lagi dengan senyuman yang masih tidak lekang dari
bibir. Senyuman dari sebuah wajah yang bersih yang sungguh menenangkan hati.
“ so
mujahid kita dah sampai, inilah Audi IT” muslim menunjukan bilik
kuliah kepada aku sambil membuka pintu
untuk aku dan Rafiqul, lalu kami melangkah masuk dan terus mengambil
tempat di barisan kedua dan betul-betul
tengah Audi IT “ Alhamdulillah, untung pensyarah tak masuk lagi” kata muslim kepada Rafiqul.
Tiba-tiba pintu Audi IT
di buka dan kelihatan seorang perempuan yang agak berusia memakai tudung yang
agak labuh dan mengunci pintu dan terus menaiki pentas Audi IT dan meletakan bukunya diatas
rost room, lalu beliau bergerak ke tengah pentas “ Assalamualaikum dan
selamat sejahtera “ perempuan tersebut memulakan bicaranya
“ ok
saya lihat untuk kelas saya kali ini tiada non muslim, ok good, saya perkenal
kan diri saya dahulu, saya Puan saadiah Bt kamiso, lecturer Economics kamu
untuk semester ini” sambung Puan saadiah
memperkenal diri sambil bergerak ke kiri dan kekanan pentas sambil memerhatikan
kami
“ ok
untuk berkenalan dengan kamu yang agak
ramai ini, mungkin saya perlu mengambil masa.tapi tidak mengapa tidak susah
untuk saya mengenali kamu” Puan saadiah menuju ke
rost room dan mengambil sampul surat “ baik lah arini saya nak buat pop
kuis,” kejutan puan saadiah, membuat satu kelas kami agak riuh
“
Rafiq, apa ini first class dah ada pop kuis?” Tanya muslim kepada Rafiq apa bila kami digemparkan dengan
perkataan pop kuis oleh puan Saadiah. “ Muslim baik ikut jer apa yang
diarahkan” balas aku, mendengar pertanyaan muslim kepada Rafiqul.
“ ok
ambil kertas ini, dan sila jawab kesemua soalan tersebut dalam masa 20 minit
sahaja, kamu boleh discuss, atau rujuk buku dan kamu boleh mula sekarang” terang puan saadiah sambil tersenyum
“YaAllah
senangnya soalan ini” jerit kecil muslim
apabila melihat kertas soalan tersebut “ ya la ini bukan soalan SPM ker?”
Tanya aku kembali untuk kepastian
Beberapa minit kemudian “Saya
dah siap” Rafiqul bersuara dan menyerahkan kertas tersebut kepada Pn
Saadiah, “ mak Ai cepatnya” kata muslim kepada aku, aku hanya
mampu menganggukkan kepala sambil melihat Rafiqul yang penuh yakin.
Selepas kertas semua siap
dikutip oleh puan saadiah “ So macam mana soalan tadi senang?” Tanya
puan saadiah kepada kami, lalu semua pelajar dalam Audi tersebut menjawab “
senang “ dengaan serentak.
“ ok
saya ada beberapa soalan lagi nak Tanya,” senyum puan saadiah, dengan seribu maksud “ Apa sumbangan
kamu untuk islam selama kamu hidup ini?” meluncur laju bagaikan petir
persoalan dari puan saadiah sehingga membuatkan kami terdiam dan berpandang
antara kami
“ saya bagi tempoh 20 minit untuk kamu fikir
dan discuss dengan kawan kamu kamu juga boleh rujuk dalam buku, untuk menjawab
soalan” sambung puan saadiah
lagi sambil membelek kertas kami tadi. Aku hanya mampu terdiam kerana aku tahu aku
belum bagi apa-apa sumbangan untuk islam apatah lagi sebagai seorang anak
“ ok 20
minit sudah tamat” puan saadiah meminta
kami berhenti discsuss dan puan saadiah berdiri betul-betul di tengah pentas “ ada
sesiapa yang nak jawab?” puan saadiah membuka peluang kepada pelajar
untuk volunteer menjawb dihadapan “ tiada sesiapa? Kenapa?” Tanya
puan saadiah dengan membuat muka pelik dan terkejut, kerana tiada seorangpun
dari kami ingin memberi respon.
Puan saadiah menuruni
tangga dan cuba menghampiri salah seorang pelajar lelaki yang kerusinya
berhampiran dengan tangga pentas “ kamu nak cuba jawab? ” Tanya
puan saadiah kepada pelajar lelaki tersebut, lantas pelajar lelaki tersebut
mengelengkan kepala lalu menundukan kepala malu
Puan saadiah ketawa kecil
“ kenapa semua senyap?” Tanya puan saadiah sambil bergerak
perlahan-lahan menuju kearah kami “ kemana hilangnya semangat kamu untuk
menjawab soalan 40 minit yang lalu?” bahu salah seorang pelajar perempuan
dibelakang kami di sentuh dan meberikan senyuman
Lalu puan saadiah memusingkan
badanya untuk melangkah kehadapan “Adakah dengan keadaan macam ini kamu
nak jumpa dengan rasulullah untuk mendapat syafaat?” Tanya puan saadiah
sambil memandang aku dan Rafiqul dan terseyum seribu makna lalu pandanganya
beralih kearah muslim “andaikata rasulullah bertanya sejauh mana kau
menyayangi Aku? Untuk aku memberi syafaat kepada kamu” puan saadiah
terus menerus mengaju soalan kepada kami membuat kami tersentak dan berfikir
“ aku
ini harap jer ummat nabi Muhammad pemberi syafaat kelak, tapi aku tak tahu
sangat pun sirahnya apatah lagi sunnahnya“ bisik hati kecil aku, penangan soalan daripada dari puan saadiah, yang begitu menusuk.
Puan saadiah kembali
bergerak menuju dan menaiki anak tangga keatas pentas dan berdiri di tengah
pentas “Adakah dengan keadaan kamu macam ini kamu nak berjumpa dengan
Allah untuk mendapat syurganya?” puan saadiah menudingkan jarinya
kearah kami yang terdiam seribu bahasa sepertinya kami hilang segala kata-kata
dan mulut kami terkunci. “ Andaikata Allah bertanya apa yang kita lakukan diatas muka bumi sebagai
hambanya? Apa yang kita lakukan untuk agamanya? Sebelum Allah memberikan
syurganya kepada kita?” sambung lagi puan saadiah dengan suara yang
agak lantang
Puan saadiah daripada
suara yang agak lantang kini terdiam seketika, lalu airmatanya mula menitik “Dimana
kita nak cari jawapan ini? dengan siapa kita nak discuss untuk mendapatkan
jawapan ini?” Tanya puan saadiah dengan suara yang agak sayu.
Puan saadiah mengambil
satu kerusi yang berhampiran dengan rostroom lalu melabuhkan pungungnya “
saya teringat satu kisah masa rasulullah mengahadapi sakaratul maut”
puan saadiah memulakan ceritanya dengan mengambil nafas yang agak dalam untuk
mencari kekuatan, dan aku membetulkan kedudukan ku
“Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama
menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "
Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu
langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka
lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak
membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau
tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" tanya rasulullah
mengingatkan umatnya
"Jangan
khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril untuk
menenangkan hati Rasulullah.
Detik-detik semakin
dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril,
betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah
mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali
yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah
kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah
yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahan lagi.
"Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku." rintih Rasulullah yang
masih terus mengingati umatnya walaupun nyawanya sedang dicabut.
Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan
hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya."Uushiikum
bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu."
Di luar, pintu tangis
mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang
mulai kebiruan.
"Ummatii,
ummatii, ummatiii!" -
"Umatku, umatku,
umatku"
Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu.” Puan saadiah kembali terdiam seketika
aku melihat tudungnya mula basah dek kerana titikan airmata. “ begitu
hebatnya ingatan rasulullah terhadap kita, tetapi kita? Tidak malukah kita
untuk menagih syafaatnya dengan keadaan kita begini?” tanya Puan
Saadiah kepada kami,
Persoalan Puan Saadiah tadi bagaikan halilintar yang
terus memanah hati kami sehingga kami terkedu tidak mampu untuk mengukapakan
satu patah perkataan, yang aku dengar hanyalah “ SubhanAllah”
ucapan yang terkeluar dari Rafiqul .
Puan Saadiah bangun dan
memberikan senyuman kepada kami “ ingat rasulullah pernah berpesan Dari
Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi
seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak
pinaknya, dan manusia seluruhnya." Bukhari dan muslim”
Puan Saadiah tersenyum “ hadis ini ada hubung kait dengan Al-Qur'an
al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:
"Katakanlah (wahai
Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dankaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu
usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu)
menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya
dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi
pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "
Puan Saadiah tersenyum
lagi dan terus bergerak ke rost room “ kamu faham tak apa yang hadis tadi
terangkan?” puan saadiah bertanyakan kami dengan harapan kami memahami
apa yang ingin disampaikan bukan sekadar mendengar, “ Puan maaf, boleh
puan jelaskan” aku mengakat tangan dan meminta puan untuk menjelaskan
hadis tersebut
Puan Saadiah tersenyum “ hadis
ini menerangkan, bahawa kita hendaklah meletakan Rasulullah sebagai contoh
ikutan dan sentiasa menletakan Rasulullah dalam hati kita dalam menjalani
kehidupan kita, agar kita tidak tersasar daripada tujuan kejadian kita
diciptakan oleh Allah” puan saadiah tersenyum, tapi kali ini senyuman
dia agak berlainan daripada tadi
Puan saadiah mengemaskan
barangnya diatas rost room menandakan kelas kami akan tamat tidak lama lagi “ saya tidak mahu saya mengajar subjek ini
semata-mata untuk kamu belajar lulus periksa sahaja, yang saya inginkan
melahirkan mujahid profesional yang sentiasa memburu MARDHATILLAH . ok?
insyaAllah jumpa minggu hadapan Assalamualaikum” Puan Saadiah memberi
salam kepada kami menamatkan kelasnya lalu mengambil barang dan beredar keluar
dari kelas
Semua pelajar turut
mengekori Puan Saadiah keluar. Aku, muslim Dan Rafiqul masih berda di tempat
sama untuk Mengimbau sejarah kembali untuk meneliti diri dan muhasabah agar
taubat dapat dilakukan. anjakan paradigma bermula untuk kami terus menjadi
hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH
0 comments:
Post a Comment