- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Friday, January 24, 2014

Cerpen: Purnama 3


Habis waktu kelas terakhir pada petang itu, aku berjalan laju balik ke asrama untuk menunaikan solat Asar dan bersiap-siap untuk keluar bersama  Abang aku Hafiz. Selesai memberi salam, roomateku Asyraf memberi isyarat bahawa dia ingin jumpa aku. Aku menjenguk ke bawah melalui tingkap bilik asrama dan kelihatan Abang Hafiz sedang menantiku sambil bersandar di pintu keretanya. Dia mendongak seperti menyedari ada orang memerhatikannya lalu aku memberi isyarat agar dia sabar menunggu. Lalu aku memandang kembali kearah Asyaraf

Asyraf kita discuss malam ini boleh?” aku pandang asyraf dengan penuh harapan agar ia menjawab ya

kau ini, time aku perlukan kaulah, kau nak keluar bagai” rajuk manja asyaraf, aku mendekatinya sambil memengang bahunya “ ala… nak buat macam mana aku ada hal kat luar dengan abang aku, kita bincang malam ini, boleh ya?” pujuk aku lagi “ ya lah malam ini, cepat sikit balik”  Asyraf mengalah dan merelakan kepergian aku.

Tepat jam 9 malam sebuah kereta saga merah meluncur masuk ke perkarangan tempat kereta asrama lelaki Universiti Selangor dan memberhentikan betul-betul depan pagar utama asrama “ oit wan dah sampailah” lamunan aku dikejutkan dengan suara garau abang Hafiz,

ha? Dah samapai? ok” balas aku dengan cover malu aku mengambil barang dan membuka pintu kereta “ kau kenapa adik?” langkah aku terhenti dengan pertanyaan abang Hafiz dan kembali ke tempat duduk asal dan memandangnya “ kenapa  apa?” Tanya kembali aku kurang faham dengan persoalan abang Hafiz, tadi 

dari abang, ambil kau petang tadi sampai sekarang asyik mengalamun jer, ada masalah ker?” Tanya abang hafiz, aku hanya mampu tersenyum “ tak ada apa lah, adik ok jer” Aku cuba mengelak, lantas menghulurkan tangan salam  dan terus melangkah beredar dari kereta menuju ke arah bilik asrama.

Memang tidak dinafikan yang aku asyik memikirkan apa masalah yang dihadapi oleh asyraf sehingga aku tidak focus semasa membantu abang aku dalam proses mencari barang perkahwinannya,setiba dibilik aku memberi salam dan melihat asyraf tiada dalam bilik, aku meletakan beg plastic di atas katil dan mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas ke Asyraf “ salam Asyraf kau kat ner?” kemudian aku meletakan telefon bimbit diatas meja belajar dan terus mencapai tuala yang tersangkut dibelakang pintu terus menuju kearah bilik air untuk menyegarkan badan.

Seusai sahaja aku mengenakan pakaian telefon aku berbunyi menandakan aku mempunyai satu pesanan ringkas, aku mencapainya dan melihat terteranya nama Asyarf aku mebukanya “wasalam aku kat luar ini, kau dah balik ker?” aku membalasnya dan  seketika kemudian asyraf mebalas kembali “ok, aku on the way” aku meletakan kembali telefon bimbit aku dan mengeluarkan laptop untuk menyiapkan beberapa tugasan  yang diberikan oleh pensyarah pada pagi tadi.

Satu jam kemudian kendengaran pintu rumah ku dibuka menandakan salah seorang dari housemate  aku pulang dan aku mendengar ada orang memberi salam dari arah belakang aku, aku menolehkan kepala lalu menjawab salam aku ingin melihat siapa yang meberi salam kepada aku ternyata asyraf yang memberi salam tadi dan sedang berbaring di atas katil sedang memikirkan sesuatu. Aku menutup laptop aku dan menuju kearah katilnya.

ha kau dah kenapa ini?” aku mula berbicara apabila melihat keadaan asyraf seperti terbelit dengan tali.

Asyraf memandang aku “Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu dan rasa susah sangat. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku tersepit lah”  Asyraf meluahkan segala isi hatinya bagaikan air terjun, aku hanya menyediakan telinga untuk menadah apa yang ingin dicurahkan oleh Asyraf

la itu  jer ker masalah kau, yang beriya-iya kau nak jumpa aku petang tadi?” usik aku, tetapi aku memahami apa yang dihadapi oleh Asyraf dimana dia menghadapi ujian dan tekanan dalam proses perubahan kearah kebaikan, aku sebagai sahabatnya perlu memberi sokongan. Aku perlu menjadi murobbi bukan qadi, dan perlu beri didikan bukan mengherdiknya

aku serius ini, kau main-main pulak kan?” marah Asyraf apabila aku mengusiknya, aku tersenyum melihat telatahnya, “ok…ok aku minta maaf, aku gurau jer” aku tepuk bahu untuk tenangkan hati asyraf, asyraf kembali memandang aku, “ ok macam ini, ko  kenal tak sumaiyah?” Tanya aku “ kenal perempuan pertama yang syahid” jawab asyraf

Aku memandang asyraf dengan senyuman “ok good, kau tahukan dia kenaa seksa selepas dia beriman dengan Allah dan mengakui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah?”  Tanya Aku lagi

Asyraf mengerutkan dahi “ tahu, so ? Apa kaitanya dengan aku?” Asyraf confuse dengan pertanyaan aku

Aku tersengih tengok mimic muka Asyraf “ ada kaitan sebenarnya, kaitanya  ialah sumaiyah telah memilih untuk berubah kearah kebaikan, dalam proses perubahan dia telah menerima ujian dan tekanan dari sudut fizikal dan rohani, begitu juga dengan kau asyraf” terang aku mengenai paersamaan asyraf dan sumaiyah

Angguk asyraf menanda memahami apa yang aku ingin sampaikan “ ok, lagi?” Tanya Asyarf untuk aku meneruskan penerangan

ok perkara ini telah diterangakan dalam Al-quran  surah Al-ankabut ayat 1-7 dimanaa maksudnya Alif Lam Mim hanya Allah yang tahu (1) Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?(2) Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(3) Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari ( azab ) kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu!(4) Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu ( yang dijanjikan ) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.(5) Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Mahakaya ( tidak memerlukan sesuatu ) dari seluruh alam.(6) Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahannya dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.(7)
Ayat ini menceritakan bahawa setiap manusia bila memilih jalan kearah kebaikan pasti akan di uji dan halangan. Ujian ini Allah bukan bagi dekat kita saja-saja tetapi Allah nak melihat sejauh mana kita berusaha nak jadi baik dan sejauh mana kita meletakan Allah sebagai tempat pergantungan kita, dan Allah juga berjanji kepada kita yang berusaha melakukan kebaikan ini dengan menghapuskan segalaa dosa-dosa lalu dan menerima balasan yang lebih daripada kita usahakan itu.” Jelas panjang lebar aku, dan aku melihat Asyraf mula merasa tenang sedikit dengan penjelasan aku

Asyraf membetulkan duduknya dengan memeluk bantal “macam amana pula orang yang melakukan keburukan? Allah tidak memberikan mereka ujian ker?,” Tanya Asyraf  aku tersenyum “Allah tidak akan biarkan ia terlepas begitu sahaja tetapi ada caraNya Allah membalasnya dan mengujinya.” Ringkas aku menjawab


Asyraf memberi senyuman kepada aku menandakan puas hati dengan penjelasan aku. Aku bangun  dan menuju kekatil aku dan  memusingkan badan ku kembali kearah asyaraf yang ketika itu sendang menyelimutkan badanya sudah sedia untuk dibuai mimpi “ o ya syaraf ingat ya datanglah sebesar mana pun masalah, ia tidak akan menjadi satu masalah yang besar kepada kita kerana kita ada Allah dalam hati kita, tetapi ia akan menjadi masalah besar kepada kita bila tiada Allah dalam hati kita” aku memberi senyuman kepada asyraf dan menutupkan suis lampu dan menuju kearah katil untuk perbaharui tenaga kami, bagi menjalani kehidupan kami sebagai hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH pada keesokan harinya.


6 comments:

Unknown said...

Nice..ada bakat

Unknown said...

Syukron Ustaz, masih banyak yang perlu diperbaiki dan peljari, mohon tunjuk ajar ya? ^___^

Unknown said...

not bad, satu cerpen yang ckup menarik , but kena lebih teliti dlm penggunaan kata n ejaan , dan satu lagi cuba elakkan ayat-ayat yg sukar untuk difahami .. thats all ! -gerarrd ikhwan

Unknown said...

Jazakallah khair muhammad ikhwan atas teguran, insyaAllh akan datang akn diperbaiki, bagi sentiasa meraihMARDHATILLAH ^__^

Unknown said...

wow best2. kire ok la ni sebagai permulaan. teruskan usaha anda dalam berdakwah dan mencari MARDHATILLAH :)

Cik Fazz said...

assalamualaikum wbt... sebuah permulaan yang hebat! teruskan usaha. saya menantikan sebuah novel dari anda seperti yang dijanjikan dulu...

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.