Habis waktu kelas
terakhir pada petang itu, aku berjalan laju balik ke asrama untuk menunaikan
solat Asar dan bersiap-siap untuk keluar bersama Abang aku Hafiz. Selesai memberi salam, roomateku
Asyraf memberi isyarat bahawa dia ingin jumpa aku. Aku menjenguk ke bawah
melalui tingkap bilik asrama dan kelihatan Abang Hafiz sedang menantiku sambil
bersandar di pintu keretanya. Dia mendongak seperti menyedari ada orang
memerhatikannya lalu aku memberi isyarat agar dia sabar menunggu. Lalu aku
memandang kembali kearah Asyaraf
“ Asyraf kita discuss
malam ini boleh?” aku pandang asyraf dengan penuh harapan agar ia menjawab
ya
“ kau ini, time aku
perlukan kaulah, kau nak keluar bagai” rajuk manja asyaraf, aku mendekatinya
sambil memengang bahunya “ ala… nak buat macam mana aku ada hal kat luar dengan
abang aku, kita bincang malam ini, boleh ya?” pujuk aku lagi “ ya lah malam
ini, cepat sikit balik” Asyraf mengalah
dan merelakan kepergian aku.
Tepat jam 9 malam
sebuah kereta saga merah meluncur masuk ke perkarangan tempat kereta asrama
lelaki Universiti Selangor dan memberhentikan betul-betul depan pagar utama
asrama “ oit wan dah sampailah” lamunan aku dikejutkan dengan suara garau abang
Hafiz,
“ ha? Dah samapai? ok” balas aku dengan cover malu aku mengambil
barang dan membuka pintu kereta “ kau kenapa adik?” langkah aku terhenti dengan
pertanyaan abang Hafiz dan kembali ke tempat duduk asal dan memandangnya “
kenapa apa?” Tanya kembali aku kurang
faham dengan persoalan abang Hafiz, tadi
“dari abang, ambil kau petang tadi
sampai sekarang asyik mengalamun jer, ada masalah ker?” Tanya abang hafiz, aku
hanya mampu tersenyum “ tak ada apa lah, adik ok jer” Aku cuba mengelak, lantas menghulurkan
tangan salam dan terus melangkah beredar
dari kereta menuju ke arah bilik asrama.
Memang tidak
dinafikan yang aku asyik memikirkan apa masalah yang dihadapi oleh asyraf
sehingga aku tidak focus semasa membantu abang aku dalam proses mencari barang
perkahwinannya,setiba dibilik aku memberi salam dan melihat asyraf tiada dalam
bilik, aku meletakan beg plastic di atas katil dan mengeluarkan telefon bimbit
dan menghantar pesanan ringkas ke Asyraf “ salam Asyraf kau kat ner?” kemudian
aku meletakan telefon bimbit diatas meja belajar dan terus mencapai tuala yang
tersangkut dibelakang pintu terus menuju kearah bilik air untuk menyegarkan
badan.
Seusai sahaja aku
mengenakan pakaian telefon aku berbunyi menandakan aku mempunyai satu pesanan
ringkas, aku mencapainya dan melihat terteranya nama Asyarf aku mebukanya “wasalam
aku kat luar ini, kau dah balik ker?” aku membalasnya dan seketika kemudian asyraf mebalas kembali “ok,
aku on the way” aku meletakan kembali telefon bimbit aku dan mengeluarkan
laptop untuk menyiapkan beberapa tugasan
yang diberikan oleh pensyarah pada pagi tadi.
Satu jam kemudian
kendengaran pintu rumah ku dibuka menandakan salah seorang dari housemate aku pulang dan aku mendengar ada orang memberi
salam dari arah belakang aku, aku menolehkan kepala lalu menjawab salam aku
ingin melihat siapa yang meberi salam kepada aku ternyata asyraf yang memberi salam
tadi dan sedang berbaring di atas katil sedang memikirkan sesuatu. Aku menutup
laptop aku dan menuju kearah katilnya.
“ha kau dah kenapa
ini?” aku mula berbicara apabila melihat keadaan asyraf seperti terbelit dengan
tali.
Asyraf memandang
aku “Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu
adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik
dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak
jadi lebih baik tapi aku malu dan rasa susah sangat. Nanti apa yang
kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan
pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku
tersepit lah” Asyraf meluahkan segala
isi hatinya bagaikan air terjun, aku hanya menyediakan telinga untuk menadah
apa yang ingin dicurahkan oleh Asyraf
“la itu jer ker masalah kau, yang beriya-iya kau nak
jumpa aku petang tadi?” usik aku, tetapi aku memahami apa yang dihadapi oleh
Asyraf dimana dia menghadapi ujian dan tekanan dalam proses perubahan kearah
kebaikan, aku sebagai sahabatnya perlu memberi sokongan. Aku perlu menjadi
murobbi bukan qadi, dan perlu beri didikan bukan mengherdiknya
“ aku serius ini,
kau main-main pulak kan?” marah Asyraf apabila aku mengusiknya, aku tersenyum
melihat telatahnya, “ok…ok aku minta maaf, aku gurau jer” aku tepuk bahu untuk
tenangkan hati asyraf, asyraf kembali memandang aku, “ ok macam ini, ko kenal tak sumaiyah?” Tanya aku “ kenal
perempuan pertama yang syahid” jawab asyraf
Aku memandang
asyraf dengan senyuman “ok good, kau tahukan dia kenaa seksa selepas dia
beriman dengan Allah dan mengakui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah?” Tanya Aku lagi
Asyraf mengerutkan
dahi “ tahu, so ? Apa kaitanya dengan aku?” Asyraf confuse dengan
pertanyaan aku
Aku tersengih
tengok mimic muka Asyraf “ ada kaitan sebenarnya, kaitanya ialah sumaiyah telah memilih untuk berubah kearah
kebaikan, dalam proses perubahan dia telah menerima ujian dan tekanan dari
sudut fizikal dan rohani, begitu juga dengan kau asyraf” terang aku mengenai
paersamaan asyraf dan sumaiyah
Angguk asyraf
menanda memahami apa yang aku ingin sampaikan “ ok, lagi?” Tanya Asyarf untuk
aku meneruskan penerangan
“ ok perkara ini
telah diterangakan dalam Al-quran surah
Al-ankabut ayat 1-7 dimanaa maksudnya Alif Lam Mim hanya Allah
yang tahu (1) Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan
hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?(2) Dan
sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti
mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(3) Ataukah
orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari
( azab ) kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu!(4) Barangsiapa
mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu ( yang dijanjikan )
Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.(5) Dan
barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.
Sungguh, Allah Mahakaya ( tidak memerlukan sesuatu ) dari seluruh alam.(6) Dan
orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapus
kesalahan-kesalahannya dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik
dari apa yang mereka kerjakan.(7)
Ayat ini menceritakan
bahawa setiap manusia bila memilih jalan kearah kebaikan pasti akan di uji dan
halangan. Ujian ini Allah bukan bagi dekat kita saja-saja tetapi Allah nak
melihat sejauh mana kita berusaha nak jadi baik dan sejauh mana kita meletakan
Allah sebagai tempat pergantungan kita, dan Allah juga berjanji kepada kita
yang berusaha melakukan kebaikan ini dengan menghapuskan segalaa dosa-dosa lalu
dan menerima balasan yang lebih daripada kita usahakan itu.” Jelas panjang
lebar aku, dan aku melihat Asyraf mula merasa tenang sedikit dengan penjelasan
aku
Asyraf membetulkan
duduknya dengan memeluk bantal “macam amana pula orang yang melakukan keburukan?
Allah tidak memberikan mereka ujian ker?,” Tanya Asyraf aku tersenyum “Allah tidak akan biarkan ia
terlepas begitu sahaja tetapi ada caraNya Allah membalasnya dan mengujinya.” Ringkas
aku menjawab
Asyraf memberi senyuman
kepada aku menandakan puas hati dengan penjelasan aku. Aku bangun dan menuju kekatil aku dan memusingkan badan ku kembali kearah asyaraf
yang ketika itu sendang menyelimutkan badanya sudah sedia untuk dibuai mimpi “
o ya syaraf ingat ya datanglah sebesar mana pun masalah, ia tidak akan menjadi
satu masalah yang besar kepada kita kerana kita ada Allah dalam hati kita,
tetapi ia akan menjadi masalah besar kepada kita bila tiada Allah dalam hati
kita” aku memberi senyuman kepada asyraf dan menutupkan suis lampu dan menuju
kearah katil untuk perbaharui tenaga kami, bagi menjalani kehidupan kami
sebagai hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH pada keesokan harinya.
6 comments:
Nice..ada bakat
Syukron Ustaz, masih banyak yang perlu diperbaiki dan peljari, mohon tunjuk ajar ya? ^___^
not bad, satu cerpen yang ckup menarik , but kena lebih teliti dlm penggunaan kata n ejaan , dan satu lagi cuba elakkan ayat-ayat yg sukar untuk difahami .. thats all ! -gerarrd ikhwan
Jazakallah khair muhammad ikhwan atas teguran, insyaAllh akan datang akn diperbaiki, bagi sentiasa meraihMARDHATILLAH ^__^
wow best2. kire ok la ni sebagai permulaan. teruskan usaha anda dalam berdakwah dan mencari MARDHATILLAH :)
assalamualaikum wbt... sebuah permulaan yang hebat! teruskan usaha. saya menantikan sebuah novel dari anda seperti yang dijanjikan dulu...
Post a Comment