Assalamualaikum
sahabat yang dikasihi Allah rindunya saya untuk menarikan jari-jari ini diatas
papan kekunci ini untuk berkongsi dengan antum semua, apakan daya saya ni hanya
insan biasa yang mempunyai tangungjawab walaubagaimanapun saya mencuri masa
untuk member sedikit perkongsian agar
dapat memperbaiki diri untuk terus meraih MARDHATILLAH.
“akhi
bagai mana cara nak jadi baik”
Soalan
ini masih terngiang-ngiang didalam hati sehingga memanah kedalam lubuk hati
sehingga air mata hati mengalir melihat semangat salah seorang sahabat berusah
menuju kearah kebaikan ini. SubhanAllah yaAllah.
Allahyarham
Sheikh Mustapha Masyur pernah berkata “islah nafsak , wad’u ghairak” yang
membawa maksud “perbaikilah diri dan pada masa yang sama ajaklah orang
lain memperbaiki diri seperti kamu juga”
Perbaiki
Diri yang dimaksudkan oleh Allahyarham Sheikh
Mustapha Masyur ialah Taqwa merupakan sesuatu yang berharga bagi setiap orang
yang berusaha menuju kebaikan.
Di dalam surah Al-Baqarah, Allah s.w.t. telah
menyebutkan bahawa sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa. Di dalam surah
At-Talaq pula, ayat yang selalu orang-orang kita sebutkan sebagai ayat seribu
dinar itu, taqwa digambarkan hasilnya itu sebagai penyelesai kepada masalah
insan serta penyebab kepada datangnya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.
Besarnya
harga taqwa itulah yang menyebabkan Allah meletakkannya sebagai sasaran yang
perlu dicapai di dalam kehidupan ini.
Tetapi
bagaimana kita mahu mencapainya? Cukupkah dengan amalan-amalan yang kita sedang
lakukan sekarang ini?
Maka,
saya kongsikan 5M formula dalam perbaiki diri yang diinspirasikan daripada
tulisan Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Menuju Ketaqwaan.
Muahadah
(Perjanjian)
Dalam
konteks kehidupan yang luas, kita telah berjanji dengan Allah s.w.t. untuk
melaksanakan ketaatan kepada-Nya dalam kehidupan kita. Maka, janji ini
sekiranya dimungkiri, kita telah bermaksiat dan berdosa kepada-Nya.
Dalam
konteks kehidupan pula, untuk kita memberdayakan konsep muahadah ini, lakukanlah
perjanjian kepada diri kita untuk kita mencapai target-target tertentu di dalam
kehidupan ini.
Sebagai
contoh, kita mensasarkan dalam kehidupan ini untuk kita meninggalkan rokok atau
couple. Maka, kita tuliskan janji kita itu di atas sekeping kertas dan tampalkan
ia pada tempat yang selalu kita lihat setiap hari agar ia menjadi visi dalam
minda kita untuk kita capai ketika berakhirnya kehidupan nanti.
Sebagai
contoh lagi, kita mensasarkan dalam tahun ini untuk kita habiskan memahami
tafsir salah satu surah di dalam Al-Quran agar kita dapat mengamalkannya, maka
kita tuliskan target kita itu agar kita dapat sentiasa melihatnya setiap hari
dan berusaha pula mencapainya.
Sebagai
contoh lagi, kita mensasarkan dalam bulan ini untuk kita bangun malam melakukan
qiamullail di setiap malam, maka kita tuliskannya serta langkah kita untuk
mencapai perkara itu agar ia menjadi visi di dalam diri kita bahawa perjanjian
kita dengan diri kita di dalam bulan ini adalah untuk merealisasikan bangun
malam itu. Sekiranya kita gagal melakukan hal itu, maka kita telah gagallah di
dalam Ramadhan ini.
Semua
ini kita lakukan dalam rangka untuk terus iltizam dengan janji ketaatan kita
kepada Allah. Sebab itu kita letakkan target-target tertentu yang perlu dicapai
agar kita tahu secara objektif apa yang perlu kita lakukan untuk diri kita di
dalam Ramadhan kali ini.
Muraqabah
(merasai Allah sedang melihat dan menilai diri)
Muraqabah
adalah merasakan kehadiran Allah di setiap waktu, bahawa Allah s.w.t. sentiasa
memerhatikan kita dan sentiasa tahu apa yang kita lakukan.
Kita
telah berjanji untuk mencapai target-target tertentu di dalam Ramadhan ini,
maka rasailah bahawa Allah sedang memerhatikan kesungguhan kita untuk mencapai
target-target itu dan Allah s.w.t. pasti akan membantu memudahkan usaha kita
sekiranya kita benar-benar berusaha ke arah mencapai target-target kita itu.
Janganlah
kita letakkan target-target itu kerana ingin merebut pandangan manusia.
Meletakkan target untuk menderma sejuta ringgit supaya dianggap dermawan.
Meletakkan target untuk menghabiskan bacaan tafsir salah satu surah supaya
dianggap alim. Bila kita meletakkan niat yang sebegini, maka kita telah
mengabaikan keikhlasan kepada Allah dan perasaan muraqabah tadi, perasaan yang
membuatkan kita rasa Allah sahajalah yang berhak menilai kita, bukannya
manusia.
Merasai
ihsan dalam usaha mencapai target kita sebagaimana dalam hadis Jibril iaitu :“Bahawasanya
engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak
dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” [HR Muslim]
Muhasabah
(refleksi diri)
Perlu
ada muhasabah yang berterusan ke atas target-target kita itu.
Apakah
target kita itu telah capai sebahagiannya ketika di awal, pertengahan dan akhir-akhir
bulan ini?
Sepanjang
berusaha mencapainya, apakah jiwa kita benar-benar ikhlas kepada Allah ataupun
telah diresapi rasa riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada manusia?
Apakah
target kita itu semakin mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. atau sebaliknya? Kita
berusaha menambah amalan kebaikan di dalam sehari ke sehari, namun apakah kita
juga berusaha meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang biasa kita lakukan
selama ini?Sehingga
bulan-bulan yang telah kita lalui pada hari ini, apakah yang telah kita capai
dalam masa beberapa hari ini dalam konteks perhambaan kita kepada Allah?
Mua’qabah
(Memberikan hukuman)
Disiplin
adalah aspek penting dalam kejayaan apa jua perkara. Kalau tidak ada disiplin,
maka kita hanya melakukan perancangan yang sia-sia kerana tidak mungkin sebuah
perancangan dengan sasaran yang besar akan dapat dicapai dengan usaha yang
tidak bersungguh-sungguh.
Sebab
itulah, berilah hukuman kepada diri kita sendiri sekiranya kita tidak berjaya
mencapai target-target yang kita sasarkan di awal tadi.
Hukuman
ini janganlah terlalu berat sehingga memudaratkan diri sendiri. Berilah hukuman
yang sesuai dengan kemampuan dan tidak memudaratkan nyawa kita.
Barangkali
kita tidak mencapai target yang kita letakkan itu pada hari pertama, maka
hukuman yang kita letakkan untuk diri kita adalah menghabiskan 2 Juz Al-Quran
sebagai contoh pada malam itu. Ataupun hukuman lain yang boleh kita letakkan
adalah dengan memberikan infaq sebanyak RM10 setiap kali kita tidak mencapai
target kita itu.
Hukuman
ini kalau kita tidak mampu mendisiplinkan diri kita untuk mengikutinya, maka
pilihlah kawan-kawan kita yang soleh ataupun orang-orang tua kita atau
mana-mana senior sebagai ‘pengawal’ yang akan memberikan penilaian dan
memastikan kita melakukan hukuman ini.
Bukan
hukuman ini yang penting untuk dilaksanakan. Hukuman ini hanya sebagai
peringatan agar kita berhati-hati dan menjaga disiplin kita dalam mencapai
target yang kita letakkan untuk diri kita.
Mujahadah
(Bersungguh-sungguh)
Realisasikan
target kita itu dengan memperincikan apa yang kita perlu lakukan setiap hari
untuk sampai kepada target besar kita itu.
Dalam
erti kata lain, letakkanlah target-target kecil setiap hari untuk kita lakukan.
Bersungguh-sungguhlah kita dengan apa yang telah kita janjikan untuk capai di
dalam kehidupan.
Buang
rasa malas, rasa ingin berehat sahaja daripada jiwa kita dan tanamkanlah dalam
diri kita bahawa kita punya target besar perlu dicapai, maka kita tidak punya
banyak masa untuk dibazirkan.
Secara
kesimpulannya Membersihkan Jiwa, Mencapai kebaikan 5M yang telah dinukilkan oleh Al-Ustaz Abdullah Nasih
Ulwan ini adalah satu panduan yang baik untuk kita dalam usaha mencapai
kebaikan.Secara ringkasnya hasil dari 5M ini adalah :
Muraqabah
– Merasakan kehadiran Allah pada saat terang-terangan atau saat tersembunyi,
pada saat keramaian atau keseorangan
Muhasabah
– Membebaskan diri dari perangkap nafsu dan berusaha ikhlas kepada Allah s.w.t.
Mua’qabah
– Memelihara disiplin di atas jalan ketaatan kepada Allah
Mujahadah
– Memisahkan diri kita dari sebarang anasir-anasir yang melemahkan kita dalam
melaksanakan ketaatan kepada Allah serta bersifat cergas dan proaktif dalam
mentaati-Nya
Inilah
antara hasil 5M ini yang sepatutnya membersihkan jiwa kita dari sebarang
keinginan maksiat kepada Allah dan seterusnya memberi kesan yang benar kepada
akhlak kita sesama manusia.waAllhualam terus menjadi hamba yang sentiasa meraih
MARDHATILLAH
nota
dari Akhie Afdholul Rahman jazakallah khair akhie ^___^
0 comments:
Post a Comment