Assalamualaiqum salam uhabukafillah, lama sudah ana tidak
mengarang perkongsian buat sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah, ana
ada sedikit perkongsian yang dipijamkan oleh Allah untuk berkongsi bersama-sama
sahabat insyaAllah.
Sahabat-sahabat kenal tak
mereka ini?
- · Safee sali
- · Aaron Aziz
- · Lin Chong Wei
- · Zulfahmi Khairuddin
- · Shila Amzah
semestinya, sahabat-sahabat kenal mereka ini bukan, siapa tidak
mengenali mereka, merekalah membawa nama Malaysia ke persada dunia, bukan itu
sahaja malah memenangi pingat untuk Malaysia. Bukan kah ini mebangakan bagi
kita rakyat Malaysia?
Dan macam mana pula yang ini sahabat-sahabat kenal tak?
·
- Zaid bin Thabit
- · Usamah bin zaid
- · Mus’ab bin Umair
- · Tha’labah bin Abdul Rahman
“ siapa tak kenal mereka, mereka lah pahlawan unggul pada
kegemilangan tamadun islam” Ini jawapan bagi sahabat-sahabat yang mengenali
mereka tetapi bukan semua yang mengenali meraka hanya sebahagian sahaja
sahabat-sahabat kita yang mengenali mereka, dan yang sebahagian lagi itu akan
menyatakan begini ” siapa mereka tu? Tak pernah pun dengar nama mereka tu” sepertinya mereka tidak pernah didedahkan dan
tidak mengenali ataupun mereka tidak ambil peduli siapa mereka, waAllahualam
Sahabat-sahabat tahu tak mereka semua tu siapa? Mereka semua
adalah golongan-golongan muda atau belia(syabab) pada zaman kegeilangan islam
dan era kini.
Siapa syabab atau belia ini?
kenapa ana ingin berkongsi bab pemuda ini?, tahukah
sahabat-sahabat yang ana rindu kerana Allah bahawa statistic belia-beliawati dimalaysia
merupakan paling tinggi dalam carta? . tahukah sahabat bahawa golongan ini merupakan golongan yang sangat
istimewa dan harapan masyarakat?
Kenapa ana nyatakan syabab atau belia ini golongan istimewa dan
harapan masyarakat?
Kerana golongan ini merupakan golongan sasaran, cuba sahabat
perhatikan dengan teliti pelbagai program yang dianjurkan, siapakah pesertanya?
jika bukan dari golongan belia, ana bagi satu
contoh yang mudah, program keusahawanan yang dianjurkan oleh kementerian keusahawanan
mereka mencari peserta dari kalangan belia, pelajar menara gading bukan dari kalangan
veteran, manakala program reality TV pesertanya dari kalangan belia, dan
pelabagai lagi angenda yang menjadikan belia ini sasaran untuk dijadikan
peserta dan disetingkan untuk
mewarisi dan menerajui tapuk kepimpinan mereka tidak kira lah kepimpinan yang
gelap mahupun yang cerah untuk diwariskan. Bukankah belia ini istimewa dan
hebat?
Prof. Yusuf al-Qardhawi
ada menyatakan bahawa: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa
hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini”. Jelas di sini bahawa golongan
syabab dan belia adalah golongan yang teristimewa ini kerana golongan ini akan mencorak masyarakat akan datang kearah
cahaya atau kegelapan. Baik pemuda hari ini, maka baiklah generasi akan datang.
Apa yang hebatnya belia atau syabab ini?
Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda,
sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku
membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang
tua menentangku” [Riwayat Bukhari].
Lihat lah betapa hebatnya golongan syabab dan belia ini,
sehinggakan kekasih Allah meminta kita untuk berbuat baik dan didekati, ini
kerana syabab mampu mengubah angan-angan menjadi cita-cita. Cuba kita lihat
sebagai contoh yang dekat dengan kita Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al
Masrie bin Sheikh Mustapha DSNS (lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah
ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke
angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari. Bukan hebat dimana
seorang belia mampu mengubah dari angan-angan menjadi cita-cita lalu
relisasikanya?
Mari kita imbas seketika sirah ulung kita,
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam
keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia
dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba
ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya.
Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis
Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang
Islam.Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah
menjadi kenyataan.21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk
Konstantinopel
Lihat lah seorang belia yang berusia 21 tahun mampu memimpin dan
menawan kota yang diangap satu angan utuk dicapai namun sultan ahmad alfateh
mampu menjadiakan ia cita-cita lalu realisasikanya dengan izin Allah
Bukankah belia atau syabab ini hebat dan istimewa?
Syabab yang dirindui…..
“Demikian itu kerana Allah tidak mengubah suatu nikmat yang
dikurniakan kepada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka masing-masing” (surah Al-Anfal :53)
melihat kepada fenomena
kehidupan pemuda hari ini amat membimbangkan. Mereka bukan lagi tidak
menghayati ajaran agama, bahkan jauh dan sentiasa menjauhi agama. Inilah juga
fenomena sejagat yang dihadapi oleh seluruh umat Islam di mana jua mereka
berada.
Menurut Abd Qadir Awdah daripada Mesir, di sana umat Islam yang
benar-benar memahami dan menghayati agama hanya 20% sahaja, dan selebihnya buta
tentang Islam. Begitu juga di Indonesia, sebuah Negara terbesar umat Islam,
menurut al-Marhum Prof. Hamka,menyatakan bahawa hanya 15% mereka yang
benar-benar berpegang kepada nilai agama, dan 85% perlu diislamkan.malaysia
juga mengalami masalah yang sama.
Maka tidak hairanlah hari
ini pemuda kita dilanda penyakit tegar yang sukar diubat, apatah lagi untuk
dirawat. Penyakit daripada dalaman dan luaran yang sukar untuk dikawal. Para
pemimpin, pemerintah dan ibu bapa hari ini mencari-cari apakah vaksin terbaik
yang dapat mengembalikan pemuda hari ini kepada landasan yang sebenar.
Akibatnya antara satu sama lain saling menuding jari dan tuduh-menuduh. Maka
benarlah
Firman Allah Taala:
“Sesiapa yang berpaling
daripada peringatan Allah, maka mereka akan diberikan kepadanya kehidupan yang
sempit…”
Jadi disini ana memberikan 4 PIL utama untuk penyakit belia pada
masa kini iaiitu IMAN, IKHLAS SEMANGAT
DAN AMAL sebenar banyak lagi pil-pil yang perlu diambl untuk menjadi pemuda
mukmin sejati, cukuplah ana rasa bagi pemuda masa kini dengan 4 pil ini kerana
telah dinyatakan oleh Imam Hasan Al Banna pernah berkata :
“Sesungguhnya sebuah pemikiran(pemuda) itu akan berhasil untuk
diwujudkan apabila :
·
- Kuat rasa keyakinan kepadaNya. (Iman)
- · Ikhlas dalam berjuang di jalanNya. (Ikhlas)
- · Semakin bersemangat dalam merealisasikannya. (Semangat)
- · Persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. (Amal)
Keempat PIL ini iaitu iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan
karakter yang melekat pada diri Pemuda kerana sesungguhnya :
- · Asas keimanan itu adalah hati,roh dan nurani yang menyala.
- · Asas keikhlasan adalah hati yang bertaqwa.
- · Asas semangat adalah perasaan yang menggelora.
- · Asas amal adalah kemahuan yang kuat.
Pil Pertama iaitu iman, iman berkait rapat dengan
jiwa, jadi menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan
terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda.
Perbaikan indivdu(pemuda) tidak akan berhasil atau Berjaya kecuali dengan
perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berbuah atau berhasil kecuali denagn pendidikan(Tarbiyah) dan pembinaan
Pil yang kedua iaitu Ikhas, ikhlas menerima islam
sebagai cara hidup yang sempurna tanpa ada
ragu, hanya dengan islam sahaja mampu memsistemkan hidup kita dengan sistematik
dan teratur dan ikhlas menerima Al-quran
dan As-sunnah sebagai panduan dan piagam hidup.
Pil yang ketiga
iaitu Semangat, bersemangat
untuk mejalakan hidup dengan islam
Dan pil yang terakhir ialah amal, mengamalkan ajaran islam
dengan istiqomah bukan sahaja amal untuk diri tetapi mengajak orang sekeliling
untuk turut mengamal bersama-sama dengan kita. InsyaAllah dengan adanya pil ini
akan mewujudkan kesedaran dalam diri setiap pemuda.
Walaubagaimanapun, bagi golongan pemuda yang sudahpun memiliki
kesedaran untuk berubah dan membawa perubahan dalam lingkungan remaja, maka
tidak perlulah mereka menunggu sehingga seluruh masyarakat dan sektor-sektornya
diperbaiki terlebih dahulu. Lakukanlah sedaya mampu, sebagai seorang remaja
dalam skop yang lebih kecil iaitu dalam merealisasikan perubahan belia ke arah
kebaikan dan wujudkanlah masyarakat-masyarakat kecil yang boleh menjadi tempat
bernaungnya belia-belia(syabab) yang sudahpun mendapat kesedaran Islam untuk
mempertahankan pegangan Islam mereka dalam kehidupan secara bersama-sama.
Oleh yang demikian, kewujudan-kewujudan kumpulan-kumpulan dan
organisasi-organisasi Islam yang berteraskan ajaran Islam yang murni amat
penting dalam membantu golongan belia untuk berubah di samping menangkis arus
perdana dalam masyarakat yang membawa budaya hutan seperti hiburan yang
melampau dan rangsangan seksual yang melampau dari hiburan tersebut atas nama
kemodenan.
Sementara untuk mencapai perubahan yang besar, ubahlah diri
sendiri dan mereka yang berdekatan dengan kita dan bersabarlah dalam berpegang
dengan amalan beragama dalam kehidupan dalam menongkah arus yang menolak amalan
agama dalam kehidupan yang merupakan suatu arus dominan dalam masyarakat hari
ini kerana di sebalik kesabaran itu semua, ada pahala dan ganjaran yang amat
besar.
Ingatlah, belia(syabab) adalah harapan tamadun masa hadapan. Walaupun
mereka merupakan mangsa kecelaruan tamadun hari ini, tetapi sanggupkah mereka
meneruskan kecelaruan tamadun tersebut di masa hadapan, dan membiarkan keluarga
dan zuriat mereka hidup dalam malapetaka ketamadunan tersebut?
Binalah individu yang baik dalam diri dan beragama demi
melahirkan sebuah tamadun yang baik dan beragama untuk menjadi rumah bagi keluarga
kita di masa hadapan.
Setiap orang mampu berperanan dan ingatlah sebagai seorang
belia, keremajaan ialah amanah, dan sesiapa yang tidak beramanah akan menerima
hukuman. Hidup ini sebenarnya ada keseronokannya, tetapi bukan pada
meninggalkan ajaran agama, namun sebaliknya ianya ada pada pembudayaan agama
dalam kehidupan seseorang.
Berfikir Secara ‘Global’ Dan Bertindak Secara ‘Local’
Ketika kesedaran secara perlahan mulai menyelimuti hati kita,
maka satu perkara yang mesti kita lakukan adalah : BERGERAK !!!
Ini adalah kerana sesungguhnya perubahan tidak akan pernah
berlaku jika kita hanya DIAM.
Perhatikan keadaan di sekitar kita di mana adakah layak kita
sebutnya sebagai situasi yang Islamik?
Benarkah pendidikan yang kita lalui ini adalah pendidikan yang
sesuai dengan ruh Islam?
Apakah pergaulan di dalam masyarakat kita mencerminkan semangat
persaudaraan Islam?
Jika tidak, maka marilah kita segera menyusun kekuatan,
menyokong persatuan dan gunakan wasilah-wasilah yang ada untuk memperbaikinya
kerana memang remaja mampu ‘MENYERLAH
JAUH DARIPADA BIASA.’
Sesuai apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW yang menggambarkan
ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari
itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya
pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain
daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam
mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat
dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya
berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh
perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan
berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat
Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Ya Allah, berilah kekuatan kepada para syabab dan para pemuda
kami dengan keimanan, keikhlasan, semangat waja dan pergorbanan dalam beramal sehingga
mereka mampu mengadunkan sifat keprihatinan dan bertanggungjawab ke arah
melahirkan suatu gelombang Metamorfosis sosial berasaskan agama yang akan
membawa kepada suatu perubahan yang menyeluruh dalam masyarakat.
WaAllahualam
Wasalamualaiq.
terus menjadi
hamba yang meraih Mardhatillah
rujukan kertas kerja KOBAR (PROF. MADYA DR AZIZAN AHMAD)
rujukan kertas kerja KOBAR (PROF. MADYA DR AZIZAN AHMAD)
0 comments:
Post a Comment