- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Wednesday, November 7, 2012

Assalamaualaikum buat sahabat-sahabat yang ana rindukan kerana Allah. Dalam dunia ini siapa yang tak nak hidup bahagia? bila di tanya soalan ini mesti semua akan menjawap "ya", termasuk juga diri ana ini yang senentiasa mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam detik kehidupan seorang manusia pasti akan tiba masa-masa dimana kita akan keliru bagaimana hendak mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat ni.

KEBAHAGIAAN  UNTUK MANUSIA DIRAIH

Setiap manusia didalam dunia ini layak menerima kebahagaian, tetapi untuk mendapat sesuatu kebahagian memerlukan memenuhi beberapa syarat untuk melayakan kita menerima kebahagian, ibaratnya kita ingin memeiliki sebuahkereta kita perlu memenuhi syarat-syarat atau document yang untuk luluskan pngeluaran kereta tersebut, begitu juga dengan kebahagian ini.

Tahukah sahabat yang ana kasihi kerana Allah, bahawa kebahagiaan paling hakiki ialah kebahagaiaan daripada pencipta kita dimana mengampunkan segala dosa, menerima segala amal soleh, memberatkan timbangan, redha dan memasukan kita semua kedalam syurga yang penuh dengan nikmat dengan redhaNYA
Oleh itu kita perlulah meletakkan Allah sebagai yang menentukan kebahagiaan, maka kita hendaklah sentiasa meraihkebahgaiaan dariNYA.

TERMA DAN SYARAT UNTUK MENDAPATKAN KEBAHAGIAN

Seperti yang ana sebut kan sebelum ini untuk kita memeiliki sebuah kereta memerlukan beberapa terma dan syarat yang perlu dipenuhi, macam itu juga dengan kebahagaiaan, disini saya ingin kongsikan  1 formula untuk mendapatkan kebahagiaan:i

MENGENALI ALLAH +MENTAATI ALLAH + MENCINTAI ALLAH = KEBAHGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Sesuai apa yang dinyatakan oleh Hasan  Al-Banna

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak jugapada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan roh manusia yang mendamba redha rabbNya.”

jadi marilah kita meraih kebahgian di dunia dan di akhirat dengan menjadi hamba yang sentiasa meraih mardhatillah

rujukan kertas kerja kobar( sir rosdi baharom)


0 comments:

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.