- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Tuesday, March 25, 2014

PURNAMA 4

Peperiksaan akhir untuk semester dua bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi, dan seharusnya segala tugasan, assignment, proposal dan slide presentation sudah siap menjelang awal minggu hadapan. Tetapi kini, aku boleh ambil endah tak endah bahkan duduk bersenang-lenang dihadapan laptop sambil jari jemari rancak menari diatas papan kekunci, melakarkan kisah demi kisah di atas helaian muka buku maya yang tidak dapat disentuh.

Jari jemari aku terus terhenti apabila mata ku tertangkap satu gambar yang tiba-tiba muncul dibawah helaian muka buku tempat aku mencoretkan cerita, aku melihat gambar yang berada dalam bingkai muka buku  itu dengan penuh teliti, lalu aku mengerakan tetikus ku kearah gambar tersebut dan mengerakan kearah namanya  sepertinya yang aku kenali “ Ya Allah adik aku ker ni?”  aku menutup tetingkap gambar tersebut dan terus menyambung kembali kerja dengan keadaan yang tidak tenteram dan hati yang penuh bara.

“ah…. Serabutnya” aku terus mencapai telefon bimbit aku yang terletak bersebelahan laptop lalu terus mencari nama Aina Farhana lalu aku tekan butang hubungi

“ helo assalamualaikum…” aku memulakan bicara, sambil mematikan laptop dan duduk diatas katil

“ Waalaikumsalam, ya andak napa ya?” balas Aina farhana

“ Andak nak tanya ni, pic perempuan berpurdah tu adik ker?” tanya aku dengan nada yang agak tinggi sedikit mungkin bara dalam hati mula mendidih.

“ a..ah tu pic adik, kenapa andak? salah ker? niat adik just nak berdakwah jer melalui pemakaian… kenapa salah ker andak?” jawab adik aku Aina Farhana dengan nada yang perlahan mungkin agak takut dengan aku.

“ berpurdah tu tak salah tapi, yang salah tu dok posing sana posing sini dok tayang kat orang, adik nak cari glamour apa?” luncur amarah aku yang tak dapat dibendung

“ ok… abang, maaf kan saya..” balas ringkas adik aku kendengaran esakan dihujung talian sepertinya adik aku sedang menangis lalu talian diputuskan

“ helo…helo ish kurang ajar betul budak ini” lalu aku mengambil laptop sambil berbaring diatas katil.

Ruang bilik aku yang kelihatan terang melalui celahan daun pintu yang sedikit terbuka bagaikan menarik Rafiqul untuk melihat dan menambah keinginan rafiqul untuk mendekati bilik tersebut telinganya menangkap bunyi sesorang yang mengeluh keadaan marah. Pintu kamar aku diketuk sebelum dibuka sedikit luas bagi membenarkan rafiqul melihat ke dalam.

aku yang meniarap sambil memandang skrin pemuka laptop, membuang pandang ke arah rafiqul sebelum tersenyum. Rafiqul melabuhkan duduk di birai katil, membalas kembali pandangannya yang tidak dapat untuk ditafsirkan tika itu.

Rafiqul membetulkan kedudukannya “ ini dah kenapa, muka Mr universe kita yang handsome ni merah menyala macam harimau kelaparan?” seloroh rafiqul memulakan bicara
Aku memandang rafiqul dengan pandangan mencuka “ kau rafiq kalau tak sakit kan hati aku tak boleh ker? Dah la aku tengah sakit hati ini?” balas aku dengan meletakan laptop diatas riba aku

“ rileks lah muslim, aku gurau jer” balas rafiqul dengan melemparkan senyuman kepada aku dengan harapan dapat mententeram kan hati aku yang sedang membara “ cuba cerita apa yang membuat kau marah sampai macam ini sekali?” sambung Rafiqul

Aku menundukan kepala “ patutkah aku cerita kat kau rafiqul? Takpa lah kau dah kenal family aku” bisik hati aku, “ hmmm macam ni adik aku post gambar dia berpurdah tadi kat FB” luah aku dengan agak malu

Rafiqul tersenyum “ ok la tu dia dah berniqab apa masalah nya?” jawab rafiqul dengan persoalan “ masalahnya, adik aku tu dah lah berpurdah, tapi boleh lak nak posing-posing bagai” balas aku dengan sedikit tinggi suara

Rafiqul tetap tidak lekang dengan senyumannya “ muslim kamu dah tanya apa tujuannya berniqab” rafiqul membetulkan jubahnya yang tersangkut dekat kakinya, “ tadi masa aku call dia, dia jawab niatnya nak berdakwah melalui pemakaian”

Rafiqul memandang fail yang dipegannya sambil berfikir untuk menyusun ayat “ muslim sebenar tidak digalakan nak berdakwah di Facebook melalui pakaian. Dan Alhamdulillah muslimah-muslimah sekarang dah mengamalkan sunnah dari segi pemakaian mereka. Berpurdah dan berniqab sebenarnya tak salah. Yang menjadi salahnya apabila gambarnya terlampau mengghairahkan sampai buat peace, posing hot, mata melentik, pinggul tonggek bagai tu. Itu yang agak kurang  bagi muslimah berpurdah pada zaman sekarang. Kalau boleh setiap hari nak tukar DP baru, post gambar baru, nak makan pun kena post gambar, Kalau betullah nak berdakwah kat Facebook menggunakan purdah, ada syaratnya dan ada perbatasannya. Muslim, tak boleh lah kita nak target muslimah berniqab je. Muslimah yang free face pun lebih kurang sama je dan tidak kurang hebatnya lelakinya, tapi bila disuruh untuk berdakwah kepada sahabat-sahabat kat luar sana, tak nak pulak. Macam-macam alasan diberi. Kalaulah Rasulullah SAW dulu-dulu dakwah guna Facebook kan, aku rasa tak tersebar Islam secara menyeluruh.  Sedih dengan remaja sekarang bila dunia sudah dihujung jari maka gerakan dakwah pun menjadi malas dan lemau” jelas panjang lebar rafiqul dekat aku

Muslim pun tersenyum dengan penerangan yang diterimanya “ ha perkara inilah yang aku cuba sampaikan dekat adik aku”  aku memandang muslim yang sedang membelek failnya
Rafiqul kembali memandang aku “ apa yang kau nak sampaikan betul tapi cara kau sampaikan dekat adik kau tu aku kurang berkenan” rafiqul kembali memandang failnya seperti ingin menjaga hati aku

Ku meletakan laptop aku dibawah dan cuba merapati Rafiqul “ maksud kau ?” tanya aku untuk kepastian dan pencerahan

Rafiqul mengeluh “ hmmm… kita kena ingat muslim bahawa kita ini pendidik bukan pengherdik. Kita perlu mendidik bukan mengherdik, maksudnya aku disini kita ingin menyampaikan sesuatu yang betul , biarlah dengan cara mendidik, ok lah ambil contoh adik kamu muslim kamu rasa ia berpurdah baik ke tidak?” rafiqul memandang aku

Aku melihat mata rafiqul yang keadaan tersenyum itu “ baik..”  ringkas balas aku

“ baik kan?, tak kan disebabkan ia buat silap sedikit dengan post gambar berposing dekat facebook kamu nak marah dan memakinya? Andai kata ia terasa hati dan ia kembali tidak berpurdah bukan kah rugi? Itu kalu ia berpurdah kalau orang lain yang baru nak belajar bertudung tapi kita dah mengkeritik bagaimanaa pula?”  rafiqul menyambung kembali penjelasanya sambil memandang aku yang sudah menudukan kepala

Rafiqul memandang aku  sambil memengang bahu aku“ muslim kita kena pandang orang sekeliling kita dengan kasih sayang, andai ia melakukan kesalahan janganlah mengherdiknya tetapi mendidiknya, ini lah tanda cinta kita sebagai sahabat untuk bersama-sama menjadi hamba yang sentiasa meraih mardhatillah dan ini lah salah satu cara kita menyelamatkan orang yang kita cintai daripada azab api neraka”  sambung rafiqul dengan penuh perasaan
Aku memandang rafiqul “ betul cakap kau rafiq, kita pendidik bukan penghukum mahupun pengherdik,aku kena mintak maaf dengan adik aku” aku berasa menyesal atas kelakuan aku terhadap adik aku sebentar tadi

Rafiqul tersenyum “ sebenarnya aku datang ini nak bagi ini,” rafiqul menghulurkan fail yang dipengangnya tadi, aku mencapainya lalu membelek isi kandunganya “ aku tahu kau tak siapkan lagi assigmentkan jadi ini jer yang dapat aku membantu”

Aku memandag rafiqul dengn penuh penghargaan aku berasa beruntung dapat sahabat sepertinya “ thanks rafiq, you are the best”


Rafiq memandang aku “ aku tak nak lah menjadi pemburu mardhatillah seorang diri, moga kita sama-sama menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH,  dan dapat kejayaan didunia dan akhirat “ rafiq mendoakan kami

Thursday, February 6, 2014

Cerpen : Purnama 2

Aku terus saja menyusup di celah-celah orang ramai yang masuk ke kafeteria Fakulti pendidikan dan sosiologi itu. Kelibat Rafiqul itu terus juga mengejar aku di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke kafeteria. Lama kemudian, rafiqul tidak lagi kelihatan bila aku berjaya Menspeedkan kelajuan langkah  aku ketahap maksimum. Bila rasa aman daripada Rafiqul, aku melangkah pergi meninggalkan fakulti itu dengan kadar segera tanpa di syaki.

macam pencuri pulak aku ini, dok nak selamatkan diri dari buruan polis!”  gumam hati kecil aku, dengan nafas tercungap-cungap “ huh lega, kira ekspress juga aku lari, walaupun dengan berat badan aku macam ini” sambung gumam aku dengan memuji diri sendiri, aku menoleh kebelakang itu memastikan yang rafiqul tadi tidak mengekorinya lagi “ haaa lega  and bahagianya aku, terlepas juga aku dari si Ustaz Rafiqul tu” aku menjuih kan sedikit bibir aku.

Usai sahaja aku menunaikan solat zohor di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL, aku melangkah lesu “ penatnya aku, semua ini gara-gara Ustaz rafiqul”. Sebelum menuju ke bilik, aku singgah terlebih dahulu di kawasan ampain dibawah block, 5 helai pakaian yang aku sidai seawal selepas subuh tadi aku angkat. Dengan pakaian dan buku penuh ditangan aku melangkah longlai ke bilik aku yang berada di tingkat 2 “nasib baik bukan di tingkat 4 Kalau tak boleh semput aku.” Rungut hati aku

Sesampainya di bilik, aku terus melambakan semua pakaianku di atas katil dan meletakan buku diatas meja “ petang nantilah aku lipat” rancangku didalam hati. Aku menuju ke almari pakaian ku dan mengeluarkan sehelai T-shirt dan trackshoot. Niat di hati ingin mandi terlebih dahulu “mandi cowboy jer lah” renget hati aku, terus mencapai tuala dibelakang pintu dan menuju kearah bilik air, tiba-tiba pintu utama rumah aku dibuka dan aku melihat housemate aku yang baru pulang dari kelas “ ha dekat sini kau mujahid” tegur hosemate aku “ kau dah kenapa wan?”  Tanya aku kembali apabila mendengar pernyataan pelik dari housemate aku

tak adalah tadi aku jumpa Rafiqul dekat bawah dia cari kau tadi “ jawab Wan sambil membuka kasut dan menyusun diatas rak dan terus menuju kearah biliknya yang bersebelahan dengan bilik aku. “ Rafiqul ini dah kenapa, dok main kejar-kejar dengan aku dari pagi tadi. Eee bosan lah “ desis hati aku dengn tingkah rafiqul yang agak merimaskan.
Seusai sahaja mengenakan pakaian dipilih tadi terus aku mencapai telefon bimbit aku yang terletak diatas meja belajar terus aku mencari nombor Ustaz Rafiqul  dan menghantar pesanan ringkas “ Salam Raf, aku nak jumpa kau dekat masjid lepas asar boleh” terus aku meletakan kembali telefon bimbit diatas meja dan merebahkan badan aku diatas katil

“ kenapa dengan aku ini, semua benda jadi malas, dah tu mengelak dari sahabat sendiri pulak tu, tak boleh jadi ini” gumam aku sendirian mengenangkan perubahan diri yang aku sendiri tidak memahami, seketika kemudian telefon bimbit aku berbunyi menandakan aku menerima satu pesanan ringkas “ insyaAllah, Biiznillah “ ringkas balasan daripada Rafiqul.
Seusai sahaja solat asar berjemaah di masjid aku mengambil tempat di pondok belakang masjid berdekatan dengan laman pokok kurma, dalam benak fikiran aku memikirkan macam mana aku ingin meluahkan permasalahan aku. Kelibat Rafiqul makin menghampiri aku dengan senyuman yang tidak pernah kurang dari bibirnya.” Assalamualaikum “  rafiqul memberi salam diiringi tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan aku.

Aku menyambut tangannya “ waalaikumusalam” balas aku, rafiqul mengambil tempat berhadapan aku dan melabuhkan punggung dan bersila diatas pondok tersebut, dan meleparkan kuntuman senyuman kepada aku, “ rafiqul sebenarnya…” aku sepertinya tidak mampu meluahkan apa yang berlegara-legar didalam benak fikiran, kerna aku sendiri tidak memahami apa yang aku fikirkan “ buntunya aku… “ desis hati

Rafiqul masih tersenyum menantikan apa yang ingin aku sampaikan, “ Mujahid, maafkan aku” fikiran aku yang sibuk mencari idea tadi tiba-tiba hilang sepertinya kertas putih, “ kenapa kau mintak maaf pula ni?” tanya aku untuk memastikan kembali

Rafiqul mengeluarkan sesuatu dari begnya “ sebenarnya tengahari tadi aku kejar kau sebab nak pulangkan nota ini,..” rafiqul  menghulurkan helaian kertas kepada aku, “la… yang dia beria-ia kejar aku tenghari tadi semata-mata nak pulangkan benda ni jer… serba salahnya aku kat dia” hati aku  mula timbul perasaan  serba salah dekat rafiqul

Rafiqul yang tadi yang senyuman tidak lekang mukanya berubah seperti macam orang yang melakukan kesalahan  besar " bukan tu sahaja, aku nak minta maaf jika perbuatan aku selama ini tidak menyenangkan hati kau” luah perasaan rafiqul, hati aku yang tadinya dah dibeban dengan serba salah kini sepertinya ditambah satu lagi bebanan ”Ya Allah rafiqul, ini lah buat aku jadi tak senangnya” bisik hati aku, “ rafiq sebenarnya aku segan dengan kau dan muslim “ terluah juga akhirnya apa yang membelegu didalam kotak fikiran aku.

Rafiqul terkejut dengan ugkapan aku sebentar tadi “ segan? Malu? Kenapa pula?” tanya rafiqul untuk kepastian “ aku malu dengan korang sebab korang ini orang yang baik-baik, aku tak layak nak bergaul dengan korang” jelas aku agar rafiqul tidak salah faham.

Rafiqul mendengar penjelasan aku sebentar tadi tergelak kecil dia “ mujahid…mujahid” rafiqul menyebut nama aku sambil mengelengkan kepala, aku menjadi keliru dengan perbuatan rafiqul “ kenapa kau gelak?” tanya aku untuk kepastian

Rafiqul kembali tenang, terukir satu kutuman senyuman dibibir nya,“Mujahid sebenarnya kiatorang manusia biasa yang banyak khilaf… dan kamu tahu tak apa maksud baik itu?” tanya rafiqul, “ baik? Baik itu baik lah” jawab aku kembali dengan kebingungan “ ok, saya bagi contoh macam ini kamu rasa orang ini baik tak kalau dia hafal Al-Quran?” tanya Rafiqul “ baik lah..” balas aku, rafiqul tersenyum “ kalau dia dah hafal Al-quran tapi dia mengumpat orang ?” tambah rafiqul lagi, aku kebingungan” errrr” aku tidak mampu ungkapakan

Rafiqul membetulkan kopiahnya “ ok sebenarnya baik itu boleh dedifinisikan  begini, kita mengambil islam itu secara menyeluruh, dan sumber kebaikan itu ialah Al-quran dan sunah dan ia mengamalkan kesemua ajaran yang tertera dalam Al-Quran, dan mengikut ajaran Rasulullah dalam semua aspek bukan sebahagian sahaja.” jelas rafiqul “ maknanya disini setiap perkara, gerak – geri kita dalam kehidupan mesti berlandaskan islam dan syariat” tambah Rafiqul

Aku yang mendengar dengan penuh khusyuk menganggukan kepala menandakan faham apa yang ingin disampaikan “ tapi susah lah nak jadi baik ini? “ rungut aku,

rafiqul tersenyum dan menepuk –nepuk tangan aku dan memalingkan wajahnya kearah pokok kurma “ menjadi baik mengikut acuan Rasulullah dan Allah ini memanglah sukar, sebab kita kena jaga diri dan sentiasa perlu berjaga-jaga agar tidak melakukan sesuatu perka yang membuat Allah murka, tapi apa ruginya kalau kita cuba berusaha menuju kearah kebaikan ini kan? Mungkinlah rugi sedikit kerana kita terpaksa meninggalkan kepuasan nafsu dan keseronokan dunia, tapi apalah sangat kerugian ini bagi kita yang inginkan kehidupan yang tenang harmoni dan bahagia dunia dan akhirat, pengorbanan inilah membawa seribu makna bagi kita kelak,” jelas panjang lebar rafiqul sambil memandang kembali menatap wajah aku dan menguntumkan senyuman seribu makna
aku membalas kembali senyuman itu “ aku kena yakin dan percaya dengan acuan kebaikan ini, dan berusah menuju kearah kebaikan” ikrar hati aku, “terima kasih ya rafiqul sebab telah menyedarkan aku, dan sangup bersahabat dengan aku?” aku memengang bahu rafiqul

“ insyaAllah kita sama-sama menuju kearah kebaikan dan terus menjadi hambanya yang sentiasa meraih MARDHATILLAH”  balas rafiqul sambil tersenyum,azan maghrib terlah berkumandang, kami bergerak bersama menuju ke bilik wudhuk untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. 


Thursday, January 30, 2014

Cerpen : Purnama 1

Aku melilau seorang diri mencari-cari dewan kuliah di bangunan fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang tersergam indah itu. Sudah hampir sepuluh minit aku berseorangan, sambil mata aku yang tidak berhenti membaca setiap papan tanda yang ada tadi. Sudah beberapa orang pelajar diajukan soalan, namun jawapan yang diberikan tetap tidak membawa kepada tempat yang dituju.

Mana Audi IT ni? Sorang kata kat sana, sorang kata kat sini, pening dah kepala ni’ rungut aku seorang diri. Peluh mula membasahi dahi aku. Beg yang tersandang dibahu aku mula dirasakan berat. Mata aku yang sedari tadi membaca papan tanda mencari arah tuju, sudah semakin kabur. Aku mula berasa semakin lesu kerana  masih belum sempat bersarapan pada pagi tadi.

Pada saat itulah, ketika aku berjalan perlahan-lahan menaiki sebuah anak tangga, seorang lelaki tiba-tiba menegur aku dari belakang.

Bro…bro.. yang pakai kurta biru, tunggu sekejap,’ jerit lelaki yang berada tidak jauh di belakang aku. Aku  yang menyedari kurta yang aku pakai ketika itu berwarna biru, segera menoleh kebelakang. Dilihatnya seorang lelaki bercermin mata, bersama seorang lagi rakannya sedang berjalan menuju kearahnya.

Er, kamu cakap dengan saya? aku bertanya bagi mendapatkan kepastian. Malu pula rasanya jika bukan aku yang dipanggil oleh lelaki itu sebentar tadi.

Yalah bro. Kan kamu sorang je yang pakai kurta biru kat sini, kata rakan kepada lelaki yang memanggilnya sebentar tadi sambil ketawa. Aku  segera memasamkan muka. Pertanyaan yang ditanya diketawakan pula. Lelaki yang bercermin mata dihadapannya segera menyiku rakannya apabila menyedari raut wajah aku mula berubah.

Maaf bro. Tadi saya nampak kad matriks kamu jatuh. Ni saya tolong kutipkan,’ kata lelaki itu sambil menghulurkan kad matrik aku dengan tangan kanannya. Serentak dengan itu, Aku mengerling poket kurtaku, Kad matriks yang biasanya tergantung disitu sudah tiada.

Oh haahla. Tak perasan pulak tercicir tadi. Terima kasih banyak-banyak ye,’ Aku cuba mengambil kad matriksku kembali daripada tangan lelaki itu.‘Sebenarnya, dari tadi saya perasan kamu asyik berulang alik kat bangunan ni. kamu tersesat ke? Nak cari tempat mana?’ Tanya lelaki tadi respond daripada pemerhatianya melihat aku bermundar mandir dikawasan ini.

Saya cari Audi IT. Saya ada kelas dalam 5 minit lagi, tapi dari tadi saya cari tak jumpa-jumpa. Penat dah ni,” Aku bercerita sambil cuba mengesat peluh di dahi menggunakan belakang tapak tangan aku.

Eh.. la. Kitorang pun nak pergi Audi IT tu. Ni student Human Resources la kan?” kata rakan lelaki bercermin mata itu dengan semangatnya. Serta merta riak wajah aku berubah gembira. Akhirnya aku bertemu dengan insan yang boleh diharapkan untuk memandu aku menuju ke tempat yang betul.

Haah, saya student HR. Syukurlah akhirnya jumpa jugak dengan student satu course. Saya baru sampai pagi ni, tak sempat nak cari awal-awal Audi IT kat mana, Aku berkata sambil senyuman terukir di bibir. Terasa macam hilang satu beban yang sedang digalas aku.

Kalau macam tu, jomlah kita pergi kelas sekali. Lagi lima minit kelas dah nak mula,’ lelaki bercermin mata itu tersenyum sambil mempelawa. Aku mengangguk dan menerima pelawaan tersebut dengan hati terbuka.

Perlahan-lahan Aku melangkah mengikuti dua orang lelaki di hadapan aku itu. Sempat Aku memandang sekilas dua orang lelaki yang bakal menjadi rakan sekelasku itu. Seorang bercermin mata, perwatakannya sopan. Seorang lagi berkemeja ringkas dan berperwatakan selamba.

Eh, kita belum berkenalan lagi la. Kita dah nak jadi rakan sekelas kan? Nama saya Ahmad Muslim. Boleh panggil Muslim,’ kata lelaki berkemeja sambil tersenyum, setelah menyedari Aku sekadar membatukan diri di belakang mereka.

Saya Mujahid Mardhatillah. Boleh panggil Mujahid, aku memperkenalkan diri sambil tersenyum. Kemudian mata aku beralih arah daripada muslim kepada lelaki di sebelahnya itu. Lelaki itu yang ketika itu memandang kebelakang dan menyedari sorotan mata aku, segera tersenyum.

Saya Rafiqul. Muhammad Rafiqul Aula,’ katanya lagi dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Senyuman dari sebuah wajah yang bersih yang sungguh menenangkan hati.

“ so mujahid kita dah sampai, inilah Audi IT” muslim menunjukan bilik kuliah  kepada aku sambil membuka pintu untuk aku dan Rafiqul, lalu kami melangkah masuk dan terus mengambil tempat  di barisan kedua dan betul-betul tengah Audi IT “ Alhamdulillah, untung pensyarah tak masuk lagi”  kata muslim kepada Rafiqul.

Tiba-tiba pintu Audi IT di buka dan kelihatan seorang perempuan yang agak berusia memakai tudung yang agak labuh dan mengunci pintu dan terus menaiki  pentas Audi IT dan meletakan bukunya diatas rost room, lalu beliau bergerak ke tengah pentas “ Assalamualaikum dan selamat sejahtera “ perempuan tersebut memulakan bicaranya

“ ok saya lihat untuk kelas saya kali ini tiada non muslim, ok good, saya perkenal kan diri saya dahulu, saya Puan saadiah Bt kamiso, lecturer Economics kamu untuk semester ini” sambung Puan saadiah memperkenal diri sambil bergerak ke kiri dan kekanan pentas sambil memerhatikan kami

“ ok untuk berkenalan  dengan kamu yang agak ramai ini, mungkin saya perlu mengambil masa.tapi tidak mengapa tidak susah untuk saya mengenali kamu” Puan saadiah menuju ke rost room dan mengambil sampul surat “ baik lah arini saya nak buat pop kuis,” kejutan puan saadiah, membuat satu kelas kami agak riuh

“ Rafiq, apa ini first class dah ada pop kuis?” Tanya muslim kepada Rafiq apa bila kami digemparkan dengan perkataan pop kuis oleh puan Saadiah. “ Muslim baik ikut jer apa yang diarahkan” balas aku, mendengar pertanyaan muslim kepada Rafiqul.

“ ok ambil kertas ini, dan sila jawab kesemua soalan tersebut dalam masa 20 minit sahaja, kamu boleh discuss, atau rujuk buku dan kamu boleh mula sekarang” terang puan saadiah sambil tersenyum

“YaAllah senangnya soalan ini” jerit kecil muslim apabila melihat kertas soalan tersebut “ ya la ini bukan soalan SPM ker?” Tanya aku kembali untuk kepastian

Beberapa minit kemudian “Saya dah siap” Rafiqul bersuara dan menyerahkan kertas tersebut kepada Pn Saadiah, “ mak Ai cepatnya” kata muslim kepada aku, aku hanya mampu menganggukkan kepala sambil melihat Rafiqul yang penuh yakin.

Selepas kertas semua siap dikutip oleh puan saadiah “ So macam mana soalan tadi senang?” Tanya puan saadiah kepada kami, lalu semua pelajar dalam Audi tersebut menjawab “ senang “ dengaan serentak.

“ ok saya ada beberapa soalan lagi nak Tanya,” senyum puan saadiah, dengan seribu maksud “ Apa sumbangan kamu untuk islam selama kamu hidup ini?” meluncur laju bagaikan petir persoalan dari puan saadiah sehingga membuatkan kami terdiam dan berpandang antara kami

“  saya bagi tempoh 20 minit untuk kamu fikir dan discuss dengan kawan kamu kamu juga boleh rujuk dalam buku, untuk menjawab soalan” sambung puan saadiah lagi sambil membelek kertas kami tadi.  Aku hanya mampu terdiam kerana aku tahu aku belum bagi apa-apa sumbangan untuk islam apatah lagi sebagai seorang anak

“ ok 20 minit sudah tamat” puan saadiah meminta kami berhenti discsuss dan puan saadiah berdiri betul-betul di tengah pentas “ ada sesiapa yang nak jawab?” puan saadiah membuka peluang kepada pelajar untuk volunteer menjawb dihadapan “ tiada sesiapa? Kenapa?” Tanya puan saadiah dengan membuat muka pelik dan terkejut, kerana tiada seorangpun dari kami ingin memberi respon.

Puan saadiah menuruni tangga dan cuba menghampiri salah seorang pelajar lelaki yang kerusinya berhampiran dengan tangga pentas “ kamu nak cuba jawab? ” Tanya puan saadiah kepada pelajar lelaki tersebut, lantas pelajar lelaki tersebut mengelengkan kepala lalu menundukan kepala malu

Puan saadiah ketawa kecil “ kenapa semua senyap?” Tanya puan saadiah sambil bergerak perlahan-lahan menuju kearah kami “ kemana hilangnya semangat kamu untuk menjawab soalan 40 minit yang lalu?”  bahu salah seorang pelajar perempuan dibelakang kami di sentuh dan meberikan senyuman

Lalu puan saadiah memusingkan badanya untuk melangkah kehadapan “Adakah dengan keadaan macam ini kamu nak jumpa dengan rasulullah untuk mendapat syafaat?” Tanya puan saadiah sambil memandang aku dan Rafiqul dan terseyum seribu makna lalu pandanganya beralih kearah muslim “andaikata rasulullah bertanya sejauh mana kau menyayangi Aku? Untuk aku memberi syafaat kepada kamu” puan saadiah terus menerus mengaju soalan kepada kami membuat kami tersentak dan berfikir

“ aku ini harap jer ummat nabi Muhammad pemberi syafaat kelak, tapi aku tak tahu sangat pun sirahnya apatah lagi sunnahnya“ bisik hati kecil aku, penangan soalan daripada  dari puan saadiah, yang begitu menusuk.

Puan saadiah kembali bergerak menuju dan menaiki anak tangga keatas pentas dan berdiri di tengah pentas “Adakah dengan keadaan kamu macam ini kamu nak berjumpa dengan Allah untuk mendapat syurganya?” puan saadiah menudingkan jarinya kearah kami yang terdiam seribu bahasa sepertinya kami hilang segala kata-kata dan mulut kami terkunci. “ Andaikata Allah bertanya  apa yang kita lakukan diatas muka bumi sebagai hambanya? Apa yang kita lakukan untuk agamanya? Sebelum Allah memberikan syurganya kepada kita?” sambung lagi puan saadiah dengan suara yang agak lantang

Puan saadiah daripada suara yang agak lantang kini terdiam seketika, lalu airmatanya mula menitik “Dimana kita nak cari jawapan ini? dengan siapa kita nak discuss untuk mendapatkan jawapan ini?” Tanya puan saadiah dengan suara yang agak sayu.

Puan saadiah mengambil satu kerusi yang berhampiran dengan rostroom lalu melabuhkan pungungnya “ saya teringat satu kisah masa rasulullah mengahadapi sakaratul maut” puan saadiah memulakan ceritanya dengan mengambil nafas yang agak dalam untuk mencari kekuatan, dan aku membetulkan kedudukan ku 

“Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" tanya rasulullah mengingatkan umatnya

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril untuk menenangkan hati Rasulullah.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

 "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah diragut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahan lagi. 

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." rintih Rasulullah yang masih terus mengingati umatnya walaupun nyawanya sedang dicabut. 

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya."Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." 

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" -
"Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.” Puan saadiah kembali terdiam seketika aku melihat tudungnya mula basah dek kerana titikan airmata. “ begitu hebatnya ingatan rasulullah terhadap kita, tetapi kita? Tidak malukah kita untuk menagih syafaatnya dengan keadaan kita begini?” tanya Puan Saadiah kepada kami,

Persoalan  Puan Saadiah tadi bagaikan halilintar yang terus memanah hati kami sehingga kami terkedu tidak mampu untuk mengukapakan satu patah perkataan, yang aku dengar hanyalah “ SubhanAllah” ucapan yang terkeluar dari Rafiqul .

Puan Saadiah bangun dan memberikan senyuman kepada kami “ ingat rasulullah pernah berpesan Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih  daripada  ibu  bapanya,  anak  pinaknya, dan  manusia  seluruhnya." Bukhari dan muslim” Puan Saadiah tersenyum “ hadis ini ada hubung kait dengan Al-Qur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dankaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "

Puan Saadiah tersenyum lagi dan terus bergerak ke rost room “ kamu faham tak apa yang hadis tadi terangkan?” puan saadiah bertanyakan kami dengan harapan kami memahami apa yang ingin disampaikan bukan sekadar mendengar, “ Puan maaf, boleh puan jelaskan” aku mengakat tangan dan meminta puan untuk menjelaskan hadis tersebut
Puan Saadiah tersenyum “ hadis ini menerangkan, bahawa kita hendaklah meletakan Rasulullah sebagai contoh ikutan dan sentiasa menletakan Rasulullah dalam hati kita dalam menjalani kehidupan kita, agar kita tidak tersasar daripada tujuan kejadian kita diciptakan oleh Allah” puan saadiah tersenyum, tapi kali ini senyuman dia agak berlainan daripada tadi

Puan saadiah mengemaskan barangnya diatas rost room menandakan kelas kami akan tamat tidak lama lagi “   saya tidak mahu saya mengajar subjek ini semata-mata untuk kamu belajar lulus periksa sahaja, yang saya inginkan melahirkan mujahid profesional yang sentiasa memburu MARDHATILLAH . ok? insyaAllah jumpa minggu hadapan Assalamualaikum” Puan Saadiah memberi salam kepada kami menamatkan kelasnya lalu mengambil barang dan beredar keluar dari kelas

Semua pelajar turut mengekori Puan Saadiah keluar. Aku, muslim Dan Rafiqul masih berda di tempat sama untuk Mengimbau sejarah kembali untuk meneliti diri dan muhasabah agar taubat dapat dilakukan. anjakan paradigma bermula untuk kami terus menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH   




Friday, January 24, 2014

Cerpen: Purnama 3


Habis waktu kelas terakhir pada petang itu, aku berjalan laju balik ke asrama untuk menunaikan solat Asar dan bersiap-siap untuk keluar bersama  Abang aku Hafiz. Selesai memberi salam, roomateku Asyraf memberi isyarat bahawa dia ingin jumpa aku. Aku menjenguk ke bawah melalui tingkap bilik asrama dan kelihatan Abang Hafiz sedang menantiku sambil bersandar di pintu keretanya. Dia mendongak seperti menyedari ada orang memerhatikannya lalu aku memberi isyarat agar dia sabar menunggu. Lalu aku memandang kembali kearah Asyaraf

Asyraf kita discuss malam ini boleh?” aku pandang asyraf dengan penuh harapan agar ia menjawab ya

kau ini, time aku perlukan kaulah, kau nak keluar bagai” rajuk manja asyaraf, aku mendekatinya sambil memengang bahunya “ ala… nak buat macam mana aku ada hal kat luar dengan abang aku, kita bincang malam ini, boleh ya?” pujuk aku lagi “ ya lah malam ini, cepat sikit balik”  Asyraf mengalah dan merelakan kepergian aku.

Tepat jam 9 malam sebuah kereta saga merah meluncur masuk ke perkarangan tempat kereta asrama lelaki Universiti Selangor dan memberhentikan betul-betul depan pagar utama asrama “ oit wan dah sampailah” lamunan aku dikejutkan dengan suara garau abang Hafiz,

ha? Dah samapai? ok” balas aku dengan cover malu aku mengambil barang dan membuka pintu kereta “ kau kenapa adik?” langkah aku terhenti dengan pertanyaan abang Hafiz dan kembali ke tempat duduk asal dan memandangnya “ kenapa  apa?” Tanya kembali aku kurang faham dengan persoalan abang Hafiz, tadi 

dari abang, ambil kau petang tadi sampai sekarang asyik mengalamun jer, ada masalah ker?” Tanya abang hafiz, aku hanya mampu tersenyum “ tak ada apa lah, adik ok jer” Aku cuba mengelak, lantas menghulurkan tangan salam  dan terus melangkah beredar dari kereta menuju ke arah bilik asrama.

Memang tidak dinafikan yang aku asyik memikirkan apa masalah yang dihadapi oleh asyraf sehingga aku tidak focus semasa membantu abang aku dalam proses mencari barang perkahwinannya,setiba dibilik aku memberi salam dan melihat asyraf tiada dalam bilik, aku meletakan beg plastic di atas katil dan mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas ke Asyraf “ salam Asyraf kau kat ner?” kemudian aku meletakan telefon bimbit diatas meja belajar dan terus mencapai tuala yang tersangkut dibelakang pintu terus menuju kearah bilik air untuk menyegarkan badan.

Seusai sahaja aku mengenakan pakaian telefon aku berbunyi menandakan aku mempunyai satu pesanan ringkas, aku mencapainya dan melihat terteranya nama Asyarf aku mebukanya “wasalam aku kat luar ini, kau dah balik ker?” aku membalasnya dan  seketika kemudian asyraf mebalas kembali “ok, aku on the way” aku meletakan kembali telefon bimbit aku dan mengeluarkan laptop untuk menyiapkan beberapa tugasan  yang diberikan oleh pensyarah pada pagi tadi.

Satu jam kemudian kendengaran pintu rumah ku dibuka menandakan salah seorang dari housemate  aku pulang dan aku mendengar ada orang memberi salam dari arah belakang aku, aku menolehkan kepala lalu menjawab salam aku ingin melihat siapa yang meberi salam kepada aku ternyata asyraf yang memberi salam tadi dan sedang berbaring di atas katil sedang memikirkan sesuatu. Aku menutup laptop aku dan menuju kearah katilnya.

ha kau dah kenapa ini?” aku mula berbicara apabila melihat keadaan asyraf seperti terbelit dengan tali.

Asyraf memandang aku “Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu dan rasa susah sangat. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku tersepit lah”  Asyraf meluahkan segala isi hatinya bagaikan air terjun, aku hanya menyediakan telinga untuk menadah apa yang ingin dicurahkan oleh Asyraf

la itu  jer ker masalah kau, yang beriya-iya kau nak jumpa aku petang tadi?” usik aku, tetapi aku memahami apa yang dihadapi oleh Asyraf dimana dia menghadapi ujian dan tekanan dalam proses perubahan kearah kebaikan, aku sebagai sahabatnya perlu memberi sokongan. Aku perlu menjadi murobbi bukan qadi, dan perlu beri didikan bukan mengherdiknya

aku serius ini, kau main-main pulak kan?” marah Asyraf apabila aku mengusiknya, aku tersenyum melihat telatahnya, “ok…ok aku minta maaf, aku gurau jer” aku tepuk bahu untuk tenangkan hati asyraf, asyraf kembali memandang aku, “ ok macam ini, ko  kenal tak sumaiyah?” Tanya aku “ kenal perempuan pertama yang syahid” jawab asyraf

Aku memandang asyraf dengan senyuman “ok good, kau tahukan dia kenaa seksa selepas dia beriman dengan Allah dan mengakui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah?”  Tanya Aku lagi

Asyraf mengerutkan dahi “ tahu, so ? Apa kaitanya dengan aku?” Asyraf confuse dengan pertanyaan aku

Aku tersengih tengok mimic muka Asyraf “ ada kaitan sebenarnya, kaitanya  ialah sumaiyah telah memilih untuk berubah kearah kebaikan, dalam proses perubahan dia telah menerima ujian dan tekanan dari sudut fizikal dan rohani, begitu juga dengan kau asyraf” terang aku mengenai paersamaan asyraf dan sumaiyah

Angguk asyraf menanda memahami apa yang aku ingin sampaikan “ ok, lagi?” Tanya Asyarf untuk aku meneruskan penerangan

ok perkara ini telah diterangakan dalam Al-quran  surah Al-ankabut ayat 1-7 dimanaa maksudnya Alif Lam Mim hanya Allah yang tahu (1) Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?(2) Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(3) Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari ( azab ) kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu!(4) Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu ( yang dijanjikan ) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.(5) Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Mahakaya ( tidak memerlukan sesuatu ) dari seluruh alam.(6) Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahannya dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.(7)
Ayat ini menceritakan bahawa setiap manusia bila memilih jalan kearah kebaikan pasti akan di uji dan halangan. Ujian ini Allah bukan bagi dekat kita saja-saja tetapi Allah nak melihat sejauh mana kita berusaha nak jadi baik dan sejauh mana kita meletakan Allah sebagai tempat pergantungan kita, dan Allah juga berjanji kepada kita yang berusaha melakukan kebaikan ini dengan menghapuskan segalaa dosa-dosa lalu dan menerima balasan yang lebih daripada kita usahakan itu.” Jelas panjang lebar aku, dan aku melihat Asyraf mula merasa tenang sedikit dengan penjelasan aku

Asyraf membetulkan duduknya dengan memeluk bantal “macam amana pula orang yang melakukan keburukan? Allah tidak memberikan mereka ujian ker?,” Tanya Asyraf  aku tersenyum “Allah tidak akan biarkan ia terlepas begitu sahaja tetapi ada caraNya Allah membalasnya dan mengujinya.” Ringkas aku menjawab


Asyraf memberi senyuman kepada aku menandakan puas hati dengan penjelasan aku. Aku bangun  dan menuju kekatil aku dan  memusingkan badan ku kembali kearah asyaraf yang ketika itu sendang menyelimutkan badanya sudah sedia untuk dibuai mimpi “ o ya syaraf ingat ya datanglah sebesar mana pun masalah, ia tidak akan menjadi satu masalah yang besar kepada kita kerana kita ada Allah dalam hati kita, tetapi ia akan menjadi masalah besar kepada kita bila tiada Allah dalam hati kita” aku memberi senyuman kepada asyraf dan menutupkan suis lampu dan menuju kearah katil untuk perbaharui tenaga kami, bagi menjalani kehidupan kami sebagai hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH pada keesokan harinya.


Site Sponsors

Powered by Blogger.