Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirindui kerana Allah sudah lama agaknya jari ini tidak menari-menari diatas keyboard ini....insyaAllah perkongsian kalini untuk menjawab persoalan dari sahabat waAllahualam jika ada kesilapan sila lah tegur kerana saya hanya berusaha yang terbaik...
Persoalan-persoalan situasi
pertama.dimana golongan ini merasakan dirinya sudah baik
- · Solat dekat masjid tapi kadang-kadang mengutuk orang lain jahat
- · solat tapi bercouple
- · hafiz Quran tidak pedulikan system pentadbiran Negara?
- · Tahu ada kemungkaran yang perlu ditangani tapi membiarkan….
Ada kah ini
dikatakan Baik?
Persoalan-persoalan situasi
kedua apabila ada kelompok yang cuba menjadi baik serta mengajak kearah
kebaikan
- · Baru belajar sikit dah nak berdakwah!.
- · Diri sendiri pun tak betul , ada hati nak ajak orang buat baik
- · Kamu dah hafal Quran ker nak berdakwah bagai ini?
- · Kamu sudah sempurna ka?
Ini lah situasi yang berlaku pada
masa kini ada golongan yang baik tapi hanya simpan dan tidak pedulikan orang
sekeliling, tapi ada golongan yang diperli apabila cuba untuk menjadi baik
serta mengajak kearah kebaikan lalu semangatnya menjadi hambar untuk terus
menjadi baik.
sahabat apakah yang dimaksudkan dengan
baik? Baik ”bermaksud kita beriman
dengan Allah dengan sebenar-benar keimanan serta mengamalkan islam secara
menyeluruh atau kata erti lain sempurna” tetapi bagi kita manusia agak
mustahil untuk menjadi sempurna
Tetapi kita masih mampu bergerak
menuju kearah kesempurnaan walaupun tidak mampu mencapai kesempurnaan, namun
dalam perjalanan mencari kesempurnaan kita mampu meningkat kearah kebaikan.Persoalannya
bagaimana hendak menjadi baik?
1.
Bermula dengan membina
kesedaran
Manusia tidak mampu mengerakan dirinya menjadi baik
ini kerna tidak wujud kesedaran dalam diri. Berlakunya perubahan kearah
kebaikan apabila dirinya sedar akan diri lalu merasakan diri ini perrlu
diperbaiki. Bagaimana nak sedar diri? Kesedaran ini perlu diwujudkan dengan
melalui memerhati, fikir dan zikir
Antara persolan yang perlu dijawab adakah penciptaan
kita ini bagi bermain-main sahaja? Ataupun kita diwujudkan atas satu tujuan
sahaja dan hendak menuju ke matlamat yang tertentu
Fikir dan zikir untuk timbulkan kesedaran untuk
memperbaiki diri.
2.
Perlahan dan berterusan
Seperti yang saya katakana tadi mustahil untuk kita
menjadi sempurna. Tetapi kita mampu untuk berusaha menuju kearah kesempurnaan
dengan cara ini kita kita dapat meningkatkan kearah kebaikan serta memperbaiki
diri
Justeru, apabila hendak menjadi baik perlu disertakan dengan ketabahan , kesabaran dan kecekalaan
hati
Bermula dengan asas untuk diperbaiki, biar sedikit
tetapi berterusan.
3.
Memengang definisi baik
dengan tepat
Berbalik pada definisi baik tadi ”bermaksud kita
beriman dengan Allah dengan sebenar-benar keimanan serta mengamalkan islam
secara menyeluruh atau kata erti lain sempurna” kita tidak akan menjadi
baik atas apa yang sedang kita bincang ini, kita perlu kembali kepada sumber
segala kebaikan iaitu Al-Quran dan
Sunnah
Baiklah seterusnya apabila kita sedang berusaha menjadi baik kita ingin mengajak
sahabat-sahabat kita turut serta memperbaiki diri untuk menjadi baik maka
disinilah akan berlakunya situasi yang kedua seperti saya nyatakan sebelum ini.
Allahyarham Sheikh Mustapha Masyur pernah berkata “islah
nafsak , wad’u ghairak” ramai orang menyalah tafsir kata-kata ini dengan
tafsiran berikut “perbaiki diri dahulu
baru mengajak orang” andai kata ini lah yang dikmaksudkan Sheikh
Mustapha Masyur ia akan berkata begini “islah nafsak, Tsumma, ud’u ghairak”
perkataan tsumma disini bermaksud kemudian tetapi beliau menguna perkataan “dan”
bukan “kemudian” ini kerana “dan” membawa maksud kebersamaan atau keseiringan
jadi kata ini membwa erti yang sebenarnya adalah “perbaikilah diri dan pada
masa yang sama ajaklah orang lain memperbaiki diri seperti kamu juga”
Mengapa Sheikh Mustapha Masyur tidak menyarankan kita
mengajak orang lain selepas kita sempurna? seperti yang saya tegaskan tadi
manusia mustahil untuk menjadi sepurna, andai kata kita menantikan kesempurnaan
baru menyebarkan kebaikan atau kebahgiaan ini maka tidakakan berlakulah
permulaan penyeruan
Oleh itu sahabat kita perlu memperbaiki diri serta
menyeru apa yang ada dibadan kita, seperti yang direkodkan dalam hadis oleh
Bukhari sekiranya kita ada sedikit, berilah sedikit, jika kita ada banyak maka
berilah banyak yang utamanya adalah ajaklah sahabat kita memperbaiki diri
bersama kita Rasulullah pernah berkata yang bermaksud “ sampaikan lah walaupun
sepotong ayat”
Jangan kita berlengah lagi, jangan takut untuk menjadi
baik serta mengajak berbuat kebaikan. Apabila bersembang dengan sahabat
selitkan peringatan-peringatan ini, apabila mengetuai sesuatu adunkan dengan
hubungan dengan Allah.
Inilah salah satu cara untuk menyempurnakan diri untuk
terus menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH
2 comments:
trbaik wan
Jazakalah kahai buat sekadah mampu^__^ semua dengan izin Allah....
Post a Comment