- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Monday, April 23, 2012

Bisakah kah Aku mengapainya?


“boleh ker aku bertaubat?”
“aku banyak kesalahan”
“kesalahan aku besar, boleh ker tuhan ampukan aku?”

Sahabat-sahabt yang saya kasihi keranAllah sensunguhnya kita adalah bersifat lemah dan sering terjebak dalam dosa. Kita sering lupa dan lalai dalam meniti kehidupan di dunia ini sehinggakan banyak melakukan kesalahan dan maksiat. Manusia yang sempurna bukanlah bermaksud manusia tidak pernah melakukan kesalahan. Ini dijelaskan oleh Nabi saw,

Yang bermaksud, manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.

Kita bukan bersifat maksum (terpilihara daripada melakukan dosa) kecuali para anbiya’. Cuma apa yang kita harapkan dengan bertaubat, Allah akan memelihara kita daripada terus menerus melakukan maksiat dan mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan.

Ada yang beranggapan apabila telah banyak melakukan dosa dan maksiat maka tiada ruang untuk dirinya uyntuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Anggapan sebegini adalah salah. Firman Allah (s.w.t.), 

Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih (Al-Zumar 53).

Ayat ini di turunkan kepada Wahsyi iaitu orang yang telah membunuh Saidina Hamzah ra bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Diriwayatkan daripada Abu Hanifah r.a dengan sanad Ibnu Abbas r.a: Selepas beberapa lama peristiwa pembunuhan Saidina Hamzah, maka berdetik hati Wahsyi untuk memeluk Islam. Beliau pun mengutuskan utusan untuk menyatakan hasrat hatinya itu kepada Rasulullah S.A.W.  dan bertanyakan tentang firman Allah,
  
Yang bermaksud, Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan(Al-Furqan 68-69) 

Berkata Wahsyi: Sesungguhnya aku telah melakukkan semua perkara yang dinyatakan dalam ayat tersebut, adakah bagiku kelonggaran untuk diampunkan segala perbuatanku?

Maka disampaikan kepada Rasulullah lalu turun Jibril a.s dan berkata: Wahai Muhammad! Katakanlah kepadanya,

Yang bermaksud, Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Furqan 70)

Maka Rasulullah S.A.W mengutuskan utusan kepada Wahsyi untuk menyampaikan ayat  al-Quran tersebut. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Di dalam ayat ini terdapatnya syarat. Aku takut tidak dapat melaksanakannya dan aku tidak mampu mengerjakan amal soleh. Wahai Muhammad, adakah yang lebih ringan dari ini?

Lalu turun Jibril as dengan ayat,

Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa  yang dikehendakiNya (menurut aturan Syari'atNya)…( Al-Nisa’ 48 )

Maka Rasulullah S.A.W menulis surat kepada Wahsyi dan menyatakan ayat di atas. Bila dibacakan ayat tersebut, Wahsyi berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Aku tidak tahu adakah aku termasuk dalam orang  yang dikehendakiNya untuk diampunkan dosa-dosaku ini? Kalaulah boleh ayat ini hanya menyebut “dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu” tanpa menyebut “bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Adakah kelonggaran lagi dari ini untukku?

Maka turun Jibril as dengan ayat,
  
Yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.(Azzumar 53)

Lalu Rasulullah S.A.W menulis surat kepada Wahsyi dan menyatakan ayat ini. Apabila dibacakan ayat tersebut, berkata Wahsyi: Jika inilah jawapannya maka tenanglah hatiku dan aku menyatakan keislamanku.

Dalam ayat ini, Allah masih lagi memanggil orang yang melakukan maksiat sebagai “hamba-hamba-Ku”, satu kedudukan yang mulia di sisiNya. Justeru, marilah kita merebut peluang yang masih ada dengan bertaubat dan janganlah berputus asa daripada rahmatNya untuk kembali memperbaiki diri sekalipun menggunung maksiat dilakukan sebelum kita dijemput menemui Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Friday, April 13, 2012

Aura Syukur

“kenapa aku dapat macam ini? Kenapa tak dapat macam tu?”

“Susahnya hidup macam ini….”

“Kan bagus kalau  aku macam ini….”

Dan banyak lagi dialog yang popular dan hot dipasaran yang dilantunkan untuk mengabarkan rungutan dan kesulitan yang dihadapinya, mungkin dialog ini datang dari kita mahupun orang-orang yang terdekat dengan kita, daripada dialog inilah ingin saya kongsikan dan merupakan salah satu artikel sambungan dari artikel saya, dimana dialog tersebut merupakan simbolik  kepada kewujudan syukur.

Kalau kita imbas kembali dan selami diri serta muhasabah diri, hakikat sebenar syukur ialah nilai hati yang terutama. Kadang-kadang terdetik dihati kenapa perlu syukur? Dengan syukur lah kita akan merasa bawah nauganNYA yang berasa damai bahagia selamat dan rasa cukup bah kan jika sebaliknya kita akan merasa kurang cukup dan kurang bahagia.

Daripada syukur ini, kita akan meraih dan akan menimbulkan satu sifat yang mentafsirkan syukur ini, mesti kita tertanya-tanya hebat sangatkah sifat ini sehingga memerlukan syukur baru wujud?

Itulah dia sifat yang diberi nama qana’ah, qanaah ini bermaksud merasa cukup dengan apa yang sedia ada. Bukankah hebat sifat ini? dimana hati kita sentiasa tenang dan bahagia dengan apa yang kita ada, malah dalam hati kita tiada perasaan tidak puas hati, penyakit tamak, hasad dengki sehingga  boleh menjatuhkan orang lain dan sebagainya.

Saya ingin membawa sahabat-sahabat berimiginasi seketika, cuba bayangkan jika kita tidak bersyukur kemudian  qana’ah tidak dapat timbul dalam diri kita, apa akan berlaku dalam hidup kita? Mesti tidak akan berasa tenang dan tidak berasa cukup apa yang kita ada, sebagai contoh sudah ada harta yang mewah tetapi keinginan yang lebih masih membuak-buak didalam hati kita sehingga kingginan untuk orang memuji kita muncul didalam hati kita, bukakah ini salah satu penyakit hati yang diberi nama ujub dan takbur nauuzubillah.

Jika ini lah sikap dan sifat yang ada didalam diri kita, tidak hairanlah kita yang bergaji besar tidak mampu untuk bersedekah RM1.00 seminggu ditabung masjid. Jika sifat dan sikap ini juga masih dibelegu dalam diri kita tidak hairanlah gejala kerosakan di muka bumi ini berluasa sebagai contoh pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Dan jika sikap dan sifat ini tidak dimansuhkan dan digantikan dengan rasa syukur dan sifat qana’ah  tidak hairanlah kita tidak mampu untuk hidup tenang dan hati menjadi lapang.

Tetapi dengan rasa syukur dan sifat qana’ah,kita mampu untuk melepasi daripada masalah itu, malah dengan bersyukur, kita akan menjalani satu kehidupan yang baik dan tenang. Malah bukan itu sahaja Allah akan menambahkan lagi kepada kita nikmat-nikmatNYA yang membuatkan kita berasa sejahtera.

Saya yakin bahawa kita manusia yang menyakini Allah dan janji-janjiNYA, seperti didalam firmanNYA:

“jika kamu besyukur kepada-KU, maka AKU akan tambahkan(nikmat-nikmat) kepada kamu, dan sesiapa yang kufur, sesungguhnya azab-KU amat pedih” 
(Ibrahim:7)

Daripada janjiNYA ini, adakah rugi bagi kita untuk mensyukuri seadanya apa yang kita ada sekarang? Adakah harta dunia yang fana ini lebih peting dari kesejahteraan hidup kita? Atau pun kita berangapan bahawa harta yang menjamin kesejahteraan kita? Jawapanya kini berada ditangan kita… saya tingalkan artikel ini dengan beberapa persoalan untuk kita sama-sama renung, fikir dan menghayati…



semoga kita terus menjadi HAMBA yang sentiasa meraih RidhoNYA

Wednesday, April 4, 2012

Orange dan Madu

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah..
Melihat kepada cuaca sekarang, hujan tanpa henti dan tiadanya matahari berpanjangan.. Ramai diantara kita yang diuji dengan banjir, kesihatan.. Demam, batuk, selsema dan sebagainya berikutan cuaca..Tidak kurang juga untuk yang diuji dengan ujian-ujian atas kemapuan kalian..

Bila difikir2 semula, itu adalah mehnah dari Allah untuk hamba2-Nya yang terpilih...Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..Bersyukurlah setinggi-tinggi syukur kpd Allah atas nikmat ujianNya kepada kita...
“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” 

(HR. Bukhari).

Dan bila mana kita sakit, itu juga adalah ujian di atas kemampuan kita sendiri..sesungguhnya Allah takkan menguji kita atas kemampuan kita sendiri...Jangan hiasi mehnah yang bernilai itu dengan keluh kesah, rungutan mahupun perasaan tidak redha dengan ketetatapanNYA.ini kerana Dia adalah Pencipta kita, manakala kita adalah hamba2Nya, dan Dia lah juga yang tahu sebaik2 perkara untuk kita..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

(Al-Baqarah:286)

Bersyukurlah bila kita dijuji dengan sesuatu ujian, kerana itu kemampuan kita. Itu juga tanda sayangnya Pencipta sekalian alam kepada kita, hambaNya..suka saya membuat perumpamaan keadaan ini seperti buah limau yang masam bila dimakan, lama-kelamaan ia menjadi manis jua.

kadang kala kita terus-menerus diberikan nikmat tanpa rasa diuji, disitu sedarlah, bahawa Allah beri kita segenap waktu menikmati nikmatNya itu dan itu juga boleh dijadikan ujian dimana ramai yang tidak sedar.

.
Bersyukurlah, Bersyukurlah, Bersyukurlah..krn, bila-bila masa yg dikehendakiNya, nikmat itu boleh ditarik semula..


 (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
(Ar-rum )


Nikmat itulah ujian yang sering membuat kita alpa dan terlupa dari mana datangnya kesenangan yang dimiliki.melalui keadaan jua ini suka saya buat perumpamaa semanis gula walaupun ia manis ia boleh membawa musibah kepada diri manusia

Hakikat sebenarnya, nikmat dan ujian terdapat dalam kedua2 keadaan, dan beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjinakkan hati untuk bersyukur dan mentaati Rabbul'Izati.. dan terus BERTAQWA KEPADA ALLAH,DAN TERUS MENJADI HAMBA YANG SENTIASA MERAIH RIDHONYA

.:semoga terhazaf dosa-dosa dengan mehnah yg diberikan oleh Yang Esa, InsyaAllah:.

Site Sponsors

Powered by Blogger.