Sahabat- sahabat yang saya kasihi kerana Allah, tahukah sahabatku apa yang dimaksudkan dengan ar- Raihan. Menurut ahli bahasa dan ahli hadis, Ar Raihan adalah “setiap tumbuhan yang memiliki aroma (bau) yang sedap”. Qadhi ‘Iyadh pula berkata: “Menurut saya yang dimaksudkan dengan Ar Raihan di dalam hadis tersebut adalah semua jenis minyak wangi.” (Syarhun Nawawi li Muslim ).
Sesuatu yang baik, soleh lagi berasaskan keimanan itu insya Allah wangi dan harum di sisi Allah, harum di sisi para malaikat al Muqarrabin dan sekelian hamba yang solihin. Yang harum mewangi itulah Ar Raihan.
Sebaliknya, sesuatu yang keji, maksiat, dosa lagi berasaskan kekufuran dan kederhakaan itu berbau busuk dan hanyir di sisi Allah sekalipun berbau wangi pada pandangan dan ‘hidung’ manusia.
Pengajaran al quran dan as sunnah itu adalah wangian yang paling harum dari segala-galanya. Bau wangi dari kebunannya tersebar di seluruh alam. Maka, terimalah Ar Raihan (wangian) Al Quran dan Sunnah dari Allah dan RasulNya. Terimalah dengan sepenuh hati kita. Janganlah ditolak, menolak dan menyisihkan al quran dan as sunnah sebagai Dustur kehidupan kita,jika benar kita menolaknya ini bermakna kita memilih untuk terus hidup secara ‘hanyir.’
Biarpun kita memakai haruman berjenama antarabangsa bernilai ribuan ringgit, namun kita tetap berbau hanyir di sisi Allah kerana kita memakainya bukan kerana Allah, bukan kerana mengikuti Sunnah Rasulillah, bukan di atas faktor keimanan. Mungkin diri kita wangi pada ‘hidung’ manusia, tapi hanyir pada pandangan Allah dan para malaikatNya yang suci. Hanyir kerana dipakai untuk tujuan bermegah-megah, menunjuk-nunjuk juga kerana tujuan ‘memikat’ lelaki dan wanita yang bukan Mahramnya.
Biarpun kita memakai haruman berjenama antarabangsa bernilai ribuan ringgit, namun kita tetap berbau hanyir di sisi Allah kerana kita memakainya bukan kerana Allah, bukan kerana mengikuti Sunnah Rasulillah, bukan di atas faktor keimanan. Mungkin diri kita wangi pada ‘hidung’ manusia, tapi hanyir pada pandangan Allah dan para malaikatNya yang suci. Hanyir kerana dipakai untuk tujuan bermegah-megah, menunjuk-nunjuk juga kerana tujuan ‘memikat’ lelaki dan wanita yang bukan Mahramnya.
Sebaliknya, yang hanyir pada padangan dan sangkaan manusia, rupanya amat harum di sisi Allah SWT. Contohnya darah pada syuhada fi Sabilillah. Bau darah bukankah hanyir? Namun di sisi Allah bau hanyir darah para Syuhada itu lebih harum dari bau kasturi. Subhanallah! Sama juga dengan bau mulut orang yang berpuasa kerana Allah. Ia berpuasa semata-mata kerana mencari Mardhatillah. Kerana berpuasa, maka KHALUF yakni bau mulutnya akan berubah. Bau mulutnya tidak akan ‘sesegar’ seperti di waktu pagi tadi. Pada orang lain, bau mulut orang yang berpuasa tentunya tidak menyelesakan, tetapi di sisi Allah ia lebih wangi dan harum dari haruman kasturi!
Nasihat-nasihat, peringatan dan pengajaran sesama manusia juga adalah kuntuman (wangian) ar Raihan yang harum semerbak. Lalu, bilamana nasihat diberi, usahlah menolak. Lapangkan dadamu dan terimalah nasihat-nasihat itu. Menolak nasihat bererti menolak kuntuman wangian Ar Raihan. Menolak dan membenci Ar Raihan bermakna memilih untuk terus mem’busuk’.
Demikianlah antara iktibar dari istila wangian yang dapat kita ambil dari hadis berikut.
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang ditawarkan (diberikan) Ar Raihan, maka janganlah ia menolaknya. Sebab, ia mudah dibawa dan berbau wangi.” (Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah RA,).
3 comments:
ALLAH S.W.T SANGAT MENYUKAI HAMBA-HAMBANYA YANG BERABU WANGI... KERANA WANGI ITU SANGAT BERNILAI DAN SUCI SEKALI :)
jangan plak sanggup g bukak kilang minyak wangi kan....
idok lah sampai gitu sekali..cuma mahu mnyebarkan kewangian ini bersama sahabat kpda ummat di luar sana..insyaAllah ,moga ia menjadi proses perkilangan disini dan menghasilkan produk disana..
Post a Comment