ImTiHaN DuNiA VS ImTiHaN AkHiRaT
Alhamdulillah, Panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah kerana masih memberi kita peluang untuk bernafas di bumi ini. Pada ana, tirai tahun baru kali ini dibuka dengan seribu satu keinsafan, kemudian beberapa berita kematian yang diterima kebelakangan ini cukup menjadi satu peringatan buat diri yang lemah ini..
Ya, orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati~
Persoalannya,adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati yang terbaik?? (husnul khotimah)
Apa pula azam bagi imtihan(exam) kita kita di semester ini? Pastinya setiap orang telah meletakkan azam dan target masing-masing. Azam untuk meningkatkan mutu diri pastinya. Berhijrah ke daerah yang lebih baik, meninggalkan jahiliyah-jahiliyah lama yang masih membelenggu diri. Alhamdulillah!! Niat yang soleh di sesuatu permulaan pastinya diakhiri dengan pengakhiran yang baik. Letakkan Allah sebagai matlamat awal dan akhir azam kita, inshaAllah segala urusan akan menjadi mudah.
“ Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal” (Ali-Imran : 159)
Ya, urusan akan menjadi mudah (dengan izin Allah) hanya dengan usaha yang terbaik dan tawakkal yang tinggi.
Dan, tirai semester baru juga dibuka dengan musim peperiksaan (bagi pelajar-pelajar UNISEL), satu fatrah(tempoh masa) yang cukup menguji ketahanan fizikal, mental dan spiritual pelajar. Pelbagai macam ujian datang bertandang pada waktu ini- buku yang banyak nak dibaca, hak-hak dengan ahli MPN yang tak tertunai, emosi yang tidak berapa stabil- kadang-kadang rasa penat menghadapi fatrah ni, tetapi inilah hadiah dari Allah buat kita, tidak lain sebagai menguji keimanan kita, kerana di hujungnya kita akan mendapat ganjaran hasil kesabaran dan penat lelah kita – kalau tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak.
Kenapa kita perlu melalui imtihan/exam? Rasanya dari mula kita mengenal huruf hingga sekarang di bangku universiti kita dah banyak melalui fatrah ini. Sebut saja exam, semua orang tidak senang duduk.
Kenapa kena exam? Sebab nak menguji sejauh mana kefahaman kita dalam sesuatu subjek tersebut, dan kefahaman tersebut hanya dapat dinilai melalui exam yang kita lalui. hmm, setuju?
Jadi, sejauh mana kefahaman kita, sebanyak mana kita study, akan dibuktikan oleh natijah peperiksaan kita nanti..
Saat kita berhempas pulas dengan exam di dunia, sama-sama muhasabah diri kita, bagaimana pula dengan persediaan kita untuk menghadapi exam terbesar nanti?
Ya, Imtihan fi Yaumil Haq!! Yaumil Qiyamah!!
Hari di mana tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah sahaja. Hari di mana mulut kita terkunci dan anggota-anggota badan akan menjadi saksi atas segala perbuatan kita di dunia.
“ dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? Sekali lagi,tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (Yaitu)pada hari (ketika) seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari dalam kekuasaan Allah” (al-Infithar: 17-19)
Hari di mana tiada sebarang pelepasan dari segala azab dan segala amal kita walau sekecil mana pun akan dibentangkan..
“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata:` Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun “(Al-kahfi :49)
Di dalam Al-Quran, Allah banyak mengingatkan kita tentang Hari Qiamat supaya kita bersedia untuk menghadapi hari terbesar itu. Begitu juga para doktor selalu mengingatkan kita supaya bersedia dari sekarang untuk final exam, if not, you’ll fail!!
Bezanya imtihan di dunia dan akhirat, imtihan di dunia sudah pun kita ketahui tarikhnya dan natijahnya bakal kita dapat tidak lama selepas selesai sahaja imtihan. Namun, imtihan yang sebenar di akhirat, tidak kita ketahui bila, formatnya bagaimana dan macam mana skema pemarkahan dan sebagainya. Lebih mencabar bukan? Hikmah Allah merahsiakan perkara tersebut adalah untuk menguji sejauh mana kita bersungguh-sungguh untuk menghadapi ‘shock exam’ tersebut.
“Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Al-Mulk:2)
Bagaimana perasaan kita apabila tiba-tiba dikejutkan dengan ‘shock exam’ di kuliah? Pastinya kita sedikit kelam kabut dan gementar jika tiadanya pembacaan yang konsisten dan ulangkaji yang dilakukan secara berterusan. Begitulah huru-hara yang akan berlaku pada Hari Qiamat nanti. Setiap manusia menghitung amalan masing-masing, sejauh mana dia telah bersedia untuk menghadap Allah S.W.T dengan amalannya. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada huru-hara pada hari tersebut.
Pesanan buat diri ana dan akhawat yang disayangi pada musim imtihan ini, sama-sama koreksi diri kita, sejuah mana persediaan kita untuk imtihan Akhirat berbanding imtihan dunia?
Adakah kita meletakkan usaha yang terbaik untuk menghadapi imtihan Akhirat sebagai mana usaha yang telah kita letakkan untuk menghadapi imtihan dunia?
Moga-moga fatrah imtihan ini lebih banyak kita gunakan untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi satu medan untuk kita berhijrah meninggalkan jahiliyah dalam diri kita.
Jadikanlah fatrah imtihan di dunia ini sebagai refleks kepada fatrah imtihan di akhirat nanti.
Yang pasti, Imtihan Yaumul Qiyamah pasti akan hadir
Dan natijahnya antara dua; syurga atau neraka.
Dan persoalannya; adakah kita sudah bersedia?
0 comments:
Post a Comment