- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Sunday, December 15, 2013

PERBAIKI DIRI?

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah rindunya saya untuk menarikan jari-jari ini diatas papan kekunci ini untuk berkongsi dengan antum semua, apakan daya saya ni hanya insan biasa yang mempunyai tangungjawab walaubagaimanapun saya mencuri masa untuk member sedikit perkongsian  agar dapat memperbaiki diri untuk terus meraih MARDHATILLAH.

“akhi bagai mana cara nak jadi baik”

Soalan ini masih terngiang-ngiang didalam hati sehingga memanah kedalam lubuk hati sehingga air mata hati mengalir melihat semangat salah seorang sahabat berusah menuju kearah kebaikan ini. SubhanAllah yaAllah.

Allahyarham Sheikh Mustapha Masyur pernah berkata “islah nafsak , wad’u ghairak” yang membawa maksud “perbaikilah diri dan pada masa yang sama ajaklah orang lain memperbaiki diri seperti kamu juga”
Perbaiki Diri  yang dimaksudkan oleh Allahyarham Sheikh Mustapha Masyur ialah Taqwa merupakan sesuatu yang berharga bagi setiap orang yang berusaha menuju kebaikan.

Di dalam surah Al-Baqarah, Allah s.w.t. telah menyebutkan bahawa sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa. Di dalam surah At-Talaq pula, ayat yang selalu orang-orang kita sebutkan sebagai ayat seribu dinar itu, taqwa digambarkan hasilnya itu sebagai penyelesai kepada masalah insan serta penyebab kepada datangnya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Besarnya harga taqwa itulah yang menyebabkan Allah meletakkannya sebagai sasaran yang perlu dicapai di dalam kehidupan ini.

Tetapi bagaimana kita mahu mencapainya? Cukupkah dengan amalan-amalan yang kita sedang lakukan sekarang ini?

Maka, saya kongsikan 5M formula dalam perbaiki diri yang diinspirasikan daripada tulisan Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Menuju Ketaqwaan.

Muahadah (Perjanjian)
Dalam konteks kehidupan yang luas, kita telah berjanji dengan Allah s.w.t. untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya dalam kehidupan kita. Maka, janji ini sekiranya dimungkiri, kita telah bermaksiat dan berdosa kepada-Nya.

Dalam konteks kehidupan pula, untuk kita memberdayakan konsep muahadah ini, lakukanlah perjanjian kepada diri kita untuk kita mencapai target-target tertentu di dalam kehidupan ini.

Sebagai contoh, kita mensasarkan dalam kehidupan ini untuk kita meninggalkan rokok atau couple. Maka, kita tuliskan janji kita itu di atas sekeping kertas dan tampalkan ia pada tempat yang selalu kita lihat setiap hari agar ia menjadi visi dalam minda kita untuk kita capai ketika berakhirnya kehidupan nanti.

Sebagai contoh lagi, kita mensasarkan dalam tahun ini untuk kita habiskan memahami tafsir salah satu surah di dalam Al-Quran agar kita dapat mengamalkannya, maka kita tuliskan target kita itu agar kita dapat sentiasa melihatnya setiap hari dan berusaha pula mencapainya.

Sebagai contoh lagi, kita mensasarkan dalam bulan ini untuk kita bangun malam melakukan qiamullail di setiap malam, maka kita tuliskannya serta langkah kita untuk mencapai perkara itu agar ia menjadi visi di dalam diri kita bahawa perjanjian kita dengan diri kita di dalam bulan ini adalah untuk merealisasikan bangun malam itu. Sekiranya kita gagal melakukan hal itu, maka kita telah gagallah di dalam Ramadhan ini.

Semua ini kita lakukan dalam rangka untuk terus iltizam dengan janji ketaatan kita kepada Allah. Sebab itu kita letakkan target-target tertentu yang perlu dicapai agar kita tahu secara objektif apa yang perlu kita lakukan untuk diri kita di dalam Ramadhan kali ini.

Muraqabah (merasai Allah sedang melihat dan menilai diri)
Muraqabah adalah merasakan kehadiran Allah di setiap waktu, bahawa Allah s.w.t. sentiasa memerhatikan kita dan sentiasa tahu apa yang kita lakukan.

Kita telah berjanji untuk mencapai target-target tertentu di dalam Ramadhan ini, maka rasailah bahawa Allah sedang memerhatikan kesungguhan kita untuk mencapai target-target itu dan Allah s.w.t. pasti akan membantu memudahkan usaha kita sekiranya kita benar-benar berusaha ke arah mencapai target-target kita itu.

Janganlah kita letakkan target-target itu kerana ingin merebut pandangan manusia. Meletakkan target untuk menderma sejuta ringgit supaya dianggap dermawan. Meletakkan target untuk menghabiskan bacaan tafsir salah satu surah supaya dianggap alim. Bila kita meletakkan niat yang sebegini, maka kita telah mengabaikan keikhlasan kepada Allah dan perasaan muraqabah tadi, perasaan yang membuatkan kita rasa Allah sahajalah yang berhak menilai kita, bukannya manusia.

Merasai ihsan dalam usaha mencapai target kita sebagaimana dalam hadis Jibril iaitu :“Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” [HR Muslim]

Muhasabah (refleksi diri)
Perlu ada muhasabah yang berterusan ke atas target-target kita itu.

Apakah target kita itu telah capai sebahagiannya ketika di awal, pertengahan dan akhir-akhir bulan ini?
Sepanjang berusaha mencapainya, apakah jiwa kita benar-benar ikhlas kepada Allah ataupun telah diresapi rasa riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada manusia?

Apakah target kita itu semakin mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. atau sebaliknya? Kita berusaha menambah amalan kebaikan di dalam sehari ke sehari, namun apakah kita juga berusaha meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang biasa kita lakukan selama ini?Sehingga bulan-bulan yang telah kita lalui pada hari ini, apakah yang telah kita capai dalam masa beberapa hari ini dalam konteks perhambaan kita kepada Allah?

Mua’qabah (Memberikan hukuman)
Disiplin adalah aspek penting dalam kejayaan apa jua perkara. Kalau tidak ada disiplin, maka kita hanya melakukan perancangan yang sia-sia kerana tidak mungkin sebuah perancangan dengan sasaran yang besar akan dapat dicapai dengan usaha yang tidak bersungguh-sungguh.

Sebab itulah, berilah hukuman kepada diri kita sendiri sekiranya kita tidak berjaya mencapai target-target yang kita sasarkan di awal tadi.

Hukuman ini janganlah terlalu berat sehingga memudaratkan diri sendiri. Berilah hukuman yang sesuai dengan kemampuan dan tidak memudaratkan nyawa kita.

Barangkali kita tidak mencapai target yang kita letakkan itu pada hari pertama, maka hukuman yang kita letakkan untuk diri kita adalah menghabiskan 2 Juz Al-Quran sebagai contoh pada malam itu. Ataupun hukuman lain yang boleh kita letakkan adalah dengan memberikan infaq sebanyak RM10 setiap kali kita tidak mencapai target kita itu.

Hukuman ini kalau kita tidak mampu mendisiplinkan diri kita untuk mengikutinya, maka pilihlah kawan-kawan kita yang soleh ataupun orang-orang tua kita atau mana-mana senior sebagai ‘pengawal’ yang akan memberikan penilaian dan memastikan kita melakukan hukuman ini.

Bukan hukuman ini yang penting untuk dilaksanakan. Hukuman ini hanya sebagai peringatan agar kita berhati-hati dan menjaga disiplin kita dalam mencapai target yang kita letakkan untuk diri kita.

Mujahadah (Bersungguh-sungguh)
Realisasikan target kita itu dengan memperincikan apa yang kita perlu lakukan setiap hari untuk sampai kepada target besar kita itu.

Dalam erti kata lain, letakkanlah target-target kecil setiap hari untuk kita lakukan. Bersungguh-sungguhlah kita dengan apa yang telah kita janjikan untuk capai di dalam kehidupan.
Buang rasa malas, rasa ingin berehat sahaja daripada jiwa kita dan tanamkanlah dalam diri kita bahawa kita punya target besar perlu dicapai, maka kita tidak punya banyak masa untuk dibazirkan.

Secara kesimpulannya Membersihkan Jiwa, Mencapai kebaikan 5M yang telah dinukilkan oleh Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan ini adalah satu panduan yang baik untuk kita dalam usaha mencapai kebaikan.Secara ringkasnya hasil dari 5M ini adalah :


Muahadah – Istiqamah di atas syariat dan kehendak Allah s.w.t.

Muraqabah – Merasakan kehadiran Allah pada saat terang-terangan atau saat tersembunyi, pada saat keramaian atau keseorangan

Muhasabah – Membebaskan diri dari perangkap nafsu dan berusaha ikhlas kepada Allah s.w.t.

Mua’qabah – Memelihara disiplin di atas jalan ketaatan kepada Allah

Mujahadah – Memisahkan diri kita dari sebarang anasir-anasir yang melemahkan kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah serta bersifat cergas dan proaktif dalam mentaati-Nya

Inilah antara hasil 5M ini yang sepatutnya membersihkan jiwa kita dari sebarang keinginan maksiat kepada Allah dan seterusnya memberi kesan yang benar kepada akhlak kita sesama manusia.waAllhualam terus menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH


nota dari Akhie Afdholul Rahman jazakallah khair akhie ^___^

Saturday, September 28, 2013

TIDAK MENANTI MENJADI SEMPURNA, TETAPI USAHA KEARAH SEMPURNA

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirindui kerana Allah sudah lama agaknya jari ini tidak menari-menari diatas keyboard ini....insyaAllah perkongsian kalini untuk menjawab persoalan dari sahabat waAllahualam jika ada kesilapan sila lah tegur  kerana saya hanya berusaha yang terbaik...

Persoalan-persoalan situasi pertama.dimana golongan ini merasakan dirinya sudah baik
  • ·         Solat dekat masjid tapi kadang-kadang  mengutuk orang  lain jahat
  • ·         solat tapi bercouple
  • ·         hafiz  Quran tidak pedulikan system pentadbiran Negara?
  • ·         Tahu ada kemungkaran yang perlu ditangani tapi membiarkan….

Ada kah ini dikatakan Baik?

Persoalan-persoalan situasi kedua apabila ada kelompok yang cuba menjadi baik serta mengajak kearah kebaikan
  • ·         Baru belajar sikit dah nak berdakwah!.
  • ·         Diri sendiri pun tak betul , ada hati nak ajak orang buat baik
  • ·         Kamu dah hafal Quran ker nak berdakwah bagai ini?
  • ·         Kamu sudah sempurna ka?

Ini lah situasi yang berlaku pada masa kini ada golongan yang baik tapi hanya simpan dan tidak pedulikan orang sekeliling, tapi ada golongan yang diperli apabila cuba untuk menjadi baik serta mengajak kearah kebaikan lalu semangatnya menjadi hambar untuk terus menjadi baik.

sahabat apakah yang dimaksudkan dengan baik?  Baik ”bermaksud kita beriman dengan Allah dengan sebenar-benar keimanan serta mengamalkan islam secara menyeluruh atau kata erti lain sempurna” tetapi bagi kita manusia agak mustahil untuk menjadi sempurna

Tetapi kita masih mampu bergerak menuju kearah kesempurnaan walaupun tidak mampu mencapai kesempurnaan, namun dalam perjalanan mencari kesempurnaan kita mampu meningkat kearah kebaikan.Persoalannya bagaimana hendak menjadi baik?

1.       Bermula dengan membina kesedaran

Manusia tidak mampu mengerakan dirinya menjadi baik ini kerna tidak wujud kesedaran dalam diri. Berlakunya perubahan kearah kebaikan apabila dirinya sedar akan diri lalu merasakan diri ini perrlu diperbaiki. Bagaimana nak sedar diri? Kesedaran ini perlu diwujudkan dengan melalui memerhati, fikir dan zikir

Antara persolan yang perlu dijawab adakah penciptaan kita ini bagi bermain-main sahaja? Ataupun kita diwujudkan atas satu tujuan sahaja dan hendak menuju ke matlamat yang tertentu

Fikir dan zikir untuk timbulkan kesedaran untuk memperbaiki diri.

2.       Perlahan dan berterusan

Seperti yang saya katakana tadi mustahil untuk kita menjadi sempurna. Tetapi kita mampu untuk berusaha menuju kearah kesempurnaan dengan cara ini kita kita dapat meningkatkan kearah kebaikan serta memperbaiki diri

Justeru, apabila hendak menjadi baik perlu disertakan  dengan ketabahan , kesabaran dan kecekalaan hati

Bermula dengan asas untuk diperbaiki, biar sedikit tetapi berterusan.

3.       Memengang definisi baik dengan tepat

Berbalik pada definisi baik tadi ”bermaksud kita beriman dengan Allah dengan sebenar-benar keimanan serta mengamalkan islam secara menyeluruh atau kata erti lain sempurna” kita tidak akan menjadi baik atas apa yang sedang kita bincang ini, kita perlu kembali kepada sumber segala kebaikan iaitu  Al-Quran dan Sunnah

Baiklah seterusnya apabila kita sedang  berusaha menjadi baik kita ingin mengajak sahabat-sahabat kita turut serta memperbaiki diri untuk menjadi baik maka disinilah akan berlakunya situasi yang kedua seperti saya nyatakan sebelum ini.

Allahyarham Sheikh Mustapha Masyur pernah berkata “islah nafsak , wad’u ghairak” ramai orang menyalah tafsir kata-kata ini dengan tafsiran berikut “perbaiki diri dahulu  baru mengajak orang” andai kata ini lah yang dikmaksudkan Sheikh Mustapha Masyur ia akan berkata begini “islah nafsak, Tsumma, ud’u ghairak” perkataan tsumma disini bermaksud kemudian tetapi beliau menguna perkataan “dan” bukan “kemudian” ini kerana “dan” membawa maksud kebersamaan atau keseiringan jadi kata ini membwa erti yang sebenarnya adalah “perbaikilah diri dan pada masa yang sama ajaklah orang lain memperbaiki diri seperti kamu juga”

Mengapa   Sheikh Mustapha Masyur tidak menyarankan kita mengajak orang lain selepas kita sempurna? seperti yang saya tegaskan tadi manusia mustahil untuk menjadi sepurna, andai kata kita menantikan kesempurnaan baru menyebarkan kebaikan atau kebahgiaan ini maka tidakakan berlakulah permulaan penyeruan

Oleh itu sahabat kita perlu memperbaiki diri serta menyeru apa yang ada dibadan kita, seperti yang direkodkan dalam hadis oleh Bukhari sekiranya kita ada sedikit, berilah sedikit, jika kita ada banyak maka berilah banyak yang utamanya adalah ajaklah sahabat kita memperbaiki diri bersama kita Rasulullah pernah berkata yang bermaksud “ sampaikan lah walaupun sepotong ayat”

Jangan kita berlengah lagi, jangan takut untuk menjadi baik serta mengajak berbuat kebaikan. Apabila bersembang dengan sahabat selitkan peringatan-peringatan ini, apabila mengetuai sesuatu adunkan dengan hubungan dengan Allah.

Inilah salah satu cara untuk menyempurnakan diri untuk terus menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH





Sunday, May 19, 2013

ALIM KAH AKU,? ZALIM KAH AKU...?


Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...Maaf ya sahabat-sahabat..lama blog ini dibiarkan menyepi,bukan sengaja tetapi kekangan masa dan tenaga,menmbuatkan menyepi

sebentar coretan hati ini...Namun,teringat sebentar,kata-kata seorang sahabat.,KITA ADALAH PEMBERI ALASAN YANG KONSISTEN...Ampunkan aku Ya Allah,andai alasan-alasan yang diberikan sebenarnya perencat bagi perjalanan mendekatkan diri padaMu...

sahabat-sahabat pernah tak kita alami situasi seperti berikut?


ツ Kadang kala kita memperlihatkan kebaikan , tpi kadang kala juga memperlihatan keburukan .
ツ Kadang kala kita menunaikan sOlat dgn khusyuk , kadang kala fikiran kita menerawang tak terkawal .
ツ Kadang kala kita teringat dOsa sehingga meninggalkannya , tpi kadang kala kita tak ingat dOsa sehingga terOz saja melakukannya .
ツ Kadang kala kita leyh menjadi Org yang penyabar , kadang kala menjadi Org yang pemarah .
ツ Kadang kala kita mengikut perintah Allah , namun kadang kala mengabaikannya .

seterusnya timbul persoalan dalam diri kita. Kenapa begitu ? kenapa aku jadi macam ini???

Satu perkara yang perlu difahami dan jelas oleh setiap dari kita ttg sikap ALIM dan ZALIM dlm diri kita sendiri .

persoalan yang diutarakan , mengapa kadang kala hati , fikiran , perasaan , sikap dan perbuatan menjadi tenang dan damai kadang kala kacau bilau ? * Pelik tapi kenyataan

Jawapannya berkaitan dgn 2 perkara , yakni nafsu dan kesedaran . Kemungkinan pertama , kita kalah pd nafsu kita sedemikian rupa sehingga hati , fikiran , perasaan , sikap dan perbuatan kita tak berjalan seiring . Kemungkinan kedua , kita tak memiliki kesedaran utk meninggalkan perbuatan dOsa , keji , mungkar @ maksiat . Kalah pd nafsu dan tiada kesedaran inilah yang menyebabkan iman menjadi kacau bilau . Akibatnya iman tak melahirkan tenaga yg hebat . Jika tenaga tersebut masih tinggal , maka ia akan muncul sebagai sebahagian diri kita yang imannya masih terpelihara .

Lawanlah apa yang terlintas itu ! Jika dibiarkan , ia akan menjadi fikrah ( idea ) . Lawanlah idea itu ! Jika tidak , ia kan menjadi syahwat . Perangilah syahwat ! Jika tidak, ia akan menjadi azimat ( hasrat ) . Dan apabila hasrat pun tidak dilawan , ia akan menjadi perbuatan . Dan apabila perbuatan itu tak kita temui lawannya , maka ia menjadi kebiasaan. Setelah itu, kita pun akan sukar meninggalkannya .

Iktihar kita dlm mengatasi keburukan @ kejahatan jiwa merupakan tugas sgt sukar . Sbbnya kita harus melawan diri sendiri .

Setiap perjuangan bagaimanapun mmg memerlukan pengOrbanan . Tpi ketika berjuang melawan diri sendiri , maka bukan hanya pengOrbanan  kita perlukan . Kita harus tegas memerangi sebahagian diri yang menjadi penghalang @ musuh dlm memenangi perjuangan tersebut .

Ramai Org gagal dlm melawan dirinya sendiri . Ramai Org berundur sebelum melawan dirinya sendiri . Ramai pula Org yunk memilih utk menyerahkan dirinya pd musuh .

Kita semestinya mencintai diri sendiri . Tpi tentu saja perkara ini bukannya utk mengagungkan @ memuaskan egO , sehingga kita hanya mementing diri sendiri . Yakinlah, egO bukan slalu bermakna negatif . Mencintai diri sendiri yunk dimaksudkan dlm mencintai diri agar selamat di hadapan Allah SWT .

Waalaikumussalam W.B.T


Wallahualam =)

terus menjadi hamba yang sentiasa meraih MARDHATILLAH


rujukan utama

Site Sponsors

Powered by Blogger.