- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Saturday, September 10, 2011

PENJAJAHN HALIMUNAN



Apabila sesuatu bangsa menguasai negara dan sesuatu bangsa lainnya
Secara fizikal negara dan bangsa itu sudah hilang
kemerdekaannya dan kebebasannya
Kerana negara itu tidak ada kuasa mentadbir dan menentukan
nasib negara dan bangsanya
Apabila penjajah itu menerapkan ideologinya, didikannya,
budayanya dan buah fikirannya
Cengkaman penjajah itu sudah semakin menyerap dan kuat
Satu dijajah di segi fizikal dan kedua dijajah di segi
mental dan rohani
Lama-kelamaan bangsa yang dijajah berubah watak.
Rupanya sahaja tidak berubah tapi cara berfikir, sifat, akhlak dan
budaya sudah sama dengan penjajah.
Apabila bangsa itu menuntut kemerdekaan dan diberi
kemerdekaan tidak kiralah cara apa pun
Terungkailah satu bentuk……penjajahan iaitu penjajahan
penjajahan fizikal, tapi tinggal satu lagi penjejahan
mental dan rohani
Penjajajahn fizikal walaupun sudah lama merdeka dan bebas
Adakalanya penjajahan mental dan rohani beratus tahun
masih bertapak kekal
Kesan dari penjajahan yang asalnya secara fizikal
Di dalam pada itu ramai manusia tidak tahu ada dua
penjajah yang mereka tidak sedar
Penjajahan nafsu dan penjajahan syaitan
Dua bentuk penjajahan ini ramai orang kena jajah sampai mati
Sekalipun dia pandai, kaya, tentera dan polis dan orang ramai
Dua penjajah ini pemimpin dan ulama pun kena jajah secara tidak sedar
Dua penjajah ini amat dahsyat
Kerana ramai orang tidak sedar dia dijajah kecuali
orang yang bertaqwa
Penjajahan dua jenis makhluk ini dahsyat dan hebat
Kerana orang yang dijajahnya dibuat seperti bola
Tidak mampu lagi mengawal dan mentadbir dirinya
Di dalam diri ada dua penjajah yang berkuasa,
nafsu dan syaitan yang bermaharajalela.

0 comments:

Post a Comment

Site Sponsors

Powered by Blogger.