Aku terus saja
menyusup di celah-celah orang ramai yang masuk ke kafeteria Fakulti pendidikan
dan sosiologi itu. Kelibat Rafiqul itu terus juga mengejar aku di celah-celah
orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke kafeteria. Lama kemudian, rafiqul tidak
lagi kelihatan bila aku berjaya Menspeedkan kelajuan langkah aku ketahap maksimum. Bila rasa aman daripada
Rafiqul, aku melangkah pergi meninggalkan fakulti itu dengan kadar segera tanpa
di syaki.
“ macam pencuri
pulak aku ini, dok nak selamatkan diri dari buruan polis!” gumam hati kecil aku, dengan nafas
tercungap-cungap “ huh lega, kira ekspress juga aku lari, walaupun dengan
berat badan aku macam ini” sambung gumam aku dengan memuji diri sendiri,
aku menoleh kebelakang itu memastikan yang rafiqul tadi tidak mengekorinya lagi
“ haaa lega and bahagianya aku,
terlepas juga aku dari si Ustaz Rafiqul tu” aku menjuih kan sedikit bibir
aku.
Usai sahaja aku
menunaikan solat zohor di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL, aku melangkah lesu “
penatnya aku, semua ini gara-gara Ustaz rafiqul”. Sebelum menuju ke bilik,
aku singgah terlebih dahulu di kawasan ampain dibawah block, 5 helai pakaian
yang aku sidai seawal selepas subuh tadi aku angkat. Dengan pakaian dan buku
penuh ditangan aku melangkah longlai ke bilik aku yang berada di tingkat 2 “nasib
baik bukan di tingkat 4 Kalau tak boleh semput aku.” Rungut hati aku
Sesampainya di
bilik, aku terus melambakan semua pakaianku di atas katil dan meletakan buku
diatas meja “ petang nantilah aku lipat” rancangku didalam hati. Aku
menuju ke almari pakaian ku dan mengeluarkan sehelai T-shirt dan trackshoot.
Niat di hati ingin mandi terlebih dahulu “mandi cowboy jer lah” renget
hati aku, terus mencapai tuala dibelakang pintu dan menuju kearah bilik air,
tiba-tiba pintu utama rumah aku dibuka dan aku melihat housemate aku yang baru
pulang dari kelas “ ha dekat sini kau mujahid” tegur hosemate aku “ kau
dah kenapa wan?” Tanya aku kembali
apabila mendengar pernyataan pelik dari housemate aku
“ tak adalah
tadi aku jumpa Rafiqul dekat bawah dia cari kau tadi “ jawab Wan sambil
membuka kasut dan menyusun diatas rak dan terus menuju kearah biliknya yang
bersebelahan dengan bilik aku. “ Rafiqul ini dah kenapa, dok main
kejar-kejar dengan aku dari pagi tadi. Eee bosan lah “ desis hati aku dengn
tingkah rafiqul yang agak merimaskan.
Seusai sahaja
mengenakan pakaian dipilih tadi terus aku mencapai telefon bimbit aku yang
terletak diatas meja belajar terus aku mencari nombor Ustaz Rafiqul dan menghantar pesanan ringkas “ Salam
Raf, aku nak jumpa kau dekat masjid lepas asar boleh” terus aku meletakan
kembali telefon bimbit diatas meja dan merebahkan badan aku diatas katil
“ kenapa dengan aku
ini, semua benda jadi malas, dah tu mengelak dari sahabat sendiri pulak tu, tak
boleh jadi ini” gumam aku sendirian mengenangkan
perubahan diri yang aku sendiri tidak memahami, seketika kemudian telefon
bimbit aku berbunyi menandakan aku menerima satu pesanan ringkas “ insyaAllah,
Biiznillah “ ringkas balasan daripada Rafiqul.
Seusai sahaja solat
asar berjemaah di masjid aku mengambil tempat di pondok belakang masjid
berdekatan dengan laman pokok kurma, dalam benak fikiran aku memikirkan macam
mana aku ingin meluahkan permasalahan aku. Kelibat Rafiqul makin menghampiri
aku dengan senyuman yang tidak pernah kurang dari bibirnya.” Assalamualaikum
“ rafiqul memberi salam diiringi
tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan aku.
Aku menyambut
tangannya “ waalaikumusalam” balas aku, rafiqul mengambil tempat
berhadapan aku dan melabuhkan punggung dan bersila diatas pondok tersebut, dan
meleparkan kuntuman senyuman kepada aku, “ rafiqul sebenarnya…” aku
sepertinya tidak mampu meluahkan apa yang berlegara-legar didalam benak
fikiran, kerna aku sendiri tidak memahami apa yang aku fikirkan “ buntunya
aku… “ desis hati
Rafiqul masih
tersenyum menantikan apa yang ingin aku sampaikan, “ Mujahid, maafkan aku”
fikiran aku yang sibuk mencari idea tadi tiba-tiba hilang sepertinya kertas
putih, “ kenapa kau mintak maaf pula ni?” tanya aku untuk memastikan
kembali
Rafiqul
mengeluarkan sesuatu dari begnya “ sebenarnya tengahari tadi aku kejar kau
sebab nak pulangkan nota ini,..” rafiqul
menghulurkan helaian kertas kepada aku, “la… yang dia beria-ia kejar
aku tenghari tadi semata-mata nak pulangkan benda ni jer… serba salahnya aku
kat dia” hati aku mula timbul
perasaan serba salah dekat rafiqul
Rafiqul yang tadi yang
senyuman tidak lekang mukanya berubah seperti macam orang yang melakukan
kesalahan besar " bukan tu
sahaja, aku nak minta maaf jika perbuatan aku selama ini tidak menyenangkan
hati kau” luah perasaan rafiqul, hati aku yang tadinya dah dibeban dengan
serba salah kini sepertinya ditambah satu lagi bebanan ”Ya Allah rafiqul,
ini lah buat aku jadi tak senangnya” bisik hati aku, “ rafiq sebenarnya
aku segan dengan kau dan muslim “ terluah juga akhirnya apa yang membelegu
didalam kotak fikiran aku.
Rafiqul terkejut
dengan ugkapan aku sebentar tadi “ segan? Malu? Kenapa pula?” tanya
rafiqul untuk kepastian “ aku malu dengan korang sebab korang ini orang yang
baik-baik, aku tak layak nak bergaul dengan korang” jelas aku agar rafiqul
tidak salah faham.
Rafiqul mendengar
penjelasan aku sebentar tadi tergelak kecil dia “ mujahid…mujahid”
rafiqul menyebut nama aku sambil mengelengkan kepala, aku menjadi keliru dengan
perbuatan rafiqul “ kenapa kau gelak?” tanya aku untuk kepastian
Rafiqul kembali
tenang, terukir satu kutuman senyuman dibibir nya,“Mujahid sebenarnya
kiatorang manusia biasa yang banyak khilaf… dan kamu tahu tak apa maksud baik
itu?” tanya rafiqul, “ baik? Baik itu baik lah” jawab aku kembali
dengan kebingungan “ ok, saya bagi contoh macam ini kamu rasa orang ini baik
tak kalau dia hafal Al-Quran?” tanya Rafiqul “ baik lah..” balas
aku, rafiqul tersenyum “ kalau dia dah hafal Al-quran tapi dia mengumpat
orang ?” tambah rafiqul lagi, aku kebingungan” errrr” aku tidak
mampu ungkapakan
Rafiqul membetulkan
kopiahnya “ ok sebenarnya baik itu boleh dedifinisikan begini, kita mengambil islam itu secara
menyeluruh, dan sumber kebaikan itu ialah Al-quran dan sunah dan ia mengamalkan
kesemua ajaran yang tertera dalam Al-Quran, dan mengikut ajaran Rasulullah
dalam semua aspek bukan sebahagian sahaja.” jelas rafiqul “ maknanya
disini setiap perkara, gerak – geri kita dalam kehidupan mesti berlandaskan
islam dan syariat” tambah Rafiqul
Aku yang mendengar
dengan penuh khusyuk menganggukan kepala menandakan faham apa yang ingin
disampaikan “ tapi susah lah nak jadi baik ini? “ rungut aku,
rafiqul tersenyum
dan menepuk –nepuk tangan aku dan memalingkan wajahnya kearah pokok kurma “
menjadi baik mengikut acuan Rasulullah dan Allah ini memanglah sukar, sebab
kita kena jaga diri dan sentiasa perlu berjaga-jaga agar tidak melakukan sesuatu
perka yang membuat Allah murka, tapi apa ruginya kalau kita cuba berusaha
menuju kearah kebaikan ini kan? Mungkinlah rugi sedikit kerana kita terpaksa
meninggalkan kepuasan nafsu dan keseronokan dunia, tapi apalah sangat kerugian
ini bagi kita yang inginkan kehidupan yang tenang harmoni dan bahagia dunia dan
akhirat, pengorbanan inilah membawa seribu makna bagi kita kelak,” jelas
panjang lebar rafiqul sambil memandang kembali menatap wajah aku dan
menguntumkan senyuman seribu makna
aku membalas kembali
senyuman itu “ aku kena yakin dan percaya dengan acuan kebaikan ini, dan
berusah menuju kearah kebaikan” ikrar hati aku, “terima kasih ya rafiqul
sebab telah menyedarkan aku, dan sangup bersahabat dengan aku?” aku
memengang bahu rafiqul