- See more at: http://dikaeuphrosyne.blogspot.com/2013/04/cara-agar-artikel-di-blog-tidak-dapat.html#sthash.rm0Bb4tQ.dpuf
topbella

Monday, January 30, 2012

AURA LAGENDA

“Ketika baginda sering menjadi mangsa kekejaman kaum kafir Quraisy, Abu Talib merupakan pelindung baginda. Biarpun berlainan agama, Abu Talib sanggup membela Rasulullah, hingga menimbulkan rasa jengkel di hati pemuka-pemuka kafir Quraisy.Namun, takdir Allah, Abu Talib pergi jua, dalam keadaan dirinya masih kufur. Hanya doa dalam kesedihan yang baginda titipkan agar meringankan siksaan Abu Talib. Begitu peritnya kehilangan ahli keluarga yang selama ini melindunginya.”

“Semua wanita mendambakan peribadi Siti Khadijah. Seorang wanita yang solehah, sentiasa berada disamping suaminya dan memberi sokongan ketika baginda senantiasa dihina mereka yang memusuhi baginda. Susah senang, tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah terabai.Namun, Siti Khadijah menyusuli Abu Talib. Kehilangan dua orang yang dicintai nabi sememangnya membuatkan baginda begitu sedih sekali. Demikianlah digelar tahun berdukacita.”

Dalam keadaan sedemikian rupa, gembiralah para musuh nabi, kerana memudahkan urusan mereka mengancam Rasulullah. Demikianlah ujian yang berat buat baginda, sehingga sering disakiti dengan lebih hebat berbanding sebelumnya.

Saat itu baginda bergerak ke Taif, bersama Zaid bin Harithah, dalam usaha mengembangkan dakwahnya. Baginda berharap penduduk Taif menerima mereka dengan baik. Namun, harapan tinggal harapan, apa yang diharap tidak menjadi kenyataan.Bukan setakat tidak diterima, malah dihina dan dicaci oleh pemuka-pemuka besar Taif. Kanak-kanak pula diupah melemparkan batu ke arah baginda.

“Muhammad itu pesuruh Allah. Jangan kamu sakiti dia!” Teriak Zaid sambil melindungi nabi. Akibat dilempar batu, kedua-duanya mengalami kecederaan hingga menumpahkan darah baginda.

Demikian kesedihan baginda, memang perit, memang terasa, dan baginda pun manusia biasa, pasti merasa erti berduka.

Kenapa saya kongsikan sirah Rasulullah? Kerana sirah ini mudah untuk untuk mengisi hati dan sanu bari manusia .ini kerana sirah ialah kisah dan cerita. Tambahan pula sirah ialah kisah yang benar dan tiada penipuan didalamnya.

Firman Allah



Oleh kerana itu lah, sirah begini lebih menambat hati dan jiwa kita, tidak terkecuali saya sendiri jika baca sirah, ada masanya saya akan tersenyum dengan canda kisahnya adakalanya menjadi penyutik semangat melalui pengajarannya untuk membaiki perasaan yang hampir pudar dicengkam duka atau sedih. Ternyata sirah lebih mudah untuk menyentuh hati dan sanubari daripada teori-teori. Ia kelihatan halus, santai dan menyenangkan. Secara tidak langsung akan wujud satu perasaan untuk kita mencontohi watak-watak yang kita kagumi melalui sirah yang kita baca mahupun didengari.

Oleh kerana itu, saya sarankan kepada ibubapa,abang kakak membacakan sirah para sahabat  dan rasul-rasul terdahulu sebelum adik atau anak kita tidur.Moga-moga anak itu akan tertarik  dengan sahsiah dan peribadi baik yang terdapat dalam sirah yang dibacakan.

Sebenarnya kehidupan kita  sendiri banyak terkesan melalui sirah. Melalui pembacaan sirah ini membuatkan kita menjadi lebih tegar dan tabah, serta berusaha lebih gigih untuk mengapai nilai kehidupan  yang sebenar. Apabila membaca kisah-kisah pejuang islam seperti Khalid bin Al-walid dan sebagainya , ia menambahkan semangat semangat kita untuk melakukan  yang terbaik dalam setiap amalan .perkara ini sebenrnya membentuk peribadi dan jati diri kita.

Percaya atau tidak, sirah itu  meresap ke hati kita, kepada yang jarang menyelak sirah paling kurang anda berkesan akan cerita atau sampaian orang, benar? Kadangkala kalau kita menyelak sejarah dunia, kita akan terjumpa beberapa watak yang  sesuai yang boleh dijadikan ikutan. Tetapi saya yakin,apabila kita menyelak lembaran sirah Rasullullah.sahabat,pahlawan-pahlawan dan sultan islam yang pernah mengegarkan bumi Allah ini,kita akan lebih kagum dan terpengun serta lebih mudah untuk dijadikan contoh sebagai idola. Daripada contoh karekter sirah ini lah kita dapat memancarkan akhlak-akhlak yang terpuji  dalam diri idola kita, secara  tidak langsung kita sudah melahirkan akhlak terpuji  dalam diri kita. 




Percayakah Anda?
Apa kata kita menyelak dahulu lembaran sirah , membacanya dengan teliti , menghayati memahaminya. Kita akan melihat karekter watak-watak itu dapat memenuhi ruangan hati kita yang kosong dan mampu mencorak kehidupan kita dengn lebih diredhai.

( rujukan "Mari Menjadi Hamba")
Semoga bermakna.
Terus dan Terus Menjadi Hamba, salam sayang kerna Allah dari Mujahid ^____^


Sunday, January 29, 2012

PERSOALAN YANG MAMPU MENGUBAH

Assalamualaikum ,Apa khabar sahabat-sahabat  yang  dkasihi kerana Allah? Moga kalian sentiasa bahagia dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t dan dilimpah rahmat dan redhaNYA.

Moga kehidupan, kita hadir dengan azam yang baru dan lebih hebat daripada hidup yang lalu. Membetulkan target(niat) untuk kecemerlangan kita dalamh hidup. Insya Allah, Allah sentiasa bersama hamba-Nya jika hamba-Nya sentiasa bermohon dan mengingat pada-Nya.

Baiklah, wahai sahabat-sahabat  harapan Islam,
Pada kali ini, kita akan berkongsi tentang 3 persoalan asas kehidupan.
Perlu kita perhati,memahami dan menjawabnya tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut ialah:
1.    Dari manakah kita datang?
2.    Mengapakah kita didatangkan?
3.    Kemanakah kesudahan kita?

Untuk mencari jawapan-jawapan yang tepat maka perlulah kita merujukkepada apa telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran al-Karim.

Persoalan Pertama
Dari manakah kita datang?
Jawapannya kita boleh dapati dari Firman Allah S.W.T.:

“Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah,kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim)ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadiorang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkanhidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkansebelumnya kamu mengetahui.” - Surah al-Hajj: ayat 5.

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita ketahui dari manakah datangnya kita dan terjawablah persolan tersebut.


Persoalan Kedua
Mengapa kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah S.W.T.?
Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam Firman Allah S.W.T.:

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” 
- Surah az-Zaariyat: ayat 56.


Para ulama’ muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu denganpanjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya)dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguhberibadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri)kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan      beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan ‘masjid’, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.

Sehubungan dengan itu Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa: “Setiap perkara yang telah Allah S.W.T. perintahkan hamba-hamba-Nya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah S.W.T. sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkahlaku.”

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-’Ibadah Fil-Islam, bahawa: “Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklah terhad kepada mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji dan perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam).
Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai ditunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T.. Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar”.

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa: “Tidaklah dikira ibadah kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solat, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T.yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada AllahS.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T.”

Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkan fahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T..
Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T.di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T.serta melaksanakan kewajipan ber’ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semata-mata.Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis  amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah S.W.T..
Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut ialah:

1.    Menyeru kepada kema’rufan dan mencegah daripada kemunkaran.
2.    Berjihad ke jalan Allah S.W.T..

Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruh kepada ma’ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan.Umat ini tidak berjaya selagi ma’ruf tidak tertegak sebagai ma’ruf dan munkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agar hukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma’ruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.

Persoalan Ketiga
Kemanakah kesudahan kita?
Persoalan ini tidak memerlukan huraian yang panjang kerana setiap orang yang menyedari asal-usulnya serta mengetahui tugas kewajipannya, maka InsyaAllah ia akan menyedari pula ke manakah kesudahannya. Walaupun demikian jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam FirmanNya:

“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali).Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis.Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.”- Surah an-Najm: ayat 42-44.



Wallahu A'lam....muhasabah seorang mujahid….ayuh menjadi Hamba….

Saturday, January 21, 2012

Keimanan Semerbak Ar-Raihan





Sahabat- sahabat yang saya kasihi kerana Allah, tahukah sahabatku apa yang dimaksudkan dengan ar- Raihan. Menurut ahli bahasa dan ahli hadis, Ar Raihan adalah “setiap tumbuhan yang memiliki aroma (bau) yang sedap”. Qadhi ‘Iyadh pula berkata: “Menurut saya yang dimaksudkan dengan Ar Raihan di dalam hadis tersebut adalah semua jenis minyak wangi.” (Syarhun Nawawi li Muslim ).

Sesuatu yang baik, soleh lagi berasaskan keimanan itu insya Allah wangi dan harum di sisi Allah, harum di sisi para malaikat al Muqarrabin dan sekelian hamba yang solihin. Yang harum mewangi itulah Ar Raihan.

Sebaliknya, sesuatu yang keji, maksiat, dosa lagi berasaskan kekufuran dan kederhakaan itu berbau busuk dan hanyir di sisi Allah sekalipun berbau wangi pada pandangan dan ‘hidung’ manusia.

Pengajaran al quran dan as sunnah itu adalah wangian yang paling harum dari segala-galanya. Bau wangi dari kebunannya tersebar di seluruh alam. Maka, terimalah Ar Raihan (wangian) Al Quran dan Sunnah dari Allah dan RasulNya. Terimalah dengan sepenuh hati kita. Janganlah ditolak, menolak dan menyisihkan al quran dan as sunnah sebagai Dustur kehidupan kita,jika benar kita menolaknya ini bermakna kita memilih untuk terus hidup secara ‘hanyir.’

Biarpun kita memakai haruman berjenama antarabangsa bernilai ribuan ringgit, namun kita tetap berbau hanyir di sisi Allah kerana kita memakainya bukan kerana Allah, bukan kerana mengikuti Sunnah Rasulillah, bukan di atas faktor keimanan. Mungkin diri kita wangi pada ‘hidung’ manusia, tapi hanyir pada pandangan Allah dan para malaikatNya yang suci. Hanyir kerana dipakai untuk tujuan bermegah-megah, menunjuk-nunjuk juga kerana tujuan ‘memikat’ lelaki dan wanita yang bukan Mahramnya.

Sebaliknya, yang hanyir pada padangan dan sangkaan manusia, rupanya amat harum di sisi Allah SWT. Contohnya darah pada syuhada fi Sabilillah. Bau darah bukankah hanyir? Namun di sisi Allah bau hanyir darah para Syuhada itu lebih harum dari bau kasturi. Subhanallah! Sama juga dengan bau mulut orang yang berpuasa kerana Allah. Ia berpuasa semata-mata kerana mencari Mardhatillah. Kerana berpuasa, maka KHALUF yakni bau mulutnya akan berubah. Bau mulutnya tidak akan ‘sesegar’ seperti di waktu pagi tadi. Pada orang lain, bau mulut orang yang berpuasa tentunya tidak menyelesakan, tetapi di sisi Allah ia lebih wangi dan harum dari haruman kasturi!

Nasihat-nasihat, peringatan dan pengajaran sesama manusia juga adalah kuntuman (wangian) ar Raihan yang harum semerbak. Lalu, bilamana nasihat diberi, usahlah menolak. Lapangkan dadamu dan terimalah nasihat-nasihat itu. Menolak nasihat bererti menolak kuntuman wangian Ar Raihan. Menolak dan membenci Ar Raihan bermakna memilih untuk terus mem’busuk’.

Demikianlah antara iktibar dari istila wangian yang dapat kita ambil dari hadis berikut.

Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang ditawarkan (diberikan) Ar Raihan, maka janganlah ia menolaknya. Sebab, ia mudah dibawa dan berbau wangi.” (Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah RA,).




Site Sponsors

Powered by Blogger.