Ku gerakan tarian cintaku
dalam sujud dalam wujud
dalam fikir dalam dzikir
sedalamnya cinta yang dalam
Ku coretkan sajak cintaku
Sepanjang ma'rifat sepanjang hayat
Sepanjang iman sepanjang jalan
Sepanjang cinta yang panjang
Hingga tak tersisa dalam jiwaku
Setitik embun duniawi
Pun wanita
Sebab cintaku
Telah rimba telah purba
Telah hamba telah damba
Pada-Mu cinta ini kupersembahkan